Sunday, August 22, 2010

Atuk

Kg Repah, selepas jam 10mlm.
Awish dah tido (cuma tak nyenyak je lagi).
Mina dan Sarah masih berlari kesana berlari kesini. Wan suruh tidur diorang tak layan.
Ayah dapat paksa diorang baring kat katil. Tapi kat situ pulak diorang bermain, buat bising dan tergelak terkikih kikih.

Atuk : "Heh! tido eh.. puko berapo dah ni"

Reaksi Mina dan Sarah? Tak layan.

Atuk terpaksa menggunakan cara klasiknya yang dah berjaya dengan cucu cucu dan cicit cicit sebelumnya.

Tingkap cermin dapur dia bukak. Lepas tu lakonan atuk pun bermula..(dialog lakonan seorang dibawah perlu dibaca dengan separa teriak dan dalam slang India) (ke Cina?)
Hei! itu budak belum tido lagi la!
Yaa!! dia dua dua belum tido lagi!!
Lu balik dulu la..
Nanti dia sudah tido lu datang lagi laa!!

Atuk : "Hah! Atuk dah suruh dia balik dah! Tido! Tido! Kang dia datang lagi kang"

Reaksi Mina dan Sarah? Diam. Bersedia untuk tidur.

Atuk..ohhh...atuk. Memang dahsyat atuk punya lakonan.

Kenapa slang India? atau Cina? Entahlah. Hanya atuk saja yang tau.


No comments: