Saturday, July 10, 2010

Hari Terbuka SKS2BK

Jumaat 2/7/10.

Selepas menghantar Awish naik van, maid bagitau, Pakcik van kata pukul 9am parents dah boleh ambik budak2 balik. Maid sebelah pulak bagitau dia hari ni ambik keputusan ujian.

Mama, Ayah : ????

Awish tak cakap apa2 pun.

Tapi sebab paham dengan perangai Awish, mama dan ayah pikir, pegi jelah sekolah. Ayah bagitau ofis, ayah lambat masuk.

8am mama dan ayah, bertemankan Sarah, pegi sekolah. Tengok2 memang ramai dah parents. Jumpa cikgu ambik keputusan dan untuk dapatkan feedback cikgu pasal pembelajaran anak2. Kena ambik nombor, macam kat bank. Kelas Awish 1 Pluto, nombor kitorang no 10.

Sementara tunggu turn mama borak dengan mama Nuha, classmate Awish kat 1 Pluto, also masa kat CEC dulu, also our neighbour setaman. Ayah pulak bawak Sarah (Sarah bawak ayah yang betulnya) tengok ikan kat kolam.

Berdebar-debar nak jumpa Cikgu Jafri dengan Ustazah. Keputusan dia...4A 1B. Kira bagus jugaklah kan tapi Ustazah tu selak mukasurat keputusan kedudukan dalam kelas tak jumpa2 nama Awish. Dah nak habis selak barulah jumpa. No 32 dari 45 murid. Ramai gila dapat 5A. Awish ni kelas budak pandai rupanya. (Betul ke?)
Yang dapat B tu kefahaman BM. Kitorang pun cakap la Awish rasa soalan tu susah, malah mama dan ayah rasa soalan tu susah. Selamba je Cikgu Jafri jawab "Tapi saya rasa soalan-soalan tu cuma beberapa peratus je menguji minda murid2, sebab ramai yang score 100% (Awish 64%). Err......ok cikgu.
Mama dan ayah pun ambik kesempatan tu untuk bagitau cikgu yang Awish sebenarnya ada masalah pendengaran, baru je buat operation masa cuti sekolah hari tu. Dia ada masalah nak fokus (ADD). Speech therapist advice cakap dengan dia satu bahasa je, kitorang pilih bahasa inggeris, sebab kat tadika bahasa inggeris. Mama berterima kasih sebab dudukkan Awish kat depan.etc.
Cikgu punya reaksi..."ohhhh...patutlah.. dia memang selalu tak fokus, tak habis salin soalan, homework tak siap etc. Dulu dia duduk tengah, sebab masalah2 tu cikgu tukarkan kat depan.

Mama dan Ayah separuh lega sebab dapat dengar feedback cikgu pasal Awish dan at the same time dapat bagitau cikgu masalah Awish.

Masa balik mama call mama kepada Nuha, satu satunya parents yang kenal, saja nak tanya Nuha dapat no berapa? "Alhamdulillah, dapat no 1". Errrkk.....terus lepas tu ayat ni keluar dari mulut mama dan ayah untuk Awish.

"Awish, you must friend with Nuha!"

Awish yang pakai baju oren tu. Hari jumaat memang sport attire day. Disebabkan Awish tak bagitau pun ada Hari Terbuka, maka ayah pakaikan je baju yang biasa dipakai. Padahal sepatutnya pakai uniform biasa. 
Sarah layan ikan kat kolam
Mak dan bapak yang menunggu giliran. Sarah meng'gedik' depan kamera.
Sebelum balik, singgah beli buku Bahasa Malaysia untuk latih tubi Awish dengan kefahaman bahasa malaysia.
Anak jawa tak reti cakap melayu...susah....

The Unexpected Belated Birthday Gift

Cuti sekolah punya cerita jugak nih. Just before nak balik Tampin dengan Atuk dan Wan; MakAndak sefamily datang. And they brought a give for Darwish birthday - a battery charged race car completes with self assembled track Awish happy kemmain. Main kat kampung seronok sakan.


Mana boleh sorang je dapat hadiah kan. Mak Andak belikan hadiah jugak untuk Mina - a 'fully furnished' doll , dan Sarah - a set of colourfull intelligent blocks. They were also happy. Terima kasih Mak Andak, Uncle Adis, Kakak Lidia, Abang Adlan dan Dia.

Note :
Semasa cerita ini ditulis, ketiga-tiga mainan diatas dilaporkan telah kehilangan sifat, patah, rosak dsb.

Anak Jawa kemaruk Pizza

It was the last weekend of the last month's 2 weeks school holiday. Tiba2 kata mama Awish kata nak makan pizza. Mana taknya sejak ada maid rasanya kita dah tak call dah pizza hut ke domino nye takeaway. Sebab ada umat kat rumah ni yang tak reti makan pizza.
So rasanya Awish dah kemaruk la nak makan lasagna dia tu.
Maka hari ahad mama dan ayah pun bawaklah Awish dan adik adiknya sampaikan hajat di hati - Pizza Hut at Giant Bandar Kinrara. Memang santai betul diorang....

Friday, July 9, 2010

Toy Story 3


Ini cerita cuti sekolah dulu. Memang salah satu yang di 'plan' sejak sebelum cuti lagi. Dan dah di war-war kan kat Awish. So, on the opening weekend, kitorang harung the massive crowd kat TGV Sunway.

Awish, Mina, Sarah was sooo happyyyy. At least for 3/4 of the movie. The last quarter Sarah dah sibuk ajak keluar. Awish pulak tak paham punya pasal dah mula hilang fokus. Mina gak maintain gedik...err I mean focus.

Tuesday, July 6, 2010

Birthday Party Maliha & Faiha

Hari Ahad lepas pergi birthday party anak Niki (mama's friend). Maliha is 6 y.o and Faiha is 2 y.o. Mama dah susah hati takut Mina buat scene sbb dia mmg dah tak sabar-sabar nak tunggu birthday dia.




Boy tu Adam, cousin Maliha(yg pakai party hat). Faiha dgn mama dia tu.

Darwish and Adam sama aktif, agresif...but Darwish kira dah tone down sikit. Dulu lagi susah nak kawal. Now walopon jumpa ygg sama lasak, tp boleh di kawal lagi.

Mina (pakai mask) mmg tengah sentap! Sebab ni bukan party dia. Dia tak puas hati. Jadi duduk belakang birthday girl dan tarik muka. Nasib baik dia tak melalak kat situ.

Ada clown! Penat mama suh Mina join games. Darwish suka sangat dan join 3 games. Yg last dia join is musical chair. Tp dia yg first kena keluar, so terus tarik muka. Since 2 orang dah sentap, merajuk, maka mama and ayah terpaksa mintak diri sebelum keadaan di luar kawalan.


Anak Dara Merias Kuku



Tuesday, June 29, 2010

Darwish @ Sunway Medical Center

Tuesday, 15/6/2010, Awish ada appointment dgn ENT specialist kat Sunway Medical Center.

Reason we make this appointment because Darwish kerap bagitau telinga dia sakit. Lepas tu makin kerap suruh kita cakap kuat-kuat dgn dia.

Masa dia 5 tahun, result from BAER / ABR hearing test @ SJMC menunjukkan 20-30% of hearing loss due to existance of water/liquid behind his ear drum.

Lepas test tu the ENT specialist did mention some option on how to fix it, by draining the liquid, then put a grommet into his eardrum.

He also warned us about potential infection and we should ensure that takde air dari luar masuk for a minimum of 2 month...NO swimming or main air masa mandi.

At 5 years, mmg agak payah utk kami kawal/ pantau, dan nak bg darwish faham. So we decided to go for Speech Theraphy je dulu.

Now, he is 7 years old. Attending primary school yg satu kelas ada 40 orang student. 3 bulan pertama Darwish duduk depan sekali, kat tengah2 kelas, tapi lepas susunan semula, Darwish kena masuk kelas lain dan duduk belakang. I don't think he can hear clearly what the teachers is teaching in front of the class.

So we decide to get back to the specialist but from Sunmed pulak. Just to get 2nd opinion dan tengok how bad his hearing now.

Sunway Medical Center, Speech and Hearing Center


The Audiologist, giving instruction. Kali ni no need to do BAER sbb Darwish dah faham arahan so tak payah put him to sleep. Just audiogram biasa saja.


Lepas habis test lebih kurang 15 minit, result pun keluar.
The ENT Specialist, Dr Khoay, informed that Darwish hearing getting worse. 50% loss. Bukan moderate dah ni. So he mentioned the same procedure can be done, that's mean drain the liquid and plant a grommet into his ears.

He also mentioned that the eardrum dah a bit deformed due to the liquid pressure, it might get worse day by day. Somehow the Doc managed to convince me that, its a very fast and simple procedure, and I don't have to worry about infection. He can play with water except swimming.
If there's any infection, it can be easily treated dgn mengambil oral antibiotic je.

He can arrange the procedure to be done on 16/6 or 17/6. But I have to confirm within 3 hours if i want to do it on 16/6 and within 24hours if i want it on 17/6.

So we went home, called Ayah, cerita everything from A to Z. Dilema jugak sbb nak balik Pontian on 16/6 tu. Darwish yg dah beriya nak balik kampung. Nak jumpa Kakak Limah, sepupu dia, kubur Atuk, dan jumpa mak tok.

Since operation tu sekejap, admission for half day je, so we decided to do it on Wed tu 16/6. Lagipun Darwish ada Prudential Medical Card, so no need to worry about the bills or the trouble getting a GL from PMCare (ayahnye kompeni insurance) which tak sure cover or not.

At 7.30am dah admitted kat DayCare Center Sun Med. No big problem kecuali Darwish kelaparan. Kena puasa from 12 midnite. But last dia makan was around 8pm. Sian dia. Macam-macam excuse mama bagi utk dia tahan lapar tu. Pukul 7.45am dia dah ready.


Mama pun kena pakai baju doktor. Ni tengah que utk masuk Operation Theatre. Ramai jugak patient. Awish masuk pukul 9am. Lepas dia tidur (bius), mama kena tunggu kat luar.


Immediately after sedar, Darwish mamai lagi. Suruh dia tidur balik. Bila sampai bilik daycare tu(30minit lepas operation) dia dah segar bugar. Mintak bukak baju hospital, nak pakai baju dia.
Mama tinggalkan kejap nak pergi kafe belikan nasi lemak dan milo ais. Sampai kat bilik, nurse dah bg minum air. So mama pun cepat2 bg dia makan breakfast tu.

By 11.30 ayah pun sampai, terus discharge, pergi kafe lagi sekali, ayah n darwish makan lagi, then ambik ubat and balik.

Petang tu jugak balik Pontian...