Mama, ayah, Mina, Sarah dan Zafri dalam perjalanan dari kampong nak ke Kulai melalui tol sedenak. Awish tak ikut sebab nak ikut Adib beraya dengan Makcik Mini dan Uncle. Cadangan asal nak keluar pagi tapi dari 6am sampai 12pm hujan tak berenti. Finally 12:45 macam tu baru dapat keluar.
Tak jauh pun.. lepas simpang ke Parit Sikom tu dalam 1 km, kat kawasan keliling nenas…
Minah ni dgn konfidennya keluar dari tempat dia, cuba nak memotong sebaris kenderaan depan dia, dan masuk kelorong Camry kita.
Ayah flash high beam tapi dia makin laju. Ayah bunyi hon pun dia terus jugak. Ayah ketepi, tayar belah kiri masuk atas rumput tepi jalan pun dia ikut. Ayah terus lagi… empat2 tayar now atas rumput yang basah dan licin, pun dia dengan laju ikut ke atas rumput jugak. Masa tu ayah dah terfikir ayah tak boleh pegi mana lagi sebab sebelah kiri tu dah longkang semulajadi yang penuh dengan air sebab hujan tadi. Nanti kereta masuk longkang dalam tu macam mana dengan anak2 ayah. Lagipun kalau ayah ikut ketepi lagi, mungkin kereta tu akan ikut ketepi jugak dan berlanggar dalam longkang tu.
Ayah dah terfikir masa harap2 passersby akan tolong mama dan anak2 ayah keluar dari kereta selepas head on nanti sebab ayah mungkin ‘dah sampai masa’ atau kaki tersepit tak blh keluar, kesakitan. Ayah dah terfikir Ya Allah “inilah ketentuan Engkau untuk aku, aku redha, aku terima”. Ayah dah terfikir muka atuk Tampin, mungkin tak sempat nak jumpa raya ni, ayah pegi dulu. Ayah dah terfikir nak jumpa arwah Wan. Tangan ayah keras pegang stering kereta, tunggu je kereta langgar depan.
Dengan kuasa Allah, lebih kurang 10m lagi nak kena, driver tu pusing stering ke kiri sedikit… PRANGG!!!! Kereta bergegar, Sarah menjerit, Mina menangis sekejap. Mama terkedu, Zafri tak tau apa2. Ayah dalam diam berkata “kena jugak..alhamdulillah… cuma tepi”
No comments:
Post a Comment