Saturday, November 23, 2013

Indoor Exercise

Awish ni kalau nak suruh keluar rumah, bersenam, keluarkan peluh, mama dan ayah kekadang sampai nak kena paksa.

Awish ni kena exercise sebab Awish dah masuk kategori obess. Bawah ni survey student UKM kat sekolah Awish. Graf tu untuk Awish. Nampak tak pangkah kat tengah2 tu. Dah melebihi ideal weight punya range.


Basikal ayah dah belikan. Selalu tak digunakan sampai tayar pancit. Bila tayar dah pancit, tak reti pulak nak pam. So bila teringin nak pakai, sebabkan tayar dah pancit jadi Awish tak jadi nak naik basikal tu. So, basikal jadi lama tak terpakai, maka tayar pancit lagi.....tak abis kang cerite ni..

Ayah suruh main bola dengan geng2 sebaya Awish kat taman, Awish kata nanti baju kotor. Ayah bagi green light, takpe kalau baju kotor, tapi tak jugak Awish main bola. Walhal geng2 Awish tu selalu ajak Awish main. Awish cuma main dengan budak2 yang umur 2-3 tahun muda dari Awish.

Susah sangat nak suruh Awish keluarkan peluh outdoor maka ayah ikhtiarkan indoor exercise.


Setakat ni berhasil, Sama2 boleh main dengan Sarah dan Mina. Ayah pun gian juga nak main. Sampai basah kuyup dengan peluh. Mama pun dah tak sabar nak abis pantang nak main.

Thank you XBox Kinect.

No comments: