Saturday, November 23, 2013

Indoor Exercise

Awish ni kalau nak suruh keluar rumah, bersenam, keluarkan peluh, mama dan ayah kekadang sampai nak kena paksa.

Awish ni kena exercise sebab Awish dah masuk kategori obess. Bawah ni survey student UKM kat sekolah Awish. Graf tu untuk Awish. Nampak tak pangkah kat tengah2 tu. Dah melebihi ideal weight punya range.


Basikal ayah dah belikan. Selalu tak digunakan sampai tayar pancit. Bila tayar dah pancit, tak reti pulak nak pam. So bila teringin nak pakai, sebabkan tayar dah pancit jadi Awish tak jadi nak naik basikal tu. So, basikal jadi lama tak terpakai, maka tayar pancit lagi.....tak abis kang cerite ni..

Ayah suruh main bola dengan geng2 sebaya Awish kat taman, Awish kata nanti baju kotor. Ayah bagi green light, takpe kalau baju kotor, tapi tak jugak Awish main bola. Walhal geng2 Awish tu selalu ajak Awish main. Awish cuma main dengan budak2 yang umur 2-3 tahun muda dari Awish.

Susah sangat nak suruh Awish keluarkan peluh outdoor maka ayah ikhtiarkan indoor exercise.


Setakat ni berhasil, Sama2 boleh main dengan Sarah dan Mina. Ayah pun gian juga nak main. Sampai basah kuyup dengan peluh. Mama pun dah tak sabar nak abis pantang nak main.

Thank you XBox Kinect.

Last day of Pre-school, Last day of RealKids

Sarah next year dah masuk darjah satu walaupun baru masuk 6 tahun. Sebabnya birthday Sarah 1st Jan 2008. Jadi, kena masuk darjah satu 2014, mengikut pekeliling Kementerian Pendidikan (sapalah menteri yang buat ruling ni).

Last day of pre-school, Sarah bangun awal, breakfast bersama2 ayah, Awish dan Mina. Excited, sebabnya pada hari tu adalah Party Day.


The next day, parents-teachers day. Sebab mama dalam pantang, jadi ayah dengan Sarah ajelah yang pergi.


Lawatan ayah ke RealKids ni adalah lawatan ayah yang terakhir ke sana. Dari 2007 sampai ke hari tu, RealKids Puchong Jaya ni menjadi sebahagian 'famili'. Zafri kemungkinan besar akan ke RealKids jugak, tapi bukan Puchong Jaya sebab next year, Insyaallah, kita akan jadi warga Shah Alam.


Sarah bersama Teacher Thila. Teacher kata Sarah membaca takde masalah, matematik pun ok, overall ok. Except for, Sarah ni a sore loser, kalau dia kalah atau kurang sikit suka pukul kengkawan dia especially bila dia kena ganggu. Ayah cakap sebab masa dia sakit dulu memang mama dan ayah akan menangkan dia berbanding abang dan kakak Sarah. Sebabnya Sarah tak boleh stress kata doktor. Actually sampai sekarang pun kekadang masih macam tu. 


Sarah tunjuk Sijil kat Zafri, bagi inspirasi la tu.

Proud of you my dear. 
3 years ago, there was time when ayah was doubtful weather this picture will ever exist.
Alhamdulillah, syukur pada Allah.




Thursday, November 14, 2013

Atuk

3 weeks old dan Zafri masih belum jumpa dengan Atuk.

Ayah terfikir, andaikata tetiba Atuk jatuh sakit etc. maka tak dapatlah Atuk jumpa Zafri.

So weekend lepas, selepas 2 minggu tak berjaya, ayah ambik Atuk dari rumah Pak Ngah for a 'Setengah Hari Bersama Atuk'.

Ayah bawak atuk pusing2 KL, tengok tempat2 yang dah banyak berubah eg. Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuh Ampang etc. bagi Atuk flashback memori masa kawasan ni dulu2.

Dah puas pusing2 ayah bawak Atuk balik rumah untuk makan tengahari... dan most importantly..

...memperkenalkan Atuk dan Zafri...Zafri dan Atuk.(tengok betul2, ada iras2 kan?).

Petang tu ayah bawak Atuk pegi gunting rambut; pegi UPM hantar Kak Seha, sepupu AMSZ ie kakak Kak Limah, yang datang overnite 2 malam; sebelum hantar Atuk ke rumah Pak Ngah semula.


Hari ni, ayah dapat panggilan mengejut dari Makchek informing Atuk sakit dan kena ke hospital dengan segera. Sekelintas ayah teringat kerisauan ayah - "kalau Atuk jatuh sakit". Rasa macam mulut ayah masin pulak. Ayah terus automatik tinggalkan office untuk ke Al-Islam Specialist Hospital. Dalam kereta, macam2 yang ayah fikir dah.

Alhamdulillah, sesampai kat sana, Pak Ngah, Mak Ngah, Makchek, Pakchek dan Maktam kata Atuk dah stabil. Anyway still kena warded.

Picture courtesy of Pak Uda.

Ayah harap anak2 ayah ada memori yg disimpan pasal Atuk. Yang boleh diceritakan balik bila dah besar panjang nanti.



Sunday, November 10, 2013

Saturday, November 2, 2013

Kaki ayam

Jarang jumpa budak kecik suka makan kaki ayam kan..




Diari

Awish : Mina, do you remember we put a lot of bedak on Sarah face?
Mina : Mmm...oo yah.. I remember. Sarah want to become beautifull, so we put lah bedak on her.
Ayah : You can look in the AMSZ...
Mina : Yes!!
Awish : What year ayah?
Ayah : I think before Sarah sakit...mmmm year 2010 I think.

We are referring to this pix taken in 2010

Ayah : Berbaloi jugak ayah buat AMSZ as diaries for you guys.
Mama : Haah..

Ayah : When you want to make diary for Kening and Comel

Ayah / Mama : HAH??!!?

Diari for Kening and Comel??
Perlu ke??

Perlu ke diari untuk si Comel yang port favourite no 2 kat bahu ayah dan..

port favourite no 1 kat ketiak ayah ni?

Diairi untuk si kening yang..

nak tido nak kena ada tangan mama ni??

Tak payah lah kut..






Kakak Sarah


Tengok TV sama2

Tengah cuba nak senyapkan adik Zafri

Zafri dah senyap.