Sunday, October 14, 2012

GIGI(L)

Gigi depan Mina dah lama goyang. 22 Sept mama dah buat entri dah pasal gigi Mina yang goyang ni.

Tapi berminggu-minggu gigi nak tak tercabut-cabut. Kena langgar dengan lutut Awish pun tak tercabut jugak.

Berkali2 jugak mama dan ayah suruh Mina cabut sendiri, tapi Mina tak nak. Berkali2 jugak mama dan ayah kata mama dan ayah nak cabutkan, Mina tak nak jugak. Padahal gigi kekal dah nak keluar dah. Nanti senget gigi tu, tak cantik pulak.

Last2 7 Okt haritu, ayah dan mama paksa je lah. Dalam menggigil Mina ketakutan, ayah bearhugged Mina dan mama jadi dentist cabut gigi Mina tu.

Selepas 'hujan' hampir reda, ayah ambik gambar nak bagi 'hujan' berenti terus.

Nilah gigi yg degil ni.



No comments: