MASYAALLAH!! satu badan, dari rambut sampai kaki penuh bedak!! Tak pakai baju dan seluar lak tu. Dah nak sama putih dengan pampers yang di pakai.
Awish dan Mina tergelak2 lagi. Mama tanya "sapa buat?" Awish cakap Mina buat. Mina cakap Awish buat. Ayah punya solution senang je. Dua dua kena. Dan dua dua tak menangis sebab tau diorang memang buat salah.
Bila mama dan ayah turun bawah...MASYALLAH!! Ruang tamu dan bilik bawah dari ke lantai sampai ke perabut pun putih dengan BEDAK!!!!
Maid di suruh mop. Tapi ayah pikir diorang ni perlukan suatu pengajaran yang diorang akan ingat supaya tak buat lagi.
So, atas arahan ayah, Awish kena lap beg kerja ayah, kerusi dan meja, kabinet TV. Mina kena lap komputer set, study table, round table dan lap lantai.
Akur je Awish dan Mina sebab tau buat salah.
Mangsa selepas dibersihkan (sikit) tengah minum susu. Sebenarnya minah ni pun 'suspek' jugak tapi sebab kecik lagi, maka selamatlah.
Tengah bertungkus lumus menghitamkan balik beg kerja ayah.
Lap cik kak..jangan tak lap..
Selepas 3 hari masih terasa lagi bedak kat lantai...
No comments:
Post a Comment