Saturday, July 31, 2010

Kantoi Lagi

Mama dengan ayah tengah sembahyang maghrib. Tapi dalam sembahyang tu boleh dengar Awish dan Mina terkikik kikik gelak mengilai kat bawah. Apa lah agaknya yang dibuatnya. Lepas tu Sarah ketuk pintu bilik2.
MASYAALLAH!! satu badan, dari rambut sampai kaki penuh bedak!! Tak pakai baju dan seluar lak tu. Dah nak sama putih dengan pampers yang di pakai.

Awish dan Mina tergelak2 lagi. Mama tanya "sapa buat?" Awish cakap Mina buat. Mina cakap Awish buat. Ayah punya solution senang je. Dua dua kena. Dan dua dua tak menangis sebab tau diorang memang buat salah.

Bila mama dan ayah turun bawah...MASYALLAH!! Ruang tamu dan bilik bawah dari ke lantai sampai ke perabut pun putih dengan BEDAK!!!!

Maid di suruh mop. Tapi ayah pikir diorang ni perlukan suatu pengajaran yang diorang akan ingat supaya tak buat lagi.

So, atas arahan ayah, Awish kena lap beg kerja ayah, kerusi dan meja, kabinet TV. Mina kena lap komputer set, study table, round table dan lap lantai.

Akur je Awish dan Mina sebab tau buat salah.

Mangsa selepas dibersihkan (sikit) tengah minum susu. Sebenarnya minah ni pun 'suspek' jugak tapi sebab kecik lagi, maka selamatlah.

Tengah bertungkus lumus menghitamkan balik beg kerja ayah.
Lap cik kak..jangan tak lap..

Selepas 3 hari masih terasa lagi bedak kat lantai...

Night Outing 2

Restoren Selera Mahsuri (kut) kat Kinrara. Makan malam sebab maid cuti + siangnya diorang dah tinggalkan mama dan ayah yang pegi ke reception Diyana & Fairuz kat Melaka.
Awish dgn Chicken Chop
Mina dengan Char Kuey Teow
Sarah dengan fries

Night Outing 1

McDonald's kat Puchong Gateway... buat macam rumah sendiri..

First PET?

Tengah sibuk main dengan 'Pet' yang di tangkap sendiri oleh Awish pagi pagi sebelum mandi.

Nampak tak 'pet' tu.

Ni hah..ulat gonggok. Di rendam dalam air untuk bagi dia 'selesa'.


Thursday, July 22, 2010

Dahi berdarah

Lepas balik dari wedding last week, Darwish pergi main kat playground. Balik rumah ayah nampak dahi dia berdarah. Rupanya ada batu melayang dan landing kat dahi dia.

Menurut penjelasan Darwish batu ni di pijak/ disepak secara tak sengaja oleh orang lain yg dia tak dapat recall/ tak tau nama tuan punya kaki tu.

Mama and ayah takde buat repot polis ataupun menyerang mana-mana rumah.

Sekian, laporan semasa perkembangan darwish setakat ini.


Tuesday, July 20, 2010

Mina Birthday Party Plan


Mina dah keep on nagging on her birthday party. Bukan mama ayah tak nak buat tp alahai baper kerat sangat le kenkawan mina nak jemput. Classmate mostly chinese and bukan stay nearby our house pun. Nak bg invitation pun takut baper kerat je yg dtg. Nak panggil family members plak, hmm tahun ni dah byk family event so mcm dah selalu benar jumpa, takut ada yg dah bosan +P.

Another option is make a small party utk kids yg selalu main kat playground dgn dia. I think less than 10 kot...alahai, nak panggil clown pun tak berbaloi.

Dah le birthday dia nanti on 30 August...bulan puasa!

For classmate goodie bag and cake should be enough to celebrate at school. But the party yg dia nak ni..adoiii..camna nak buek?

Dah le pandai demand...princess la, barbie la, dora la, ultraman mebius la...isk!

Kids @ Wedding














Sunday, July 11, 2010

Clown = Jalut ?

Clown dalam bahasa malaysia jalut ke? Entahlah.

Caught in the Act

Sarah kena tangkap basah bedak

Saturday, July 10, 2010

Hari Terbuka SKS2BK

Jumaat 2/7/10.

Selepas menghantar Awish naik van, maid bagitau, Pakcik van kata pukul 9am parents dah boleh ambik budak2 balik. Maid sebelah pulak bagitau dia hari ni ambik keputusan ujian.

Mama, Ayah : ????

Awish tak cakap apa2 pun.

Tapi sebab paham dengan perangai Awish, mama dan ayah pikir, pegi jelah sekolah. Ayah bagitau ofis, ayah lambat masuk.

8am mama dan ayah, bertemankan Sarah, pegi sekolah. Tengok2 memang ramai dah parents. Jumpa cikgu ambik keputusan dan untuk dapatkan feedback cikgu pasal pembelajaran anak2. Kena ambik nombor, macam kat bank. Kelas Awish 1 Pluto, nombor kitorang no 10.

Sementara tunggu turn mama borak dengan mama Nuha, classmate Awish kat 1 Pluto, also masa kat CEC dulu, also our neighbour setaman. Ayah pulak bawak Sarah (Sarah bawak ayah yang betulnya) tengok ikan kat kolam.

Berdebar-debar nak jumpa Cikgu Jafri dengan Ustazah. Keputusan dia...4A 1B. Kira bagus jugaklah kan tapi Ustazah tu selak mukasurat keputusan kedudukan dalam kelas tak jumpa2 nama Awish. Dah nak habis selak barulah jumpa. No 32 dari 45 murid. Ramai gila dapat 5A. Awish ni kelas budak pandai rupanya. (Betul ke?)
Yang dapat B tu kefahaman BM. Kitorang pun cakap la Awish rasa soalan tu susah, malah mama dan ayah rasa soalan tu susah. Selamba je Cikgu Jafri jawab "Tapi saya rasa soalan-soalan tu cuma beberapa peratus je menguji minda murid2, sebab ramai yang score 100% (Awish 64%). Err......ok cikgu.
Mama dan ayah pun ambik kesempatan tu untuk bagitau cikgu yang Awish sebenarnya ada masalah pendengaran, baru je buat operation masa cuti sekolah hari tu. Dia ada masalah nak fokus (ADD). Speech therapist advice cakap dengan dia satu bahasa je, kitorang pilih bahasa inggeris, sebab kat tadika bahasa inggeris. Mama berterima kasih sebab dudukkan Awish kat depan.etc.
Cikgu punya reaksi..."ohhhh...patutlah.. dia memang selalu tak fokus, tak habis salin soalan, homework tak siap etc. Dulu dia duduk tengah, sebab masalah2 tu cikgu tukarkan kat depan.

Mama dan Ayah separuh lega sebab dapat dengar feedback cikgu pasal Awish dan at the same time dapat bagitau cikgu masalah Awish.

Masa balik mama call mama kepada Nuha, satu satunya parents yang kenal, saja nak tanya Nuha dapat no berapa? "Alhamdulillah, dapat no 1". Errrkk.....terus lepas tu ayat ni keluar dari mulut mama dan ayah untuk Awish.

"Awish, you must friend with Nuha!"

Awish yang pakai baju oren tu. Hari jumaat memang sport attire day. Disebabkan Awish tak bagitau pun ada Hari Terbuka, maka ayah pakaikan je baju yang biasa dipakai. Padahal sepatutnya pakai uniform biasa. 
Sarah layan ikan kat kolam
Mak dan bapak yang menunggu giliran. Sarah meng'gedik' depan kamera.
Sebelum balik, singgah beli buku Bahasa Malaysia untuk latih tubi Awish dengan kefahaman bahasa malaysia.
Anak jawa tak reti cakap melayu...susah....

The Unexpected Belated Birthday Gift

Cuti sekolah punya cerita jugak nih. Just before nak balik Tampin dengan Atuk dan Wan; MakAndak sefamily datang. And they brought a give for Darwish birthday - a battery charged race car completes with self assembled track Awish happy kemmain. Main kat kampung seronok sakan.


Mana boleh sorang je dapat hadiah kan. Mak Andak belikan hadiah jugak untuk Mina - a 'fully furnished' doll , dan Sarah - a set of colourfull intelligent blocks. They were also happy. Terima kasih Mak Andak, Uncle Adis, Kakak Lidia, Abang Adlan dan Dia.

Note :
Semasa cerita ini ditulis, ketiga-tiga mainan diatas dilaporkan telah kehilangan sifat, patah, rosak dsb.

Anak Jawa kemaruk Pizza

It was the last weekend of the last month's 2 weeks school holiday. Tiba2 kata mama Awish kata nak makan pizza. Mana taknya sejak ada maid rasanya kita dah tak call dah pizza hut ke domino nye takeaway. Sebab ada umat kat rumah ni yang tak reti makan pizza.
So rasanya Awish dah kemaruk la nak makan lasagna dia tu.
Maka hari ahad mama dan ayah pun bawaklah Awish dan adik adiknya sampaikan hajat di hati - Pizza Hut at Giant Bandar Kinrara. Memang santai betul diorang....

Friday, July 9, 2010

Toy Story 3


Ini cerita cuti sekolah dulu. Memang salah satu yang di 'plan' sejak sebelum cuti lagi. Dan dah di war-war kan kat Awish. So, on the opening weekend, kitorang harung the massive crowd kat TGV Sunway.

Awish, Mina, Sarah was sooo happyyyy. At least for 3/4 of the movie. The last quarter Sarah dah sibuk ajak keluar. Awish pulak tak paham punya pasal dah mula hilang fokus. Mina gak maintain gedik...err I mean focus.

Tuesday, July 6, 2010

Birthday Party Maliha & Faiha

Hari Ahad lepas pergi birthday party anak Niki (mama's friend). Maliha is 6 y.o and Faiha is 2 y.o. Mama dah susah hati takut Mina buat scene sbb dia mmg dah tak sabar-sabar nak tunggu birthday dia.




Boy tu Adam, cousin Maliha(yg pakai party hat). Faiha dgn mama dia tu.

Darwish and Adam sama aktif, agresif...but Darwish kira dah tone down sikit. Dulu lagi susah nak kawal. Now walopon jumpa ygg sama lasak, tp boleh di kawal lagi.

Mina (pakai mask) mmg tengah sentap! Sebab ni bukan party dia. Dia tak puas hati. Jadi duduk belakang birthday girl dan tarik muka. Nasib baik dia tak melalak kat situ.

Ada clown! Penat mama suh Mina join games. Darwish suka sangat dan join 3 games. Yg last dia join is musical chair. Tp dia yg first kena keluar, so terus tarik muka. Since 2 orang dah sentap, merajuk, maka mama and ayah terpaksa mintak diri sebelum keadaan di luar kawalan.


Anak Dara Merias Kuku