Saturday, December 10, 2011

Life without Kantong


Since January, ianya sebahagian dari pakaian Sarah - Kantong berisi CVL Sarah. Dengan menggunakan handphone sleeve dan disematkan dengan pin diapers ke baju Sarah, kantong sentiasa menjadi busana ekstra Sarah. Dari yang dibeli kat kedai telefon ke kantong mama buat sendiri, sebab nak matchkan dengan kaler baju, sampailah kantong yang ada karakter kartun eg Hello Kitty.

Now it's history.

Dengan terpisahnya CVL dari Sarah, maka terpisahlah kantong tu dari pakaian Sarah.

"Ayah see, no more"


And Sarah is happy with her life without the kantong. Sarah happy to be back to her life without the kantong.

Satu benda yang Sarah tak sabar nak buat ialah berendam kat swimming pool. Hari ni masa mama packing baju mandi Awish sebab Awish akan ikut Uncle balik kampung Adib kat Langat, Sarah pun teringin nak pakai baju mandi Sarah yang dah lama tersimpan tu. Seharian Sarah pakai swimming suit.


Sabar ok Sarah. Nanti Sarah balik kampung minggu depan, bolehlah berendam kat swimming pool olympic size kat Parit Lanchang tu.


Tunai Hajat 3 : Mina (never ending list)

Last week Mina beria-ia nak pegi Art & Craft. Ayah dapat rasakan yang dia kemaruk nak buat Sand Art. Masa weekdays mama tunaikan hajat Mina tu.

Tapi.... ada hajat lagi....

Hari apa ntah..nak ABC. So kenalah mama tunaikan sebab Mina dah menyanyi tak berenti "Can we go now, I want ABC?"


Tetiba pagi tadi bangun2 tido Mina menangis, sebabnya nak Lasagna. Maka mama pun buatlah lasagna (cubaan pertama).


Mina ni memang kalau nak something, dan dan tu dia nak benda tu. Unless kalau dia kata or dia bagi timing. Yang best nye timing Mina bukan esok ke next week ke etc. Macam ni bunyi hajat2 Mina tu...

"Mother when I'm seven years old, you me for me....."
"Mother when I'm 11 years old, you buy for me....."
"Mother when I'm 16 yeras old, you buy for me...."
"Mother when I'm 21 years old, you buy for me..."

Ayah dah lost track Mina punya hajat sampai umur Mina berapa tahun. Sebabnya banyak kali sangat Mina cakap. Asal terfikir je, Mina pun mulalah menyebutnya.

Dan ayah tak mention kat sini "you buy for me" apa bendanya. Sebab ayah dah lost track apa yang Mina mintak. Dan lagi satu takut kalau Mina baca entry ni masa Mina 11 tahun ke, 16 tahun ke, Mina tuntut permintaan Mina tu dari mama dan ayah. :)


Thursday, December 8, 2011

Kantoi!!

Main makeup mama sampai habis!!!

Kantoi!!




Wednesday, December 7, 2011

Ayah dan Sarah

Semalam Sarah dah recover dari demam terkejut kena Ketamine Isnin hari tu.

Pagi2 semalam Sarah dah kelaparan (apa taknya hari Isnin kena puasa, lepas habis procedure makan nasi, petangnya keluar semuanya dalam bentuk muntah) dan mintak nasi lemak. Petang masa ayah balik Sarah dah belasah udang sorang2, Mina je yang lucky dapat merasa 2 ketul udang tu. Seisi rumah yang lain dapat tengok kulit je.

Hari ni Sarah merajuk sebabnya masa ayah balik sampai rumah, Sarah tak perasan sebab tengah mandi. Sarah turun bawah, Sarah tanya mama, "Is ayah come home?". Mama dukung Sarah ke dalam master bedroom yang ayah purposely tak pasang lampu sebab ayah menyorok kat sebelah katil.

Bila Sarah jumpa ayah, Sarah merajuk, bukan sebab ayah tak carik dia masa sampai rumah tapi sebab "Ayah cannot hide there, you too big, you not small". (??? Apakah ???)

Ni gambar merajuk semalam...tak ingat apa kes...rasanya "I'm angry oredi at Mina"

So puaslah ayah pujuk. "Ok...I'm sorry, next time ayah hide in the toilet ok", ayah pujuk (dalam mode mengarut)

Pujuk punya pujuk, lambung punya lambung, peluk punya peluk, last2 Sarah pun cool.

Sebagai balasan kepada ayah, Sarah buat 'heart shape' untuk ayah (lebih kepada Sarah paksa mama buat...tapi takpelah...)

"Ayah, I make for you!!!" kata Sarah.


Sarah, ayah pun sayang Sarah.

Sarah terus berjuang ok Sarah. Tak lama... 5 tahun je lagi.

Sementara tu mama dan ayah akan cherish every seconds dengan Sarah. Especially mendengar pelat2 dan petah Sarah tu...
"what ever rah"
"I'm angry oredi"
"I want yerrow rice, chicken, and soup"
"Sarah skul...hah!? Sarah skul!?...huhhhh" (mode tak nak pegi sekolah tahun depan)

Memang ayah bersyukur sebab Allah bagi peluang untuk mendengar semua ini dari Sarah..

Teruskan Sarah..


Monday, December 5, 2011

Ketamine

Recorded about 20 minutes after Ketamine entered Sarah's system

Rasanya masa effect Ketamine tu tinggal 50-60% je. Itu pun dah boleh nampak dah Sarah tak boleh nak control anggota badan.



Tiub & Wayar di badan - NO MORE

Disebabkan semalam CVL or 'tube' or 'wayar' Sarah ada bleeding, hari ni mama bawak Sarah pegi jumpa Prof Lin.

As expected, Prof Lin kata no choice, don't want to take the risk, therefore have to remove immediately.

Procedure nak remove Sarah kena ambik anesthetic (bius la). Anesthetic ni kalau perut berisi tak boleh, takut boleh muntah. Sarah pulak baru je minum susu, maka kenalah menunggu at least 4 jam before Sarah can be put in anesthesia condition. So nak tak nak kenalah menunggu kat day care, melayan Sarah yang dah macam rancangan Astro, berulang-ulang menyebut 'I'm hungry". Kesian Sarah, memang lapar sangat dah.

Ayah terpaksa datang dari tempat kerja untuk melayan dan distract Sarah, and also temankan Mina (yang mengekor ke hospital tak tentu pasal) makan tengahari.

Close to 2 pm, Prof Lin datang Sarah dah tak nak lepaskan mama dah. Abis mama di panjat Sarah.


Finally lepas bagi Sarah Ketamine (pil khayal) sekelip mata, Sarah dari menangis meronta terus senyap dan lalok.

Within less than 10 minutes CVL Sarah dah keluar.

This was part of Sarah for the past 11 months.

Punca bleeding - tube yang halus tu ada 2 cut, suspect masa proses nak buka jahitan keliling 'entry' masa bulan April (kalau tak silap) dulu. Masa tu minor cut je. Tapi lepas bending countless time cut tembus menyebabkan pressure backflow - darah dari dalam tubuh Sarah mengalir keluar. Alhamdulillah, Sarah sendiri peka dengan abnormal pada CVL tu semalam.

Selepas procedure complete, Sarah masih dalam anesthesia. Kesian sungguh tengok Sarah yang tak boleh nak control mata, tangan, kaki. Coordination langsung takde.


Tangan mengeras tak tentu pasal.

Mata cuba nak fokus tengok ayah.

Mama cuba tenangkan Sarah yang tengah gigih melawan effect Ketamine (biasa orang ambik kat pesta2 tu).

Selepas tidur sejam lebih, Sarah makin conscious (tapi belum 100%) dan terus mengadu lapar lagi. Nasib baik bil semua dah siap dan terus discharge dan dapatlah Sarah makan nasi lemak kat cafeteria. And then we're ready to go home.

Sarah depan Canser Day Care entrance

Sampai dirumah, Sarah masih belum 100%, infact Sarah mengadu "I'm tired". Sarah tidur dan kemudian terjaga mengadu pening kepala. And then Sarah vomitted, abis nasi lemak tadi keluar (maybe semua) dan temp Sarah 39 degree Celcius. Mama dan ayah suapkan dan sapukan air zam-zam pada Sarah. Hopefully Sarah recover fast.

Nevertheless Sarah is now free from the CVL. Ada orang kata tiub, ada orang kata wayar. So Sarah is now 'tubeless' or 'wireless'.

No more hassle masa nak mandi. No more hassle untuk flushing, changing procedure.
http://cekpenayah.blogspot.com/2011/09/sop-nak-mandi.html
http://cekpenayah.blogspot.com/2011/09/delicate-procedure.html

Sarah sekarang dah boleh berendam, Sarah dah boleh mandi kat pool macam dulu2.

Sarah ada kata masa makan kat kafeteria tadi "I want ayah shower at pool, mother shower at pool, Darwish shower at pool, Mina shower at pool and Sarah shower at pool". Mesti Sarah dah rindu dan tak sabar nak swimming sama2.

Tapi hassle tetap ada - every follow up (every 3 weeks) Sarah akan kena cucuk kat tangan untuk extract sampel darah for tumor marker check.

For now, Sarah, please recover secepat mungkin dari effect Ketamine tu.


Sunday, December 4, 2011

CVL Sarah

Ingat Sarah punye CVL?


Tadi lepas mandi tetiba Sarah carik ayah dan dengan sedih dan penuh kerisauan Sarah kata sambil tunjuk kat CVL tu "Ayah, got blood".

Ayah tengok rupanya ada darah dalam saluran tu.

Tak boleh nak buat apa dah. Esok mama kena bawak Sarah jumpa Prof Lin. Rasanya kena terus cabut CVL tu.

Mama dan ayah ambik kesempatan ada darah tu untuk bagitau dan pujuk Sarah untuk cabut CVL tu. Sarah macam redha je.

"I have to cut" kata Sarah.

Sebelum2 ni bila cerita nak buka CVL tu Sarah amat takut, "I dont want!!". Walaupun mama dan ayah bagi encouragement - nanti kalau dah buka, boleh berendam kat swimming pool - Sarah memang takut, takut sakit.

Esok tak tau macam mana.

Be brave Sarah!