Showing posts with label Awish. Show all posts
Showing posts with label Awish. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Darwish Nasyran

Star Cruise Harbour, 19 February 2011.

Awish...ayah mintak maaf. 

Sepanjang Sarah di hospital, sehingga semalam, ayah jadikan Awish tempat lepaskan tension. Segala apa yang Awish buat semuanya ayah anggap tak betul. Instead of mengajar Awish dengan bercakap dengan lembut untuk mengasuh, ayah gunakan suara yang tinggi. Ayah marah Awish tak tentu pasal, walaupun puncanya benda yang kecik sekalipun.

Ayah tau ayah gagal untuk berlaku adil. Mesti Awish rasa diabaikan. Fokus hanya kepada Sarah, fokus hanya kepada Mina. Fokus kepada Awish??? Bila ayah fokus kepada Awish, emosi amarah yang datang. 

Ayah harap sangat Awish faham yang tika ini adalah saat yang sukar buat ayah, buat mama, buat kita sekeluarga. Ayah masih gagal untuk mengimbangi antara situasi baru, rutin baru keluarga kita dan situasi dan rutin baru di tempat kerja baru ayah. Tapi memang ayah tak sepatutnya menjadikan Awish tempat untuk melepaskan tension.

Maafkan ayah, Awish.







Terima kasih Uncle dan Adib kerana menceriakan hujung minggu Awish.

Friday, December 31, 2010

BaganLalang

Selepas gagal dalam misi mencari basikal Sarah, ayah ajak makan2 kat Bagan Lalang. Bawak Maktok sekali yang dah duduk dengan AMS, ajak Adib, makcik, uncle dan Makcik Ani & co.

On the way menempuh jam yang tak diduga (4km stop go sebab traffic light kat Sepang) dapat berita Makcik Ani tak dapat datang. Jam punya pasal sampai sana dah almost sunset 6.30pm. Tapi alhamdulillah puas jugak rasanya Awish Mina Sarah main pasir.

Lepas maghrib ambik port kat restoren untuk dinner. Adib, makcik dan uncle pun sampai. Food yang ayah pre-ordered sebelum magrib pun siap. Makan!!!! Puas!!!




Cerita sebelum gambar ni diambil : Mina ke gigi air dengan memakai selipar. Masa berpatah balik, sebelah selipar melekat dalam pasir dan terlucut dari kaki. Selipar tu hanyut menuju ke tengah dibawa ombak. Mina kuatkan semangat untuk mengambil selipar yang dibawa ombak. Mina berjaya tapi menangis sekuat hati sebab ketakutan....














Wednesday, December 29, 2010

Episod : Basikal

Kawan-kawan Awish setaman main basikal. Awish takde basikal. Nak pinjam diorang tak bagi.
Awish pun mintak belikan basikal. Ayah dan mama mengiyakan aja mulanya. Lama kelamaan kesian jugak.

Masa balik Tampin ayah dan Awish ke pekan cari basikal tapi tak jumpa sebab ayah saja buat tak jumpa sebab nanti susah nak jaga masa orang tgh sibuk kenduri plus nak balik kl kang tak muat kereta.
So masa balik ke Kinrara basikal dibelikan. Mina pun dapat jugak.
Awish punya

Mina punya. Dua-dua biru, ni je basikal yang 'semenggah' kat Giant Kinrara







Selepas Sarah pulak mintak basikal. Sampaikan ada sekali, celik je mata dari tidur terus cakap kat ayah "Father I want bicycle".
Ayah dan Awish cuba carik. Tapi takde yang sesuai. Tunggu lah Sarah ek.

Sunday, December 26, 2010

Aeroplane treat

It was back in June kalau tak salah ayah, Awish cakap dengan Mina "Mina, december we will ride the aeroplane".
Mama dan ayah terkedu dan at the same time determined to fulfill their dream - naik aeroplane.
Nak pegi oversea macam tak mampu, maka domestic destination jadi target. Langkawi was our choice, sebab boleh naik flight, plus banyak tempat interesting untuk budak-budak.
About 5 days sebelum our flight, mama bagitau Awish kita akan ke Langkawi naik kapalterbang. Selepas tu tiap-tiap hari Awish akan bangun pagi dan cakap " Ayah, 5 more days,.... ayah 4 more days ". Excited. Best jadi budak2.
The day - 2nd December. At the departure hall, waiting anxiously to board the plane.

Awish new hairstyle - Supersonic katanya. Specially designed for boarding an aeroplane. (It comes with the smile, satu package)

Yeahh!!!!! Naik aeroplane. Dengan sendirinya Awish, Mina dan Sarah duduk quietly, organised, and without a huss or puss. Macamlah dah biasa/selalu naik kapalterbang je.

Enjoying the 'meal' - salted peanuts and fresh orange. Yang bestnya MAS now is serving milo ais. Memang bertuah Awish and co. Mintak tambah 2-3 round lagi tu. Nasib baik steward dan stewardess baik2 belaka.

A dream/wish fulfilled.



Tuesday, November 23, 2010

Cuti Sekolah!

Masa untuk ke taman!

Sarah stailo kan main jongkang jongket.


Mina sentap sebab berebut nak bercakap...dia nak cakap dengan mama, darwish pun nak cakap dengan mama.


Darwish buat tak tau je kat orang yg suka sentap tu.



Masa untuk pulang..!





Saturday, November 20, 2010

Mengidam

Awish mintak nak makan 2 benda
~ Lasagna - kat sekolah ada talk pasal bakteria sihat yang tolong buat cheese. balik rumah Awish ajak makan lasagna
~ steamboat - ntah dari mana asal usul kepingin steamboat ni gagal dikenalpasti.

6/11/2010 Kedua-dua hajat Awish tu tercapai.
Pizza Hut IOI Mall..nikmat...



TQ abang Darwish..kitorang pun merasa nikmat gak..

Shah Rukh Khan enter frame..
Gambar pizza dgn lasagna lupa nak ambik..sebab dah sibuk melantak

 Ketam Village Steamboat kat The Curve.. the cheapest and best steamboat around


Kembar cili..mulut dah merah menyala, menangis2, tapi makan teruskan makan pedas..


Supermom






A happy boy

More stories here