Showing posts with label Darwish. Show all posts
Showing posts with label Darwish. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Awish

Awish kepenatan, tertidur dalam kereta. Penat tunggu ayah kat Daycare. Lepas tu ke Giant, makan dan beli groceries, lepas tu tunggu ayah kat masjid, Awish sempat buang air besar (sendiri cari toilet) sebab makan nasi pedas kat Giant tadi, lepas tu beli ikan kat pasar tani, lepas tu pegi ambik Maid Ja, dan kemudian barulah balik rumah.

Hari ni Awish ada ujian. Tapi ayah mintak maaf Wish, ayah tak sempat nak ulangkaji dengan Awish. Ayah cuma dapat ingatkan Awish, baca soalan dan pahamkan, pikir betul2 dan jawab dengan cepat dan tepat. Selebihnya Awish kena usaha sendiri.

Monday, March 7, 2011

Awish dan Mina

Bukan ayah dan mama tak sayang korang berdua, tapi macam ayah cakap dalam kereta hari Ahad haritu, kita kena usaha untuk pulihkan Sarah. At the same time, mama dan ayah nak spend time dengan Sarah.

Itu sebab Awish dan Mina kena tidur rumah Mak Andak.

Mina suka kan. Siap tanya kenapa duduk sehari je rumah Mak Andak..dapat jalan2 lagi. Mak Andak bawak pegi rumah Mak Chek. Dapat peluk cium Mak Chek dan Pak Chek ayah dengar. Lepas pun rindu Mina ye...
Dapat makan2 kat luar. Mama dan ayah dah lama tak bawak makan kat luar kan..


Masa dalam kereta hari Ahad hari tu Mina bagitau yang dia nak say sorry kat Sarah sebab berebut something dengan Sarah, lepas tu Awish advice Mina untuk bagi Sarah sebab Sarah sakit. Mengalir airmata ayah dengar perbualan korang. Bila Awish nampak ayah nangis Awish cakap "it's ok ayah, don't cry, nanti Sarah baik". Thank you so much Awish.

Mina miss mama, dalam masa sebulan ni, boleh dikira dengan jari time yang Mina spend dengan mama. Masa video skype Mina tak boleh tahan dan menangis teresak-esak bila tengok mama.


Sabar Awish dan Mina. Insyaallah, everything will turn back to normal. Insyaallah.

Tuesday, February 22, 2011

Darwish Nasyran

Star Cruise Harbour, 19 February 2011.

Awish...ayah mintak maaf. 

Sepanjang Sarah di hospital, sehingga semalam, ayah jadikan Awish tempat lepaskan tension. Segala apa yang Awish buat semuanya ayah anggap tak betul. Instead of mengajar Awish dengan bercakap dengan lembut untuk mengasuh, ayah gunakan suara yang tinggi. Ayah marah Awish tak tentu pasal, walaupun puncanya benda yang kecik sekalipun.

Ayah tau ayah gagal untuk berlaku adil. Mesti Awish rasa diabaikan. Fokus hanya kepada Sarah, fokus hanya kepada Mina. Fokus kepada Awish??? Bila ayah fokus kepada Awish, emosi amarah yang datang. 

Ayah harap sangat Awish faham yang tika ini adalah saat yang sukar buat ayah, buat mama, buat kita sekeluarga. Ayah masih gagal untuk mengimbangi antara situasi baru, rutin baru keluarga kita dan situasi dan rutin baru di tempat kerja baru ayah. Tapi memang ayah tak sepatutnya menjadikan Awish tempat untuk melepaskan tension.

Maafkan ayah, Awish.







Terima kasih Uncle dan Adib kerana menceriakan hujung minggu Awish.

Wednesday, February 16, 2011

Sarah meet Mina; finally.

Sarah meet Mina, finally. ALbeit only for less than 5 minutes.

Disebabkan sedih Sarah tiap-tiap hari sebut Mina, rindu. Plus, Mak Chek is needed by cucunya. So sebelum ayah balik untuk ambik Sarah ke hospital, ayah ambik Mina dulu.

Sesampai Mina di muka pintu, Sarah menitiskan airmata, menangis. Rasanya sedih berpisah dengan Mina sekian lama, dan sedih Mina balik dia pulak akan tinggalkan Mina.

Mina try to console Sarah dengan tolong pakaikan topi Sarah. Less than 5 minutes later Sarah already on the way to hospital.

Petang dan malamnya mama dan ayah Skype..dapatlah Awish, Mina dan Sarah bersama, online. The moment Sarah nampak Awish dan Mina, lagi sekali Sarah menitiskan air mata. Sedih. Tak dapat main sama-sama. Kesiannya...

Sarah siap cakap (dalam pelat2).."Awish, I finish water then can come home". Parents mana lah yang tak sedih+gelak at the same time..

Sabar Sarah. Be strong. Get well soon. Lepas tu boleh main+gaduh macam selalu..

Monday, February 14, 2011

'Work so far away'

'Work so far away'.

Inilah ayah punye explaination bila nak bagitau Awish dan Mina ayah kena outstation. Sekarang ni Awish dah tau Bangkok tu kat mana, so ayah boleh bagitau Awish pegi Bangkok.

Walaupun ayah pegi Bangkok satu malam je, esok malam dah balik rumah, Awish tak kan puas kalau tak dapat video conference dengan ayah.

Tadi skype line tak ok sangat, ayah tak dapat dengar suara Awish dan mama.

Gambar pun tak clear. Tapi cukup untuk ayah tengok gambar Sarah yang happy dapat topi baru untuk kepala Sarah yang makin lama makin licin tu.

Anonymous

Awish mana? Maktam tanya, sebab lama tak dengar cerita Awish.

Kesian Awish, dia jadi anonymous sekejap. Sebelum ni attention mesti kat Awish disebabkan Awish punya problem ie focusing problem dan hearing problem. Tapi for the past weeks ayah dan mama turn more attention to Sarah, then Mina. Not that mama dan ayah forget you Darwish but, to certain extend we rely on our trust on you, Awish to be independant.

Biasanya mama akan ingatkan dan paksa Awish siapkan kerja rumah. Itupun selepas berbuih mulut cakap. Tapi sekarang Awish, senang, nak siapkan kerja rumah, sometime tak payah suruh, dia buat sendiri. Susun buku ikut jadual, sendiri, ambik nasi/makan, sendiri. Kekadang tu lepas kena paksa buat sendiri pun ada gak. Tapi dia buat, sendiri. walaupun kadang2 tu terdengar dengusan dari Awish.

Gaduh, pun sendiri gak settle. Macam mana cara? Pakai signage, tak bagi kawan yang gaduh dengan dia datang dekat.
Lepas sign 'Keep Out' kat pintu kayu expired, naik notis baru...



Anyway, Awish progress well when we believe our trust on him.

Tapi kadang kadang dia tension sebab apa apa hal dia kena utamakan adik-adik dia, which means dia terpaksa atau dipaksa mengalah. Especially dengan Sarah. Bila Awish tension end up Awish yang kena marah. Contohnya bila berebut channel tv atau CD/DVD. Kesian Awish.

Awish pun ada sakitnya sendiri - partial hearing loss. Selepas terlepas follow up appointment bulan Januari, sampai Awish bersungut bila lalu depan Sunway Med Center, hari Jumaat hari tu mama bawak Awish jumpa ENT specialist untuk check telinga yang ada tiub on both side tu. Alhamdulillah Dr Khoay cakap semuanya ok.

Awish, ayah dan mama nak Awish tau, ayah dan mama sayang Awish sama macam mama dan ayah sayang adik-adik Awish. Mama dan ayah needs you, Awish, also to be strong for your sister.

Alhamdulillah.

Insyaallah.

Sunday, February 6, 2011

When Ermina Met Alisya


Ermina d.o.b  : 30.08.2005
Alisya d.o.b   : 29.08.2005
Only 1 day difference.

Yesterday they met, after 4 years. And they ran havoc at Darwish's room. Play as much toys as possible in less than an hour.

When it's time to say goodbye, Alisya, sour faced, almost shed tears, while waving goodbye to the long faced, speechless and sad Ermina. 

Luckily for Ermina, a superhero came to the 'rescue'. Within split seconds, Ermina speechless and sad moment turn into screaming and tearfull. No thanks to the teasing and provoking from...BATMAN!! (a by-product of Ermina and Alisya's 1 hour quest for toys in Darwish's room).

this Batman is 'tough', especially at the tummy area..

Wednesday, February 2, 2011

Perang Dingin Darwish

Awish bertengkar dengan Adlan, kawan dia kat taman ni.
Awish bagitau mama Adlan cakap 'bad words' kat dia. Tapi Awish tak dapat nak sebut perkataan tu sebab dalam bahasa melayu. Baguslah Awish tak tau. Tak rugi apa pun.
Awish taknak kawan Adlan dan Adlan dilarang datang kerumah. Awish siap tampal notis lagi kat pintu rumah.





Memang ayah dan mama dah melarang Adlan tu bertandang kerumah, memandangkan Sarah dah sakit ni.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Sunday, January 9, 2011

Nak cakap sikit...

Cikgu Azami : Darwish ni..saya nak cakap sikit...
Ayah : Apa dia cikgu? (selamba, dah tau apa cikgu nak cakap)
Cikgu Azami : Darwish ni masa belajar...(berenti macam fikir macam mana nak cakap)
Ayah : ..selalu khayal? (dalam hati, lambat sangat cikgu nak cakap)
Cikgu Azami : Ha ah, selalu khayal..
Ayah : ..selalu hilang tumpuan?
Cikgu Azami : Hmm..kalau ada kerja-kerja yang kena salin tu selalu tak habis.
Ayah : Dia memang ada masalah tu cikgu.
Cikgu Azami : Saya dah perhatikan dari mula-mula hari tu, semalam (sambil menunjuk ke meja murid) saya dah pindahkan duduk kat meja depan.
Ayah : Terima kasih cikgu, dia memang kena duduk depan. Dari tadika lagi, cikgu-cikgu dia memang dudukkan dia kat depan, sebab nak kena tengok-tengokkan dia.Darwish ni sebenarnya ada mild ADD.
Cikgu Azami : ADD?? (apa benda tu, Akhbar Dalam Darjah ke??)
Ayah : Attention Deficit Disorder. Selalu dan senang hilang tumpuan. Kalau tengah kerja ada distraction sikit dia terus hilang fokus. Kena perhatian lebih sikit Darwish ni..
Cikgu Azami : Memang kena perhatikan...Lagi satu dia suka cakap dengan kawan..
Ayah : Haa memang, kerja tak abis lagi dah sibuk nak bercakap dengan kawan-kawan dia kan?
Cikgu Azami : Haah betul..
Ayah : Saya mintak jasa baik cikgu, tolong tengok tengokkan dia. Dia ni kena perhatian lebih sikit.
Cikgu Azami : Saya faham, Sebab tu saya dudukkan dia kat depan tu.
Ayah : Kitorang tau, kalau salin kerja selalu tak abis, kalau buat kerja rumah, kerja yang budak biasa buat 1 jam dia buat 3 jam tak tentu siap lagi. Saya mintak tolong cikgu tengok tengokkan dia.
Cikgu Azami : Ok baik. Saya akan perhatikan..

DARWISH!!! ANDA DALAM PERHATIAN!!

Friday, December 31, 2010

BaganLalang

Selepas gagal dalam misi mencari basikal Sarah, ayah ajak makan2 kat Bagan Lalang. Bawak Maktok sekali yang dah duduk dengan AMS, ajak Adib, makcik, uncle dan Makcik Ani & co.

On the way menempuh jam yang tak diduga (4km stop go sebab traffic light kat Sepang) dapat berita Makcik Ani tak dapat datang. Jam punya pasal sampai sana dah almost sunset 6.30pm. Tapi alhamdulillah puas jugak rasanya Awish Mina Sarah main pasir.

Lepas maghrib ambik port kat restoren untuk dinner. Adib, makcik dan uncle pun sampai. Food yang ayah pre-ordered sebelum magrib pun siap. Makan!!!! Puas!!!




Cerita sebelum gambar ni diambil : Mina ke gigi air dengan memakai selipar. Masa berpatah balik, sebelah selipar melekat dalam pasir dan terlucut dari kaki. Selipar tu hanyut menuju ke tengah dibawa ombak. Mina kuatkan semangat untuk mengambil selipar yang dibawa ombak. Mina berjaya tapi menangis sekuat hati sebab ketakutan....














Sunday, December 26, 2010

Aeroplane treat

It was back in June kalau tak salah ayah, Awish cakap dengan Mina "Mina, december we will ride the aeroplane".
Mama dan ayah terkedu dan at the same time determined to fulfill their dream - naik aeroplane.
Nak pegi oversea macam tak mampu, maka domestic destination jadi target. Langkawi was our choice, sebab boleh naik flight, plus banyak tempat interesting untuk budak-budak.
About 5 days sebelum our flight, mama bagitau Awish kita akan ke Langkawi naik kapalterbang. Selepas tu tiap-tiap hari Awish akan bangun pagi dan cakap " Ayah, 5 more days,.... ayah 4 more days ". Excited. Best jadi budak2.
The day - 2nd December. At the departure hall, waiting anxiously to board the plane.

Awish new hairstyle - Supersonic katanya. Specially designed for boarding an aeroplane. (It comes with the smile, satu package)

Yeahh!!!!! Naik aeroplane. Dengan sendirinya Awish, Mina dan Sarah duduk quietly, organised, and without a huss or puss. Macamlah dah biasa/selalu naik kapalterbang je.

Enjoying the 'meal' - salted peanuts and fresh orange. Yang bestnya MAS now is serving milo ais. Memang bertuah Awish and co. Mintak tambah 2-3 round lagi tu. Nasib baik steward dan stewardess baik2 belaka.

A dream/wish fulfilled.



Saturday, November 20, 2010

Mama is broken hearted

This entry is taken from Momsfeelgood.

Not Good Enough

I was told that last Saturday, the parents teachers day was a private event. Only parents of top student were invited. Darwish van driver told me so (he is our informer so i believe him, all this while he is our reference other than the school blog or written message/notice). I did not get any invitation or notice from Darwish bag (i have to dig myself cos darwish hardly tell me anything), so i just waited, asked Darwish everyday just in case it was verbally informed in his class.
Since today was the last day, still no news until yesterday, cekpen asked the van driver again early this morning. Apparently, the parent teachers day was last saturday *Confious* . Maybe the "Not So Good Student's Parents " really no need to come.
So I decided to see his teacher today. I reached school around 10.30am, only to get cold treatment from the teacher who really (looked) disturbed with my presence and with a heavy voice telling me that darwish report card already filed away. She told me she had given to Darwish and other student on last *Friday (not sure if everyone or the not so good one), and told me that maybe Darwish has returned it back in the basket where the absent student file was kept. I was surprise that she didn't even bother to check whether the parents has signed it or not. Oh ... school holiday is around the corner rite!
*Last Friday Darwish did told me he received the 'blue file" but his teacher asked to return it back. So he returned it back without bring it back home....oh anakku!! After some interrogation that day, so i tought i will see the 'blue file' again during parents teachers day, well.....i'm wrong.
Then she told me to find another teacher(who keeping the report card), who will be his standard 2 class teacher (i guess), and by this time i was told that next year darwish will not be in the same class. Seriouslly i don't have the mood to ask the teacher (who is not interested at all to discuss my son performance) what is the class rating...her annoyed face really turn me off.

So i went to see this other teacher who give me the same unhappy face (maybe she annoyed with my presence) who told me that she's about to go for her break. I did apologize twice ....first, when i approach her, then when she mention " i baru nak pergi makan".

She dig up the file..passed it to me, give me a pen, ask me to sign and put the file back ..of course she did not wait for me. She left with her tumbler in her right hand and her handbag.

So there i was, looking at darwish result ...with broken heart...4A and 6B, (main paper 2A,3B) with average of 81%. Mid year was a lot better than the final exam... :(.
While i was fainted emotionally in that room, Darwish was still chirpy, running around bilik guru main kejar-kejar dengan Sarah.

Saturday, October 30, 2010

Diejek

Awish di ejek "b*d*h" oleh S*****, budak tahun 2, classmate Najwa, neighbour. Sampai 3 kali kata Awish.

Awish bagitau mama, "mother, if friend ejek me, Allah will make me stronger! After that I fire S*****."
Bagus Awish, you understand it right. Tak payah nak lawan ejek balik. Takde maknanya. Silap2 gaduh je kang.

Najwa then said to S***** jangan ejeklah nanti Allah marah.

Walaupun Awish ni pelik (cakap orang puteh memanjang, itu pun tak betul sangat, dan maturity tertinggal berbanding budak lain), tapi kawan2 setaman Awish faham akan Awish and accept him the way he is. Sanggup defend lagi.

Alhamudillah.

First Watch


Tuesday, September 28, 2010

Nite-out





"Sarah boleh makan sikiitttt aje"



Tuesday, August 31, 2010

Darwish: Episod Kasut

Kasut idaman Awish
Puas mama dan ayah pujuk untuk tidak membeli kasut ni. Akhinya dia akur. 

Tak dapek nak ayah bayangkan kalau Awish pakai kasut ni pegi jalan2, tak kisahlah masa raya ke, bila ke. Tambah lagi kalau dengan seluar senteng lak tu.

Finally we settled with a pair of Ben10 sneakers.

Sunday, August 29, 2010

Awish dan Lagu Raya

Ayah dan Mama bangga dengan Awish. Tahun ni Awish puasa sepanjang hari. Cuma first day je tak tahan. Curik minum air. Adalah dalam seteguk dua kut. Tapi selepas tu Awish selamba je. Tak kisah pun tengok Mina dan Sarah makan. Bangun sahu pun tak ada masalah sangat. Masalah masa sahur cuma tak selera makan je. Masalah tu Mama dan ayah pun sama.

So tahun ni ayah tak kisah kalau Awish nak dengar lagu raya puas2. Memang layak Awish raya sakan tahun ni. Lagu favourite Awish lagu Saloma - Aidilfitri.



Infact Awish dapat bergambar dengan penyanyi lagu kegemaran dia.

Friday, August 13, 2010

Darwish first time puasa

Gambar puasa hari kedua, selepas mandi (balik dari kafa)

Tahun ni kira first time darwish puasa full day. Tapi ada eksiden sikit masa first day aritu . Darwish merayu2 mintak sirap lepas balik dari sekolah tapi mama tak bagi.

Petang tu around 4pm, mama tengah kat bilik air dengan Sarah, dengar macam peti ais orang bukak.

Keluar dari bilik air tengok ada jug sirap kat dapur. Sah darwish nih. Mama berlari ke living hall and nampak awish tengah minum. Cepat2 mama ambik cawan tu and bgtau dia utk bersabar sampai waktu buka.

Rasanya dah suku cawan jugak lah dia minum.

Second day semalam ok. Takde eksiden and dia nampak cergas je.

Well done Darwish!