Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

Nak cakap sikit...

Cikgu Azami : Darwish ni..saya nak cakap sikit...
Ayah : Apa dia cikgu? (selamba, dah tau apa cikgu nak cakap)
Cikgu Azami : Darwish ni masa belajar...(berenti macam fikir macam mana nak cakap)
Ayah : ..selalu khayal? (dalam hati, lambat sangat cikgu nak cakap)
Cikgu Azami : Ha ah, selalu khayal..
Ayah : ..selalu hilang tumpuan?
Cikgu Azami : Hmm..kalau ada kerja-kerja yang kena salin tu selalu tak habis.
Ayah : Dia memang ada masalah tu cikgu.
Cikgu Azami : Saya dah perhatikan dari mula-mula hari tu, semalam (sambil menunjuk ke meja murid) saya dah pindahkan duduk kat meja depan.
Ayah : Terima kasih cikgu, dia memang kena duduk depan. Dari tadika lagi, cikgu-cikgu dia memang dudukkan dia kat depan, sebab nak kena tengok-tengokkan dia.Darwish ni sebenarnya ada mild ADD.
Cikgu Azami : ADD?? (apa benda tu, Akhbar Dalam Darjah ke??)
Ayah : Attention Deficit Disorder. Selalu dan senang hilang tumpuan. Kalau tengah kerja ada distraction sikit dia terus hilang fokus. Kena perhatian lebih sikit Darwish ni..
Cikgu Azami : Memang kena perhatikan...Lagi satu dia suka cakap dengan kawan..
Ayah : Haa memang, kerja tak abis lagi dah sibuk nak bercakap dengan kawan-kawan dia kan?
Cikgu Azami : Haah betul..
Ayah : Saya mintak jasa baik cikgu, tolong tengok tengokkan dia. Dia ni kena perhatian lebih sikit.
Cikgu Azami : Saya faham, Sebab tu saya dudukkan dia kat depan tu.
Ayah : Kitorang tau, kalau salin kerja selalu tak abis, kalau buat kerja rumah, kerja yang budak biasa buat 1 jam dia buat 3 jam tak tentu siap lagi. Saya mintak tolong cikgu tengok tengokkan dia.
Cikgu Azami : Ok baik. Saya akan perhatikan..

DARWISH!!! ANDA DALAM PERHATIAN!!

Saturday, August 21, 2010

Beg Sekolah

Masa persiapan Awish masuk sekolah dulu, Transformer menjadi kegilaan Awish. Ditambah memikirkan nanti Awish akan membawa buku yang banyak, maka ayah dan mama belikan Awish beg Transformer  yang ada roda. Biar harganya mahal 'sikit' tapi janji ada kualiti dan boleh bertahan lama sampai 2-3 tahun.

Tapi lepas 8 bulan, ni lah hasilnya.

Terpaksa beli Ben10 yang takde roda. Kenapa takde roda? Untuk mengelakkan Awish seret beg tu kat jalan tar, tanah merah, rumput, simen dsbnya sampai roda sebelah hilang dan berlubang.

Beg sekolah sekarang MAHAL rupanya.

Saturday, July 10, 2010

Hari Terbuka SKS2BK

Jumaat 2/7/10.

Selepas menghantar Awish naik van, maid bagitau, Pakcik van kata pukul 9am parents dah boleh ambik budak2 balik. Maid sebelah pulak bagitau dia hari ni ambik keputusan ujian.

Mama, Ayah : ????

Awish tak cakap apa2 pun.

Tapi sebab paham dengan perangai Awish, mama dan ayah pikir, pegi jelah sekolah. Ayah bagitau ofis, ayah lambat masuk.

8am mama dan ayah, bertemankan Sarah, pegi sekolah. Tengok2 memang ramai dah parents. Jumpa cikgu ambik keputusan dan untuk dapatkan feedback cikgu pasal pembelajaran anak2. Kena ambik nombor, macam kat bank. Kelas Awish 1 Pluto, nombor kitorang no 10.

Sementara tunggu turn mama borak dengan mama Nuha, classmate Awish kat 1 Pluto, also masa kat CEC dulu, also our neighbour setaman. Ayah pulak bawak Sarah (Sarah bawak ayah yang betulnya) tengok ikan kat kolam.

Berdebar-debar nak jumpa Cikgu Jafri dengan Ustazah. Keputusan dia...4A 1B. Kira bagus jugaklah kan tapi Ustazah tu selak mukasurat keputusan kedudukan dalam kelas tak jumpa2 nama Awish. Dah nak habis selak barulah jumpa. No 32 dari 45 murid. Ramai gila dapat 5A. Awish ni kelas budak pandai rupanya. (Betul ke?)
Yang dapat B tu kefahaman BM. Kitorang pun cakap la Awish rasa soalan tu susah, malah mama dan ayah rasa soalan tu susah. Selamba je Cikgu Jafri jawab "Tapi saya rasa soalan-soalan tu cuma beberapa peratus je menguji minda murid2, sebab ramai yang score 100% (Awish 64%). Err......ok cikgu.
Mama dan ayah pun ambik kesempatan tu untuk bagitau cikgu yang Awish sebenarnya ada masalah pendengaran, baru je buat operation masa cuti sekolah hari tu. Dia ada masalah nak fokus (ADD). Speech therapist advice cakap dengan dia satu bahasa je, kitorang pilih bahasa inggeris, sebab kat tadika bahasa inggeris. Mama berterima kasih sebab dudukkan Awish kat depan.etc.
Cikgu punya reaksi..."ohhhh...patutlah.. dia memang selalu tak fokus, tak habis salin soalan, homework tak siap etc. Dulu dia duduk tengah, sebab masalah2 tu cikgu tukarkan kat depan.

Mama dan Ayah separuh lega sebab dapat dengar feedback cikgu pasal Awish dan at the same time dapat bagitau cikgu masalah Awish.

Masa balik mama call mama kepada Nuha, satu satunya parents yang kenal, saja nak tanya Nuha dapat no berapa? "Alhamdulillah, dapat no 1". Errrkk.....terus lepas tu ayat ni keluar dari mulut mama dan ayah untuk Awish.

"Awish, you must friend with Nuha!"

Awish yang pakai baju oren tu. Hari jumaat memang sport attire day. Disebabkan Awish tak bagitau pun ada Hari Terbuka, maka ayah pakaikan je baju yang biasa dipakai. Padahal sepatutnya pakai uniform biasa. 
Sarah layan ikan kat kolam
Mak dan bapak yang menunggu giliran. Sarah meng'gedik' depan kamera.
Sebelum balik, singgah beli buku Bahasa Malaysia untuk latih tubi Awish dengan kefahaman bahasa malaysia.
Anak jawa tak reti cakap melayu...susah....

Sunday, May 23, 2010

Walking In The Rain


Nasib acara Mina tamat sebelum hujan. Kalau tidak memang 'Walking in the Rain' lah jawabnya.

Thursday, May 20, 2010

Selamat Hari Guru

16 Mei 2010 Ahad - Selamat Hari Guru.
17 Mei 2010 Isnin - Ada kawan-kawan Mina bagi gift Teacher Barathy gift. Best friend Mina, Najwa bagi chocolate. So balik, Mina pun ajak Mama ke kedai untuk beli hadiah untuk teacher kesayangannya tu. Maka dibelikanlah buku. Dan Mina tulis buku untuk Teacher Barathy. Punyalah happy sampai tidur peluk buku tu.
18 Mei 2010 Selasa - Pagi nak pegi sekolah. Buku tu hilang!! Setelah penyesiatan dijalankan. Rupanya Awish terambik bawak pegi sekolah dia. Al maklum maka muncung timbul di muka Mina. Dia paksa mama pegi cari kat sekolah Darwish esoknya.
19 Mei 2010 Rabu - Bila masalah mama nak carik buku tu kat sekolah. Awish pun satu. Dia bukannya nak bawak balik pun buku tu. Maka bergaduhlah Awish dan Mina. So ayah ajak Mina berkraf tangan - buat kad sendiri.

Mina senyum melebar bila dah siap. Ayah ingatkan Mina letak dalam beg, nanti lupa lagi.

20 Mei 2010 Khamis - Mina bercerita betapa happy dia bagi kad tu kat Teacher Barathy. Dan betapa Teacher Barathy suka sampai peluk dia. Confirm anak dara ayah ni gedix gak kat school.
Hari ni jugak Awish bawak balik buku yang Mina beli tu. Tapi.....

..siap dah tulis nama Darwish.

Sabar je la.

Selamat Hari Guru!!

Tuesday, April 20, 2010

An athlete was born

Temasya sukan SK SS2 Bandar Kinrara.
Awish...dapat nombor SATU!!!!! GOLD!!!!


Tak sangka athlit berbakat rupanya anak ayah ni.

Acara apa? Acara...tengok kat bawah..


Gambar tak clear? Memang saja bagi tak clear.. Bacalah betul2.. Aku pun tak tau macam mana nak describe macam mana acara sukan ni.

Tuesday, April 13, 2010

Certificate


Pergi Zoo negara pun boleh dapat certificate. Baguslah sekarang ni..
Nanti nak mintak kerja kat zoo senang. Tunjuk je cert ni.

Thursday, April 8, 2010

17/40




Peperiksaan yang pertama. Dapat nombor 17 dari 40 murid dalam kelas.

Aku tak kisah Darwish tak dapat nombor satu. Tak penting.

Aku hanya berharap Darwish jadi insan yang berguna di kemudian hari.

Wednesday, March 31, 2010

Bangga lagi tu!


2 Mac yang lepas aku terkejut tengok Awish dengan luka kecil kat hidung (balik dari sekolah).

Aku tanya apa yang jadi.

Just now friends XX and YY (aku dah tak ingat nama yang dia bagitau) pushed me and I fall down (sambil tersengih). Dan bagitau kawan dia ada cakap something yang bila dia sebut balik aku tak paham.

Confirm, Awish gaduh dan kena belasah (at least 2 orang belasah dia) dan bebudak kutuk dia dengan kata2 yang 'indah' didengar. Nasib baik la Awish tak paham sangat cakap melayu.

Tapi yang best tu Awish tak nangis pun, mengadu pun tidak.

Reaksi aku? Anak bergaduh. Baru la anak jantan!!