Showing posts with label grandparents. Show all posts
Showing posts with label grandparents. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

2 minggu berlalu...

Hari ni genap 2 minggu pemergian arwah Wan..

Akhirnya ayah update status Wan dalam Geni.com kepada 'Deceased'.

Ayah tak akan lupa hari itu 27 Februari 2011.
Malam sebelumnya, sebelum ayah tidur, ayah tulis blog meminta sesiapa yang membaca, mendoakan Wan sembuh. Ayah tak sabar menunggu hari esoknya sebab nak bersama Wan lagi, tak puas dengan masa bersama Wan semasa siangnya.
Ayah tak nyenyak tidur malam tu. Mungkin lebih 4 kali ayah terjaga. Dan setiap kali ayah terjaga, ayah akan melihat henpon ayah, takut2 terlepas panggilan penting. Tak tau kenapa. Esoknya ayah bangun semasa azan subuh berkumandang. Tidak ayah tahu, masa itulah Wan menghembuskan nafas terakhir. Masa dalam bilik air bila henpon berbunyi dan di skrin 'Acek Hp', hati ayah berkata - Ya Allah, inilah masanya. Walaupun ayah rasa macam mimpi, ayah mendengar arahan Mak Chek untuk ke hospital atas saranan Pak Lang. Ayah bergegas siap, bagitau mama "Mak tengah nazak". Kurang 10min kemudian semasa mandi Pak Lang pulak call ayah "Kau dah tau kan Di?". Ayah mengiyakan. Ayah ingatkan Pak Lang bercakap pasal Wan tengah nazak. Ayah masih berfikir yang arwah Wan masih ada, tengah nazak. Ayah memandu dengan berdebar-debar, berharap dapat berjumpa Wan buat kali terakhir.

Setibanya di wad, ayah melihat arwah Wan tengah dilap2 oleh nurse. Masa tu ayah masih ingat yang Wan masih ada. Maktam menangis. Pak Lang tengah bercakap ditelefon. Bila dengar Pak Lang kata kat telepon tu "Mak Unggal dah tak ada". Ayah tergamam tapi tenang. Rupanya, tubuh Wan yang ayah tengok tu adalah jasad tanpa roh Wan.  Ayah betul2 rasa bingung masa tu tapi tenang dan redha yang Wan dah tak ada dan ayah tak sempat berjumpa Wan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Alhamdulillah kita sekeluarga sempat berjumpa arwah Wan sehari sebelumnya. Kita patut berterima kasih pada mama yang insist untuk Awish, Mina dan Sarah berjumpa Wan masa hari tu.

Dalam minggu yang telah sudah ayah amat terkenangkan arwah Wan. Terutama di waktu malam, sunyi rumah tanpa hilai tawa Sarah yang berada di hospital; Awish dan Mina pulak kepenatan sebab terpaksa mengekor ayah kesana sini, membuatkan ayah teringat arwah.

Biasanya, sebelum sebelum ni, bila ayah kesedihan, stress dan sebagainya, ayah akan bayangkan Wan di kampung dan kegigihan Wan menempuh hidup, berkorban demi keluarga. Bayangan itu cukup untuk memberi kekuatan kepada semangat. Tapi, kini bila ayah cuba bayangkan Wan dikampung, ianya cuma bayangan kosong..

Ayah nak anak anak ayah tahu, Wan adalah seorang yang hidupnya penuh dengan pengorbanan, berkorban untuk orang orang yang disayanginya dan menyayanginya disekilingnya dari lahir lagi. Wan berkorban bertukar nama dari Timah ke Zainon; arwah Wan berhenti sekolah darjah 3, demi mematuhi arwah atuknya. Sepanjang yang ayah ingat, arwah Wan tak akan menelipon atau memberitahu sesiapa kalau dia sakit sebab tak nak ayah dan pakcik/makcik semua risau. Setiap kali hari raya, Wan membuat persiapan, nak kan hari raya yang meriah untuk anak cucunya, sampai kakinya bengkak. Itulah Wan.Walaupun belajar setakat rendah tapi semangat dan determination sangat tinggi.

Dengan kuasa Allah, cara arwah Wan meninggal dunia juga, penuh unsur2 pengorbanan untuk anak dan cucunya. Dia meninggal dengan cara yang sangat mudah, nazaknya singkat, meninggal waktu pagi hari Ahad, ie pagi hari cuti. Secara tak langsung memudahkan atau tidak membuat orang kelam kabut (tak kerja, tak sekolah) untuk menguruskan jenazahnya. Itulah Arwah Wan.

Ayah nak anak-anak ayah tahu, kenangan terakhir ayah dengan arwah Wan adalah sehari sebelum pemergian Wan, ayah menyuapkan Wan coklat untuk Wan mendapat gula dan tenaga. Itulah peluang yang Allah SWT ciptakan untuk ayah berbakti pada arwah Wan buat kali terakhir.


Allah jualah yang merancang bahawa ayahlah anak yang memimpin atuk ke jenazah Wan ketika atuk sampai kehospital. Tangisan dan raungan atuk masa tu tak akan dapat ayah lupakan. Ayah sangat khuatir masa tu atuk akan rebah dek kerana kesedihan dan kemurungan yang amat. Ayah pegang atuk sekuat-kuatnya. Jelas terbukti pada masa tu kasih sayang atuk dan Wan hingga ke akhir hayat.



Alfatihah untuk Wan.

Sunday, March 6, 2011

Hidden Treasure/Facts

There were some important facts tentang Arwah Wan yang ayah (and most of uncle and aunties) only found out selepas Wan meninggal dunia. Fakta-fakta ni dijumpai dalam 'time capsule' - almari yang mengandungi barang barang peribadi dan penting bagi Wan dalam bilik tidurnya.

Wan sebenarnya dilahirkan sebagai Timah, bukannya Zainun. Mak Andak jumpa surat beranak tapi tak tau siapa punya sebab tak pernah tau nama Timah tu. Yang tau nama adik adik Wan Zaiton dan Zainab. Bila atuk cerita barulah perasan rupanya itu surat beranak Wan.
Ikut surat beranak ni, tarikh lahir Wan 7.12.1935. Tapi IC Wan tarikh lahir 30.6.1924. Yang ni masih tak tahu mana yang fakta, mana yang auta.

Mengikut cerita yang diturunkan kepada Atuk dan diturunkan kepada ayah dan pakcik makcik semua, Nek Siah (Wan kepada Wan) setelah melihat cucunya, dia tak suka dengan nama Timah tu, maka di tukarlah nama Wan kepada Zainun (or Zainon? pun fakta/auta tak pasti) seperti yang tertulis belakang surat beranak Wan, tengok gambar kat atas.

Satu lagi fakta/dokumen penting adalah tarikh ulangtahun perkahwinan atuk dan wan. Tengok salinan Marriage Cert kat bawah.

Setelah barang barang peribadi dan berharga arwah Wan di bahagi bahagi untuk adik beradik, atuk memerintahkan almari 'time capsule' tersebut di bakar. It's time for atuk, it's time for ayah adik beradik to move on...




Kuda kayu pemberian pelawat dari Sweden kat rumah 1978 atau 1979(masuk TV masa tu, apa tujuan ayah tak ingat) pun dijumpai dalam almari time capsule tu. Ayah bawak balik sebagai koleksi nostalgik merangkap mainan (kalau korang nak main lah kan).



Arwah Wan dan Trofi Sri Nona

Arwah Wan pernah memenangi Trofi Sri Nona anjuran TV3 pada tahun 1999. Masa tu Arwah Wan terima anugerah dari Arwah Datin Paduka Seri Endon, masa tu wife TPM lagi, kat Renaissance Palm Garden IOI Putrajaya. Pakcik dan makcik, ayah jugak included masa tu tengok rancangan tu LIVE kat TV.







Arwah Wan menang Kategori Ibu Mithali (something like that). Arwah mak mertua Mak Chek pun finalis dalam kategori yang sama. Sebagai pemenang kategori tu Arwah Wan dapat trofi kristal (yang Wan pegang dalam gambar tu), set barang kemas, water filter (rasanya), duit dan a few things yang ayah dah lupa. Makcik-makcik mungkin lebih ingat, dan lokasi sebahagian barang2 tu ada dengan diorang.

Arwah Wan memang hebat...ketahuilah.

Al-Fatihah.

*photos from Jabatan Penerangan Malaysia (IFoto website).

Thursday, March 3, 2011

1st March - A very looonnggg day.

It was last Tuesday. 1st day of March, Hari ke tiga selepas pemergian Wan. Ayah spirit was at the lowest. Pagi lagi ayah menangis sebab ayah rasa macam 'there's so much pain inside'. Start dengan kanser Sarah, kemudian pemergian Wan. Ayah dah tak boleh tahan lagi. Mama pujuk ayah. 'Time will heal our sadness' kata mama. Tangisan ayah habis tapi emosi masih tak stabil bila ayah pegi kerja. Tak boleh fokus. Badan kat ofis, hati perasaan kat kampung. So pukul 10 ayah keluar pusing pusing naik kereta takde hala tuju. Kemudian masuk highway dan berenti di RnR Dengkil. Selepas melelapkan mata, emosi ayah sedikit stabil dan ayah terus drive balik kampung. 

Petangnya, ayah burst into tears memikirkan arwah Wan ada 'mass' kat abdomennya, sama dengan posisi 'mass' kanser Sarah. Memikirkan makcik makcik Sarah relatekan pemergian Wan dengan Sarah re-born. Ayah menangis tanpa kawalan. Mak Andak, Pak Uda, Mak Chek, Pak Lang cuba menenangkan ayah. "Your strength is our inspiration". Tapi ayah tak rasa ayah ada strength tu. 

Nasib baik atuk masa tu tengah bercakap kat telefon. Ayah taknak Atuk sedih. Ayah cuba mem'busy'kan diri untuk melupakan kesedihan. Tapi tak berapa berkesan. Ayah tido, pun tak berkesan. Sampai Makteh tanya 'Di, kau kenapa?' Ayah cuma menggelengkan kepala, Sesekali airmata mengalir keluar.

Sehinggalah sesudah maghrib, ayah dan Mak Andak sama sama melepaskan tangisan sedih dan sekali Mak Andak ingatkan yang makcik dan pakcik Awish, Mina, Sarah semuanya understand ayah's pain dan salute dengan ketabahan ayah dan mama. 'You are special, sebab ujian ujian tu diturunkan pada kau Di."
Ayah slowly dapat kembali kekuatan. Ayah percaya, ayah memang special. Semangat ayah kembali setelah bacaan Yaasin dan tahlil.

Allah maha besar. Allah maha kuasa. Allah knows best. Di saat itulah ayah dapat panggilan mama yang Sarah demam kuat, selsema, lemah dan admitted ke SDMC. Jam masa tu 10mlm. Ayah tenang dan boleh berfikir dengan waras apa yang perlu ayah buat. Ayah tak tau apa akan jadi kalau berita tu sampai masa emosi dan semangat ayah lemah.

Sesudah sahaja jamuan makan, ayah salam semua makcik, pakcik, sepupu-sepupu, of course peluk cium Atuk sebelum masuk kereta untuk drive balik rumah. Ayah cuma bagitau Mak Andak, Mak Teh, Pak Uda dan Pak Ngah rasanya. Ayah tak nak bagitau semua orang sebab taknak sampai Atuk tahu dan Atuk panik dan risau. Atuk masih vulnerable emotionally.

Ayah tiba di rumah jam 12 tgh mlm. Sarah dan Maid Ja di hospital. Awish, Mina dan mama baru sampai rumah dari hospital. Mama dan ayah berbincang, sapa nak jaga Sarah, sapa nak jaga Awish dan Mina, sekolah macam mana, kedai macam mana. Lepas tu mama packing - for Sarah, for mama, for Awish dan Mina. Ayah lelapkan mata sekejap. 

Plan asal mama nak drive 4.30 pagi esok ke hospital dan change guard dengan Ja. Tapi ayah kata "apa bezanya kalau pegi sekarang". Masa tu pukul 2 pagi. Kira kira 15 minit kemudian mama dan ayah dah dalam kereta menuju ke SDMC. Awish dan Mina nampak tidu nyenyak jadi di tinggalkan sendiri kat rumah. Tawakal. 

Ayah tinggalkan mama di SDMC dan balik dengan Ja. Alhamdulillah Awish dan Mina masih tidur nyenyak, Tapi ayah tak boleh nak lelapkan mata selepas tu. Memikirkan hidup kita berubah semenjak 21 Januari 2011. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya jadi kuat. Bukan saja ayah, bukan saja mama. Tapi kesemua anak anak ayah dan saudara saudara di sekililing kita.

Wallahualam.

Monday, February 28, 2011

Al-fatihah

Wan, Hajjah Zainun bte Abdullah kembali ke rahmatullah ketika azan subuh Ahad 27hb Feb 2011 di Al-Islam Specialist Hospital Kg Baru, KL, kerana blood infection, Septicaemia.
Wan, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Repah pada jam 2:30ptg.




Awish, Mina dan Sarah akan merindui Wan. Kami doakan Wan berada dikalangan orang-orang beriman.

Pada Atuk, tabahkan hati atuk. Kami akan cuba untuk selalu menceriakan hidup Atuk yang kosong dan sunyi. Insyaallah.

AL-FATIHAH.

Saturday, February 26, 2011

MakTok dan Wan dan Atok. UPDATED 27 Feb 2011

Maktok - kat rumah Makcik Mini, chicken pox, high blood, badan sengal sengal, tak boleh bergerak laju-laju, still not fully recovered from stroke raya tahun lepas.

Wan - kat hospital dah 3 hari, muntah-muntah, sakit perut kekadang sampai berkerut-kerut dahi, buang buang air, tak lalu makan, tak lalu minum (fobia sebab muntah banyak), sugar level sangat low (pagi tadi) sampai nurse pun panik, siang tido, malam takleh tido, keletihan yang amat - takde tenaga, high white cell count, blocked bowel (tak pasti apa yang buat block), kurus tinggal kulit je, expected to be at hospital a looong time...

Atok - cried, worried and depressed with Wan's condition

ALLAHUMMA ASHFI KASNI BTE HAJI KARIM 
ALLAHUMMA ASHFI ZAINUN BTE ABDULLAH
ALLAHUMMA ASHFI DHIA MAISARAH BTE MOHD AFFENDI


Sesiapa yang baca blog ni tolong baca doa-doa kat atas tu.


Terima kasih

Update 27hb Feb 2011 @ 5:00pm
Wan, Zainun bt Abdullah kembali ke rahmatullah ketika azan subuh pagi tadi.

Al-Fatihah.