Showing posts with label Kanser. Show all posts
Showing posts with label Kanser. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Home @ Last

After 13 days in the hospital, from the treatment of sepsis or septicaemia (same like arwah Wan); to the treatment of the modified chicken pox; to the 5 days of 3rd cycle chemotheraphy; Sarah is finally home.

Even though based on the blood test, Dr Lin said that Sarah's white blood count is 0.8 (normal is 10-14) Sarah is adviced to go home. After all this is the 7th day from the 1st day of chemo. It is on this day that the body will be at it's lowest. Dr Lin advice kalau demam kena masuk hospital balik.

Sarah, macam biasa, tak sabar dan sangat happy bila nak balik. Dia siap boleh senyum dan wave goodbye kat nurse yang dia terajang sebelum ni. Nurse-nurse kat SDMC semuanya takut dengan Sarah.

First thing Sarah nak lepas discharge - nasi ayam Giant BK5. So, instead of heading home, kena melencong dulu ke Giant.

Bila dah balik Sarah cuba nak makan, tak boleh, nak muntah. So dia mintak mama buatkan masak lemak cili api. Maka mama pun masak lah ikan sembilang masak lemak cili api.
Tapi Sarah muntah jugak. Semua yang masuk semuanya keluar. Sarah salahkan nasi. Tukar pinggan lain, nasi dan lauk baru. Sarah makan tapi muntah lagi. Lagi sekali Sarah salahkan nasi. Dan lauk jugak. So mama kena masak lagi. Kali ni asam pedas pulak.
Nasib baik Sarah leka dengan Ultraman, lepas tu tido pulak. Sempatlah mama masak dan berehat lelapkan mata.
Suka dan menjerit-jerit tengok Ultraman.

Thank you Uncle, Makcik Mini dan Adib dengan ikan pari besar ni.


Sarah makan asam pedas tapi muntah jugak. So dia nak masak lemak cili api balik. Tapi muntah jugak.

Akhirnya, Sarah kecewa, tak nak makan. Atau pun dia fobia untuk makan.

Kesian Sarah. Makan - muntah. Makan - muntah. Hopefully besok ok. Insyaallah.

Sunday, March 13, 2011

Update 13/3/2001 : Day 13 at hospital, Last day of 3rd Chemo

Today is the last day of the 3rd chemo cycle. It ended at 3pm plus. At that time ayah tengah berjalan kaki ke Subang Parade dengan kakak Mina.


But as the doctor said, and as agreed by mama and ayah, Sarah should stay one more night. In order to monitor any side effect from the chemo.

Today Sarah don't want to eat. Susu pun sikiiiittttt sangat. Muntah banyak. Tenaga langsung tak nampak. Sarah hanya mampu gerakkan mata je. Sesekali keluar suara sepatah dua, marah mama dan ayah yang pujuk Sarah makan.

Sayang, besok kita balik Sarah makan banyak-banyak okay..

Saturday, March 12, 2011

Update 12/3/2001 : Day 12 at hospital, 3rd Chemo

Today Sarah dapat pelawat dari jauh, Wak Long(laki bini) datang dari jauh, Kota Tinggi. Tengahri Wak dtg dengan Bang Iwan dgn Kak Som. Maghrib datang lagi dengan Kak (Teacher) Timah dan suami.

Tapi semasa kedua-dua lawatan tu Sarah lemah sangat. Angkat kepala pun tak larat.

Sarah tak nak makan, minum susu sikit. Ta[i muntah banyak, dan banyak kali. Takde apa yang keluar cuma lendir-lendir. Rasanya kahak dari batuk dan selsema Sarah.

Malamnya bila Kak Mina makan bun barulah Sarah nak makan tu, sikit.

Malamnya ada satu ubat tu yang sepatutnya run for 22hrs, tapi habis selepas 5 jam. Apa kes.Tengok setting rate, betul, tak salah, kalau ikut rate tu habis pukul 4 esok. Nak kata kena langgar, takde.  'Ubat' tu macam 'supplement' untuk satu lagi ubat, fungsinya untuk prevent kerosakan kat bladder Sarah.
Rupa-rupanya syringe yang farmasi supply tu SALAH size. sepatutnya size 50ml tapi diorg letak 20ml punya. Hospital macam ni punya canggih dan mahal pun ada kesangapan macam ni.
So nurse call Dr Lin. Dr Lin's advice continue balik (dgn 50ml) pukul 3 pagi. So for 4 hrs bladder Sarah takde ;protection'. Hopefully takde apa2.

Sarah lemah yang amat hari ni

bagi Mina, tidur kat hospital ni macam satu percutian..happy dapat bersama mama

Mana Awish??

Enjoying his time at Uncle's house..ni tengah mandi sambil joget sambil nyanyi 'boleh pandang pandang'

Awish with his favourtie cousin, Adib. Adib, with his favourite cousin, Awish.


Friday, March 11, 2011

Update 11/3/2001 : Day 11 at hospital, 3rd Chemo

Scare

Dr Lin's experience:
[A not-yet 3 years old leukimia patient (mengikut kata nurse yang di tanya kemudian) tengah undergoing chemo, ada sikit batuk dan selsema, tapi berpanjangan beberapa hari. So Dr Lin pikir buat x-ray. Tgk2 lung pesakit tu penuh dgn phlegm. They tried to give medication tapi tak lama lepas tu pesakit tu meninggal dunia]

Sarah - selsema dan batuk. bermula 28 Feb kemudian baik sikit. Tapi bermula 5 Mac sampai sekarang selsema dan batuk tak hilang. Mama freak out bila Dr Lin relatekan dengan dia punya experience. So X-ray on the lung was made......

It's clear. Lung Sarah clear. Takde phlegm. Syukur Alhamdulillah. Just need to continue take selsema dan ubat batuk.

Home
Sarah dari pagi sampai maghrib tak nak makan, susu pun tak nak. Effect ubat dan homesickness. Bad mood memanjang.

Since Sarah tak boleh balik rumah, so ayah brought 'home' to Sarah. Abang Awish, Kakak Mina, toaster, bun etc...

The moment ayah, Awish dan Mina masuk bilik, Sarah sedih tapi tak lama. Dalam tak sampai seminit dia jadi happy, senyum ceria. Ayah tunjuk bubur McD dia nak makan. Mama suapkan, tapi keluar balik, muntah, semua pulak tu. Kesian.

Ayah tunjuk bun pulak. Sarah nak hot bun. So toast pakai sandwich maker yang ayah bawak. Belasahlah. Sarah makan. Walau pun tak banyak, tapi at least ada food masuk perut Sarah.

Malamnya Mina tido kat hospital. Sarah happy.

Enjoying the hot bun

Thursday, March 10, 2011

Update 10/3/2001 : Day 10 at hospital, 3rd Chemo

This is the 3rd day of chemo. Dan sama macam chemo yang lepas hari ketiga Sarah mula hilang selera makan. Tido almost sepanjang hari. Susu pun 2oz je. Early morning Sarah muntah sikit, tapi keluar angin je.


Ayah macam biasa terkejar ke hospital masa tghari..lepas tu terkejar nak balik ofis semula. Petangnya terkejar nak ambik Awish dan Mina, terkejar ke Giant beli barang, dan jugak Awish teringin sangat nak makan sizling hot plate yee mee kat Giant. Dah habis tu terkejar pulak ke kedai ambik maid Ija. Bermula dua hari lepas ayah dah mula ambik multivitamin, sebab nak pastikan ayah tak sakit dan ada tenaga tambahan sikit. Sebab...ayah TAK BOLEH sakit sekarang ni..


Masa nak keluar ofis tadi perasan dekat dengan punch card machine, sebelum guard room ada kotak dgn slot untuk masukkan duit. Kat tepi kotak tertampal muka Sarah dengan HRD punya coretan (macam entri sebelum ni). Ayah tak berenti, ayah terus je jalan, buat2 tak nampak. Ayah rasa ego ayah yang menyebabkan ayah rasa macam p*m*nt*k s*d*k*h.

Ada gak sorang yang bertanya khabar Sarah..show some concern. Masa jawab rasa malu pun ada sikit.

Ayah ada bagitau HRD, yang ayah rasa duit tu HRD patut simpan untuk membantu staff (atau sedara terdekat staff) yang ada masalah sakit kritikal. Contohnya kes Sarah sendiri.

Dapat tau hari ni Germ Cell Tumor jadi pada 2.4 dari 1 Juta kanak-kanak seluruh dunia. Memang jarang2 berlaku. Buka link kat bawah ni..



Niat

Selepas call Pak Lang ayah decide to let HR ayah buat apa yang diorang rancang.

Thank you for the advice Pak Lang.

Bukan ayah yang mintak. Tapi sebahagian dari HR effort to take care of their staff.

Yang penting, kita tau niat kita dan kita buat apa yang kita niatkan. Apa yang ayah fikir orang nak kata tu mungkin mainan syaitan - berprasangka buruk terhadap orang.


But honestly..ayah macam tak tau mana nak letak muka bila pergi kerja dan masuk meeting besok..

Ya Allah, permudahkanlah..


Wednesday, March 9, 2011

Update 9/3/2001 : Day 9 at hospital, 3rd Chemo

Alhamdulillah, Sarah is doing well so far. Selera makan still ok, albeit makanan hospital sikit pun dia tak nak. Muntah tak ada. Mood pulak, most of the time Sarah happy. Tapi ada jugak time dia mengamuk mintak balik rumah. Dan time ayah nak pegi keja balik (everyday tghari ayah akan dtg hospital dari ofis) mood yang happy, senyum2 tengok CD, tiba-tiba terus sedih yang amat, airmata mencurah-curah sambil mintak mama dukung dan peluk. It was hard for ayah to walk out upon seeing you cry like that Sarah.

Pagi-pagi Sarah nak makan 'pizza'. Terpaksa ayah beli 'pizza'. Berselera Sarah makan 'pizza' tu. 

Dr Lin explained the hearing impairment, tak perlu risau sangat. Frekuensi yang effected tu very high, analogy dia bagi klasik musikal, ayah rasa dia maksudkan soprano. Dia advice mama dan ayah kena judge which one is more priority, the hearing or getting rid of the cancer. Sebab kalau nak hearing 100% dia kena tukar drugs ie cisplatin tu kepada yang lain ie tak effective untuk membunuh sel kanser. Mama dan ayah setuju dengan penerangan Dr Lin. 

Alphafetoprotein skrg 4000, Dr expect dia akan 0 selepas chemo cycle no 4. After 0 need another 2 cycles. So in all perlukan 4 cycle.

Back at home, Mina masih sedih teringat akan Mak Chek, rindu pada mama. Video skype dengan mama tak cukup nak menghilangkan rindu. Kesian Mina...weekend ni ayah janji untuk Mina sleepover kat hospital.

Untuk Awish, ayah plankan something else weekend ni (cuti sekolah dah start).


Tuesday, March 8, 2011

Update 8/3/2001 : Day 8 at hospital, 3rd Chemo

Sarah dah tak demam.

Mama, no hot, I'm not tired anymore.

So Alhamdulillah cakap hari ni boleh start chemo.

But first...hearing test, As Dr mentioned before after every 2 cycles need to do hearing test. Sarah responded well to the instruction. (Not like Darwish when he took the same test at 4 years old). Sesampai ayah kat hospital Sarah dah habis dengan test tu. Ayah tersangkut dengan report2 Sarah tak blh nak datang awal walaupun hati nak datang awal. Itu pun on the way ke hospital, boos foreigner ayah dah call tanya ayah kat mana dan remind suruh ayah attend meeting pukul 2pm.

Anyway, result of the test was..200Hz - 4000Hz normal at 20db. 600Hz - 8000Hz score 30db to 40db, ie consider borderline or mild hearing loss or impairment. The advice given the dosage of the chemo drugs need to be trimmed down a bit.

But when the started at 4pm plus, the nurse said (upon checking with Dr Lin) no need to worry, they will proceed with the normal dosage. Ayah dan mama tawakal.

Sarah enjoying the McD chicken porridge yang ayah beli, Hari ni mood Sarah cheerfull berbanding semalam.
3rd chemo session started - Sarah sleep on the sofa bed, tired because of watching CD.

Doakan Sarah go through this 3rd chemo session tanpa sebarang masalah.

Monday, March 7, 2011

Update 7/3/2001 : Day 7 at hospital

Malam tadi Sarah demam lagi. It resulted in doktor cakap, chemo cuma boleh start either esok or hari Rabu. The chicken pox made it more complicated. It cannot be taken lightly. So until the fever continously flat and subside, no chemo for today.

Sarah nampak macam ok sikit masa ayah datang tengahari. Dapat la suap 2-3 cubit ayam. Nasi ayah suap sekali, rupanya kuah masak lemak cili api tu pedas gilerrr!!!. Sampai ayah pun makan sambil peluh menitik. So lepas tu Sarah tak nak dah makan nasi tu. Tapi tak lama lepas tu Sarah nak makan nasi lauk ikan dengan mama. Dan Sarah insist untuk letak kuah pedas tu sikit.

Ni gambar gambar dua hari lepas

Sebagai usaha ayah nak hilangkan kebosanan Sarah kat hospital.

Hari ni jugak doktor buat blood test. AFP Sarah further dropped to 4000. Syukur Alhamdulillah!!


Sunday, March 6, 2011

Update 6/3/2011 : Day 6 at hospital

No home leave for Sarah starting last night. She's having modified chicken pox, so mama don't want to further expose her.
Since she cannot go home, Sarah punya anger temperature naik. "I want go home NOW!!!" Itu perintah dia sambil mencakar (betul cakar) mama. Nurse datang nak ambik temperature ke flushing hepline ke semua kena hamun, kena terajang etc. Stress betul. Baru sehari tak dapat keluar hospital, nanti start chemo, 5 hari straight langsung tak boleh keluar bilik.

Ayah kesian/tabik/sayang mama. Tabah. cukup tabah. Sabar, sangat sabar. Walaupun kena cakar, kena terajang, kena maki kena hamun dengan Sarah, mama tetap bertahan. Tahu apa yang nak dibuat.

Bintik baru chicken pox tak kelihatan tapi suhu badan kadang kadang mencecah 39 celcius.

Semalam ayah belikan 10 CD untuk Sarah dan mama membuang masa kat hospital. Nasib baiklah ada CD Mickey Mouse Clubhouse dan Toy Story 3 yang sesekali melekan dan membuat Sarah tersenyum dan ter gelak.

Saturday, March 5, 2011

Modified

Sakit pun ada mofied rupanya.

Below entey is a copy from momsfeelgood.

Have u heard of it?
Hari rabu pagi ada satu red spot kat mata sarah....gatal..dia garu.
Hari rabu petang, red spot kat muka sarah ada dalam 10 biji dan kat kepala ada 5 biji. Kecik2 je. Mula2 keluar merah mcm bintat nyamuk geget ...then subside ....lepas tu kat pipi 4 bijik membesar sikit...yg lelain hilang. Kat kepala ada 3 bijik yg membesar sikit..ada yg tak membesar.
Doctor Ko (attending doc sbb doc lin takde petang rabu tu), she check the red spot and inform me definitely not chicken pox cos chicken pox won't subside. So mama letak calamine je lah.
All the red spot tu takde blister (gelembung air)..tapi after overnight..hari khamis keluar mata tengah dia. Kecik je lah tapi mcm salu kena kat tangan tu...gatal...tapi sarah tak gatal cos dia tak garu pun.
Then Jumaat malam sabtu (last nite), ada red spot baru keluar kat peha kanan....tempat lain takde. Sama macam yg kat kepala ..keluar 5...3 subside..tinggal 2 je.
So, doctor Lin pulak check lagi sekali dan confirm itu bukan rashes biasa sbb demam...itu modified chicken pox. Sebab sarah on kimo, lepas tu on 16/2 doctor ada bagi 'aminoglobin' so chicken pox tu tak rupa chicken pox. Ngerti?
Blood count everything normal except Hb low...jadi ...ini hari ....ada blood transfusion...
Lambat lah balik....
Hmm....ambiguous betullah all sarah's sysmtom.
1) Tak selera makan -----> malignan germ cell tumor
2) Demam selsema ------> blood poisoning
3) Red spot ala rashes ---> chicken pox
Hopefully lepas ni no more complication .....aminnnnn.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Friday, March 4, 2011

Alphafetoprotein

Alpha fetoprotein (AFP) is a protein normally produced by the liver and yolk sac of a fetus. AFP levels decrease soon after birth.

AFP production is essentially nil after a year of age.

AFP probably has no normal function in adults.

However, it starts up again under the stimulus of some diseases in the liver. It may, for example, be produced by the liver in viral hepatitis and cirrhosis of the liver. AFP is also made by primary liver tumors (hepatomas) and by germ cell tumors (teratocarcinoma and embryonal cell carcinomas). A person's serum AFP level can therefore be used to help detect these conditions and monitor their treatment.

In Sarah's case when it was first discovered, it was 328000 on 26/1/2011.
It dropped to 28000 on 16/2/2011
On 2/3/2011 Dr Lin informed that based on Sarah's latest blood test, it dropped further to 8000.

When mama asked when it will reached zero?
Dr Lin replied almost instantly that it'll be zero after next chemo.

Good news? YESSS!!!

After that another 2 or 3 chemo is required and then,surgery may also be required, to avoid relapse.

But that's too far a step for us to think or should be thinking. For now.Sarah need to recover from the blood poisoning.
Nope. Sarah white blood count still not back to normal. So, at least until tomorrow still under admission. If not it's Sunday. Then continue chemo Monday until Friday.

*sigh*
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, March 3, 2011

Blood Poisoning

2/3/2011 Sarah was diagnosed with Blood Infection from instentin.

So berpunca dari dalam badan. Ayah ingatkan sebab Sarah main kucing, berguling guling kat karpet, lari sana lari sini, masa kat kampung. Too much exposure.

Doktor said need to take 3-5days antibiotic.Kalau 5 hari maksudnya sampai Ahad. Isnin pulak dah start chemo. Maksudnya 10 hari Sarah di hospital. Aduss...tension dan stress Sarah dan mama.

Nasib baik your supermom mintak kat doktor tu untuk balik in between the antio biotic which is every 6 hours. Mama sanggup ulang alik sebab nak Sarah makan dengan berselera dan kuatkan badan sebelum next chemo. Your mom is really really really super.

Sarah kalau kat hospital sedih yang amat. Tak senyum pun. Bila ayah datang atau telepon terus mencurah airmata. Nak balik. Mama bagitau ' water finish can go home'. Jadi bila air dah habis dengan sendiri dan ajaibnya Sarah boleh senyum. Even senyum kat nurse lagi."I going home!!!" kata Sarah happy.

Kalau sampai rumah untuk makan Sarah akan cakap pulak. "I'm already home". Cute.

Every time waktu makan Sarah akan mintak dia nak. Tapi nasib baik menu pilihan dia 2 je. Nasi ayam kat Giant Kinrara dan satu lagi McDonald's

Selepas makan dan happy kat rumah, bila mama cakap it's time to put water (balik ke hospital) Sarah terus nangis,

As at now 3rd March doktor said tomorrow can discharge. Yippieee!!!

Friday, February 25, 2011

Ayah!!!

Ayah dah balik!!

Mina, the shorthairedbcozwantstobelikeMamaandSarah and the-getting-stronger-day-by-day-Sarah, dancing to the tune of Kamen Rider Dragon Night

Sarah sembahyang, mintak pada Allah sembuhkan Sarah sepenuhnya; hapuskan sama sekali sel-sel kanser dari tubuh Sarah; kekuatan untuk menahan dan melawan side effect chemo; terbuka selera dan senang untuk makan/minum ubat, supplement dan others that need to be eaten/drink; hindarkan penyakit lain dari tubuh Sarah; sembuhkan maktok; sembuhkan wan dan tabahkan hati mama, ayah, abang, kakak dan semua orang

Mama tension lagi

Dari blog mama...


In point:
1) Struggling with Sarah.
2) My mom kena chicken pox jugak...she's 74! Jangkit from mina for sure. Already quarantine in Klang, at my sister house, duhhh..pity her sangat2 .
3) My mother in law admitted due to food poisoning. She's emmm ok i forgot her age but she's older than my mom and really fragile.
4) I donno if i have taken any chicken pox jab or not...cannot remember. But I memang tak penah kena lagi...mintak dijauhkan...not now please, Ya Allah tolonglah hambamu ini.
5) Some issues at the shop.
Maybe i need to count all the blessing that i have so that my mind will not focus on the 5 items listed above.

Thursday, February 24, 2011

Mama tension

Ayah kat Jakarta, secara fizikal.

Kalau diikutkan ayah tak nak pergi. Dalam keadaan macam ni ayah takda keinginan untuk kerja jauh. Tapi kalau ayah tak pergi, prestasi merosot, akhirnya keluarga kita akan susah.

Dalam kejauhan, ayah sayu membaca SMS mama. Mama sedih dan rasa helpless dengan keadaan Sarah.

Ni ayah ambik dari blog mama..


Sarah need to drink plenty of water. Tapi nak suruh dia minum air pun dah macam nak suruh dia minum ubat. Not easy ...
Hari ni start joting down any fluid intake. Sukat semua. Total as of 11pm ni about 335ml. Tu termasuklah susu, vitagen, air, teh o, xp-180. Semalam dengan hari ni mmg kurang sangat minum.
Semalam pagi muntah banyak so itu yg buat dia takut...i think. Kat hospital ada drip so takpelah kan kurang minum , tapi kat rumah kena minum sendiri..alahai. Semalam makan 2 kali..lunch n dinner. Hari ni lunch taknak makan, nasib baik dinner makan banyak lah jugak.
Doktor ada bekalkan ubat Bacterim utk elakkan sebarang jangkitan paru-paru yg selalunya terkena pada yg menjalani rawatan kemoterapi ni. Twice a week, two times per day. Sampai hari ni i belum start bagi lagi. Semalam i dah prepare, but before bagi kat sarah i rasa dulu. Rasanya adalah sangat teruk! Cekpen pun rasa....geleng kepala je dia.
Cuba bayangkan air kosong pun sikit punya susah nak minum , inikan benda pahit payau. Dah le rupa sarah sangat kesian sekarang ni, botak, kurus, cengkung, layu....macam tengok dak afrika tak cukup makan kena hurung lalat tu...pastu nak paksa dia makan ubat??!!
Bila nak minum XP tu smlm dia lari kejar bibik...masa tu tuhan je yg tau macam mana aku rasa. Dia lari dgn keadaan yg macam nak tumbang tu...mmg rasa nak pitam ...tak sanggup..tak sanggup tengok sarah yg dulu ceria cergas sihat tapi macam sekelip mata je jadi macam ni.

Memang sesiapa yang melihat episod Sarah minum ubat/supplement rasanya boleh menangis. Menangis tengok Sarah yang sedaya upaya menolak meminum. Budak 3 tahun mana yang nak minum benda yang dia tak suka, sehari 4-5 kali. But at the same time, sayu dan sedih melihat kasih seorang mama yang sedaya upaya memberi semangat untuk anak kecil tu minum, kerna itulah antara usaha untuk memulihkannya. Sayu dan sedih kerna kesabaran mama tu diuji hingga ke tahap yang sangat maksima. Bayangkan nak minum air tiga teguk kena pujuk memujuk sampai 30-40minit. Bayangkan jugak perasaan bila Sarah yang lemah dan cengkung dan botak tu terpaksa di pegang, diugut oleh mama yang sedih dan marah bercampur baur, untuk minum. 

Terus terang ayah cakap, ayah tak tau macam mana nak tolong kedua dua Sarah dan mama. Tambah lagi pulak ayah jauh, jauh yang amat sangat. Kekadang tu ayah rasa ayah ni macam bodoh, tak guna.












Tak tau nak tulis apa lagi.

Tuesday, February 22, 2011

Usaha Mama dan Ayah

Untuk Sarah, mama dan ayah usaha. Tawakalallah.

Boleh ceria sikit selepas muntah banyak. Sarah ceria, mama dan ayah rasa 'ok', walhal deep inside Allah je yang tahu..



Rasanya ni cucu Ustaz tu kut..nama Alya

Alya sangat tertarik dengan Sarah

Tapi Sarah tak berapa layan..

Alhamdulillah, setelah menidakkan Ustaz Hj Lokman pada mulanya, Sarah lepas bagi Ustaz merasa kawasan kanser Sarah. Dan salam tangan Ustaz.

Tapi Ustaz Ashraf Muslim panggil nama Sarah dan bye-bye kat Sarah. Sarah tak layan.

Update 21 Feb 2011 Post 2nd Chemo

Selera dan keinginan Sarah untuk makan - good, Sarah nak nasi lemak, nak makan nasi masakan mama. Tapi sebelah siangnya, almost all keluar balik, muntah selepas sejam.

Susu - almost like normal.

Sarah masih tak stabil, secara fizikal, angkat kepala masih lemah, kalau lama-lama. Berjalan tak boleh lama, jadi penat. Sarah mengadu 'tired' sambil pegang kepala. Pening kepala??

Tapi Sarah akan jadi kuat dan bertenaga bila time untuk minum XP180 atau TF, 'air masam' nama yang mama bagi. Kalau cakap ubat, bukan setakat lari, lepas minum dimuntahkannya balik.

Normally selepas 10-15min sesi memujuk, Sarah guna excuse 'I cannot' repeatedly, sedikit ugutan, barulah Sarah akan minum XP180 atau TF tu.


Jadual hari ni - follow up appointment with Ustaz Hj Lokman, Syifa' Al-Hidayah.

Saturday, February 19, 2011

Update 2nd Chemo session : 19hb Feb 2011.

Sarah was sad. Extremely. Masa ayah sampai around 10am, Sarah tengok je ayah, terus Sarah menangis teresak-esak. Mama cakap sejak bangun pagi tadi. Sedih sebab tak boleh balik lagi, miss rumah, miss Mina, miss Awish, miss atuk.

Ayah bawak nasi lemak, permintaan Sarah yang ayah tak dapat tunaikan semalam. Mula-mula tak nak, tapi tak lama lepas Sarah nak makan nasi lemak, sambil tengok Hi-5.

Kat catether to ada ruam..

Bila ayah duduk sebelah sama-sama tengok Hi5, semangat Sarah boost. Ceria. Muntah nasi lemak keluar pun tak kisah. Sambung makan lagi.

Menari sambil duduk sambil chemo drug masuk dalam badan..

Bila ayah cakap nak balik, Sarah terus sedih dan marah ayah dengan kata 'NO!!'. Ayah bagi helah cakap ayah nak keluar beli pizza pun Sarah cakap 'NO!'. So Ayah baring sebelah Sarah sampai Sarah terlelap, baru ayah balik. Kesian Awish dan Mina, tu yang kena balik tu.

Petang, bila ayah sampai (dengan pizza) pun sama. Sarah mula-mula moody, sedih. Lama-lama bila tengok ayah stay dan ayah bagitau ayah tidur kat hospital Sarah mula happy, makan chicken wing, muntah pun tak kisah, nak makan jugak. 

Cuma sesekali Sarah tanya "Where's Mina?" 
Bila mama jawab "at home" Sarah sedih macam nak nangis. 
Mama dan ayah kena pujuk Sarah, bagitau "Esok malam kita balik ok.."
"Ok" kata Sarah.

Masa noon tadi Dr Lin masuk, bagitau blood result is good. LDH dropped from 700+ to 500+. His interpretation - the cancer response to the drugs. What's that? Mama dan ayah tak tau, but we know it is good news, judging from Dr. Lin's face expression.

And according to mama, this morning Dr. Lin managed to feel Sarah's abdomen (finally, after being denied by Sarah since Wednesday) he confirmed mama dan ayah punya layperson judgement - the TUMOR HAS REDUCED in size.

ALHAMDULILLAH. SYUKUR!!.

Anak ayah is a strong fighter. Keep on fighting Sarah..Mama dan ayah akan bekalkan doa. Insyaallah.