Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Wonderpets! Wonderpets!

Dah lama sangat awish mintak pets, tapi mama n ayah tak bagi. Hari Sabtu baru ni, termakbul jugaklah permintaan anak-anak ni. Akhirnya ayah belikan jugak.




Introducing....the famous "TUCK"


Well, ni mama and ayah punya pets. Sebab masa kat stall, he is so cute trying very hard to escape. None of the kids want him...but still we bought it.



Inilah pets darwish, mina and sarah. Awish punya seekor ikan yg diberi nama "Kamen Rider"
Yang lagi 4 ekor bernama Ben Tennison Alien Force...Alien yg mana? Mana-mana pun boleh.

Bila dah sampai rumah, semua sibuk dengan Tuck, tak dilayan nye Kamen Rider dan Ben Tennison tu.

Inilah Kamen Rider. Sekarang dia duduk dalam banglo mewah sorang-sorang.

Ni The Bens, tinggal 3, 1 dah mati kena bantai dengan sudu oleh Sarah.



Sama kan dengan yg bawah ni! Nanti mama try carik topi yg sesuai.



Wonder Pets!
Wonder Pets!
We're on our way
To help a friend
And save the day
We're not too big
And we're not too tough
But when we work together
We've got the right stuff
Go, Wonder Pets, ya'ay!






Nite-out





"Sarah boleh makan sikiitttt aje"



Kerahan Tenaga / Buruh Paksa / Quality Time Sesi 3







Monday, September 6, 2010

Kerahan Tenaga / Buruh Paksa / Quality Time Sesi 2


  

Kerahan Tenaga / Buruh Paksa / Quality Time

Ingat tak gambar ni?
Dari entry bulan Ogos ni

Since raya dah nak dekat so, artwork Sarah tu kenalah dilupuskan. Awish, Mina dan Sarah memang suka sangat aktiviti ni. Diorang sendiri yang volunteer.



Thanks kids. Ayah and mama love you.


Ops Sikap 2010

Seorang ayah dan 2 orang anaknya telah menemui kemalangan ketika pulang dari PARAM (Pasar Ramadhan la). Ayah tersebut didapati telah cuba meniru aksi dari cerita GENG Upin dan Ipin.

Muthu dan sapi. 

Selepas scene di atas, Muthu telah naik atas sapi dan menjerit 'Sapi GO!!!!'. Macam Valentino Rossi Sapi lari.

Tetapi ayah terbabit adalah 'Sapi' yang ni lain sikit. Dia ni Sapi tua. Beliau bertindak menjadi Sapi sebagai memenuhi hajat dan hasrat anak daranya yang paling kecil (tapi kerenah tak padan dengan umur dan saiz badan). Slow slow je sapi tua ni jalan. Bila laju sikit terus berlaku kemalangan yang tak diingini. 

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh seorang jurugambar profesional.



Setelah statement dari anak dara kecil tersebut diambil oleh pegawai yang jugak jurugambar profesional tadi, ayah tersebut telah didapati bersalah kerana menjadi Sapi secara merbahaya. 
Berikut adalah statement mangsa.
Pegawai@jurugambar : Sapa buat, sapa buat?
Anak dara kecil : Ayah (sambil menunjuk kepada tertuduh)

Ayah terbabit telah dihukum untuk menjadi sapi lagi bila diperlukan.

Sekian. Laporan Ops Sikap 2010.


Monday, August 23, 2010

Seni

That day, ayah bawak Awish dan Mina ke Giant untuk basuh kereta dan at the same time untuk bagi kedua2 main kat 'Dinasour' playground. Mana tau Dinasour Giant Kinrara tu dah tak ada. Maka Awish dapat satu idea.."how about art time?" kata Awish. Ayah pun bagilah Awish dan Mina berkreatif kat Art Class tu.

Hasilnya kat bawah ni.
Yang ni Awish punya
Ni Mina punya.


Yang ni Sarah nye seni.. 
Cinta ku 100%...ik ah ika ah!!

Saturday, July 31, 2010

Kantoi Lagi

Mama dengan ayah tengah sembahyang maghrib. Tapi dalam sembahyang tu boleh dengar Awish dan Mina terkikik kikik gelak mengilai kat bawah. Apa lah agaknya yang dibuatnya. Lepas tu Sarah ketuk pintu bilik2.
MASYAALLAH!! satu badan, dari rambut sampai kaki penuh bedak!! Tak pakai baju dan seluar lak tu. Dah nak sama putih dengan pampers yang di pakai.

Awish dan Mina tergelak2 lagi. Mama tanya "sapa buat?" Awish cakap Mina buat. Mina cakap Awish buat. Ayah punya solution senang je. Dua dua kena. Dan dua dua tak menangis sebab tau diorang memang buat salah.

Bila mama dan ayah turun bawah...MASYALLAH!! Ruang tamu dan bilik bawah dari ke lantai sampai ke perabut pun putih dengan BEDAK!!!!

Maid di suruh mop. Tapi ayah pikir diorang ni perlukan suatu pengajaran yang diorang akan ingat supaya tak buat lagi.

So, atas arahan ayah, Awish kena lap beg kerja ayah, kerusi dan meja, kabinet TV. Mina kena lap komputer set, study table, round table dan lap lantai.

Akur je Awish dan Mina sebab tau buat salah.

Mangsa selepas dibersihkan (sikit) tengah minum susu. Sebenarnya minah ni pun 'suspek' jugak tapi sebab kecik lagi, maka selamatlah.

Tengah bertungkus lumus menghitamkan balik beg kerja ayah.
Lap cik kak..jangan tak lap..

Selepas 3 hari masih terasa lagi bedak kat lantai...

First PET?

Tengah sibuk main dengan 'Pet' yang di tangkap sendiri oleh Awish pagi pagi sebelum mandi.

Nampak tak 'pet' tu.

Ni hah..ulat gonggok. Di rendam dalam air untuk bagi dia 'selesa'.


Tuesday, July 6, 2010