Monday, May 26, 2014

Selamat Hari Lahir Awish

Nasib baik tahun ni tak lupa lagi.

Err... actually Awish yang ingatkan mama dan ayah masa 20.5.14 petang. Awish bagitau esok birthday Awish.

Ayah teringat awal2 bulan lagi, tapi bila dah dekat makin lupa pulak.

21.5.14 - sebelum teksi menjemput ayah untuk ke KLIA for Seoul trip, kita se famili celebrate birthday Awish di Secret Recipe (after Mina dan Sarah insisted to mama dan ayah untuk celebrate pada hari tu jugak).


Selamat Hari Lahir yg ke 11 Awish.
Moga Awish jadi pelindung keluarga dan pemimpin yg dikagumi.


Tuesday, May 13, 2014

Mother's Day

Mina wish to celebrate MD. Mina buatkan kad dan hadiah utk mama. Night before MD, masa nak tido ayah bgtau Mina esok bangun awal tolong mama buat breakfast.
Lepas bfast dan lepas ayah balik training takraw kita keluar celebrate.


Happy Mothers Day

Sunday, May 11, 2014

Faham Tak?

Rabu - kebetulan masa pagi van sampai awal. Ayah tgk sendiri mcm AMS lari laju bawak beg berat utk pegi ke van. Ayah takut nak tgk especially Sarah. Badan kecik beg besar+berat lari laju turun bukit. Ayah tak sedap hati. It's just like incident waiting to happen.
Khamis - sebelum ayah pegi kerja ayah pesan kat AMS supaya jangan lari dan sebab apa.
Faham tak? Ayah tanya.
Faham ayah, kata AMS.

Jumaat -
Masa balik sekolah Mina dan Sarah keluar dari van berlari, lumba balik ke rumah, dgn berat. Mina jatuh. Cedera kat pipi, tangan, kedua lutut, sakit hati, menangis.

Faham tak?


Family Selfie

Ni entah shot yg ke berapa ntah. Baru la dapat yang semenggah sikit.
Ada yg lagi cun sebelum tu. Tapi.. dah siap baru perasan Zafri tak enter frame. Haha..

Tunggu Van

Semenjak lebih kurang 3 minggu yg lalu, mama dah tak bagi AMS tunggu van kat depan rumah jiran (rumah Adlan) sebab tunggu kat situ ada risiko gangguan anjing liar yg garang, kena kidnap ke etc etc especially sbb van Uncle Lan memanjang lambat sampai. AMS tunggu depan rumah. Tapi sbb nak tengok van dah lalu ke blok rumah belakang ke belum, AMS duduk bersila atas jalan.
Mula2 dulu ayah tak bagi sbb nanti seluar kotor.. lelama ayah pun dah penat nak ingatkan. *sigh*

Saturday, May 10, 2014

Zafri @ 100514



Dah boleh duduk. Kerusi yg ayah dan mama beli tolong percepatkan skill duduk Zafri.

Gigi dah keluar satu. Mama perasan semalam. Ayah tak dapat tengok lagi sebab Zafri malu2 nak tunjuk. Hehe.


Wednesday, May 7, 2014

Temasya Sukan


Mina dan Sarah excited dan partipate mewakili rumah.

Awish tak nak datang sekolah. Masa mama dan ayah balik rumah ambik Zafri, ayah bgtau Awish betapa bestnya event tu, kengkawan Awish ramai yg datang dan nampak excited. Baru la Awish nak ikut.

Tapi masa nak balik baru la ayah perasan Awish takde pun dekat khemah rumah biru, dekat gerai, dekat kelas. Mina siap tolong ayah cari lagi. Rupa-rupanya Awish melepak dekat pondok sebelah guard room. Tak join apa2 pun. Sabar je ayah dgn bujang yg dah teenager katanya ni.

Balik dalam kereta Awish kena dengar ceramah ayah dan mama. Muka penuh penyesalan sebab missed all the fun.





Monday, May 5, 2014

Bersawang lagi

Mama bagitau ayah, ada follower blog ni dah tanya bila nak update. 

Mama bagitau lagi why not update thru phone je, based on snapped pic then buat simple entry. 

So, here goes...

Cherating masa cuti sekolah Mac, ni tgh buat batik painting

Balik dari Cherating, Awish asyik komplen telinga gatal. So bwk pegi jumpa ENT. Dr Koay kata ada tahi telinga.  Erkk... Ok.

Kita selfie dulu!!!
Tapi selfie kat the Curve ni ayah dan mama kehilangan Mina masa lalu celah2 flee market yg sesak tu. Masa tu ayah tried to stay calm walaupun dlm hati sgt3x risau. Ayah terbayang masa tu mesti Mina tgh menangis. Sambil pusing2 cari Mina ayah doa Mina tak di'ambil' sesapa.
Dgn izin Allah bila ayah pusing kat tempat  yg ayah dah pusing dan cek 2-3 kali tu, Mina ada kat situ. Tenang dan relaks. Ayah rasa mcm nak marah sbb ayah punya la risau tapi Mina relaks je. Tapi dgn rasa syukur ayah tenangkan hati dan tanya Mina "Mina pegi mana?"
"Look around bcos mother said can look around". 
"Next time we go together ok, bcos mama and ayah cannot find you. We were sooo worried"
"Ok. Sorry ayah, bcos i make you two worried"
Hati ayah bercampur baur masa tu. Namun rasa syukur dan lega mengatasi segalanya.

Ok. Till the next short entry.