Saturday, April 27, 2013

Sahabat

 
Ini Nurin. Selain dari Sarah, Nurin adalah sorang lagi budak perempuan melayu dalam Pre-2 Violet.

Since, Sarah dan Nurin sesama melayu dikalangan majoriti Cina dan India, tentunya dua orang ni kawan baik, ye tak?

WRONG!!! 

Mereka adalah seteru, musuh ketat.

Infact, Teacher Barathy menghadapi masalah nak selesaikan masalah dua orang ni.Tak boleh duduk dekat. Duduk jauh2 pun boleh jelir lidah lagi apatah lagi kalau duduk dekat.

Masa mak masing2 datang ambik pun boleh jelir lidah lagi tuh.

Kalau sorang dapat jawab soalan cikgu, sorang lagi akan buat muka menyampah, geli dsb.

Puncanya? Berebut kawan. "Nurin, friend with Lau Lee Shen, I don't like". 


Dua-dua nak buat empayar sendiri dalam kelas yang kecik tu. Ni kes bulan Januari dulu, tapi berlarutan sampai sekarang.

Sarah siap pesan kat ayah "Ayah, if Nurin want to talk to you, you go away ok".

Puas mama nasihatkan Sarah tak baik berebut2, gaduh2.


Recently, Sarah kata "Nurin always come near me, but I don't like". Esoknya Sarah kat macam ni pulak "I try to friend to Nurin, but she always angry".

So maybe now, kedua-dua cuba nak berbaik dah, tapi tak tau macam mana nak mula. Or siapa yang patut mulakan.

Sweet... (ke?)



Saturday, April 20, 2013

Maidless

Maid Ija dah balik pagi tadi.

Perancangan asal dia, balik for good, selamanya. Tak nak sambung kontrak dah.

Tapi lepas 3-4 kali nego, dia setuju untuk balik ke sini bulan September nanti.

Ayah belikan return tiket untuk dia balik ke sini nanti.

Adakah dia akan menepati janji? Wallahualam.

Dah sampai kat kampung dia nanti (7-8 lapan jam dari Surabaya), dah jumpa anak dan keluarga dia, mungkin dia terus tak nak balik sini dah. Nothing we can do about it if she decides like that.

For now AMS is maidless. Sarah especially, dah berapa kali menangis dah teringatkan maid, pengasuh, cikgu bahasa melayu (indonesia), defender (bila gaduh dengan Mna, Awish), kakak dan kawan Sarah. Kejap2 tanya 'bila kakak nak balik".


On the bright side, when AMS maidless, now is the time for AMS to basuh kasut sendiri, belajar basuh pinggan, baju, lipat baju, berkemas dan sebagainya, all by yourselves.


Tuesday, April 16, 2013

Sarah : Hari Ini Dalam Sejarah

Remember 'makhluk' ni? Inilah dia kanser yang hidup dalam abdomen Sarah. 2 tahun dulu perut Sarah dibelah untuk mengeluarkan 'kembar' Sarah ni.

http://cekpenayah.blogspot.com/2011/04/cancer-removal-surgery-brief-update.html


Parut yang tak kan hilang sampai bila-bila. Parut yang mengingatkan kita sekeluarga kebesaran dan keagungan Allah.


Ingat lagi ayah, masa Sarah kat ICU, pukul 4 pagi Sarah jerit "Ayah!!! I want you!!!!" Bergegar satu ICU tu.

Lepas operate Sarah jadi tembam. Itu takpe lagi...yg paling perit, lepas operate selama 2 bulan Sarah mengalami komplikasi (akibat kimoterapi) kerosakan usus, cirit birit tahap kronik. 

Macam mana risaunya ayah dan especially mama, Allah saja yang tahu.

Today...




Sunday, April 14, 2013

Rumah : Yang dikhuatiri jadi kenyataan

Bila atuk dah menetap di KL, dirumah pakcik2, makcik sedara dan sekali sekala dengan AMS, yang ayah paling khuatiri adalah rumah menjadi habuan anai-anai.

Dan Disember yang lepas, ianya menjadi kenyataan...














Fast action dari adik beradik ayah - hire Pest Control (with periodical check) berjaya mengawal keadaan dari bertambah teruk.

6 MONTHS

6 bulan adalah masa yang lama.

Dari November 2012 sampai sekarang. Masa yang lama. AMS:AwishMinaSarah takde update.

Dalam masa 6 bulan tu macam macam yang berlaku.

Bukit Jalil Park (berkali2); KLCC Park 2 kali (ke 3??); Cameron Highland -> Ipoh -> Penang trip; Legoland -> Parit Sulaiman -> Melaka trip, Istana DiRaja dengan Atuk Tampin; balik rumah kampung kat Tampin (yang dimakan anai-anai); Sarah punya follow up(s) kat SDMC dan Syifa', KidZania.... macam macam lagi.

Budak poyo kat Bukit Jalil

KLCC Park



Bertolak pagi2 buta, untuk breakfast kat Boh Tea Sg Palas




Makan durian kat Cameron Highland



Lost World of Tambun





Penang Gurney Hotel nih...





LEGOLAND!!!
























Melaka


Tak lupa jugak, keputusan Awish merosot berbanding pertengahan tahun dari nombor 2 ke nombor...err 22 kut? Mina pulak dapat naik stage masa penyampaian hadiah hujung tahun untuk Anugerah Tunas Harapan dan kat Kafa Mina dapat hadiah untuk No 3 kelas.

AMS also went to kenduri kat Desaru. Lalu kat jambatan gantung terbaru di Malaysia dan menginap di hotel paling berbau dan paling banyak semut pernah diduduki.

So many things happened in 6 months. Ayah will try to write some entry on some events, especially the more recent ones.

But 6 Months also is not that long.

In 6 months time, Insyaallah AMS akan menjadi AMS+

He/she is waving 'Hi' to you. (Look at the tiny hand)