Monday, September 6, 2010

Ops Sikap 2010

Seorang ayah dan 2 orang anaknya telah menemui kemalangan ketika pulang dari PARAM (Pasar Ramadhan la). Ayah tersebut didapati telah cuba meniru aksi dari cerita GENG Upin dan Ipin.

Muthu dan sapi. 

Selepas scene di atas, Muthu telah naik atas sapi dan menjerit 'Sapi GO!!!!'. Macam Valentino Rossi Sapi lari.

Tetapi ayah terbabit adalah 'Sapi' yang ni lain sikit. Dia ni Sapi tua. Beliau bertindak menjadi Sapi sebagai memenuhi hajat dan hasrat anak daranya yang paling kecil (tapi kerenah tak padan dengan umur dan saiz badan). Slow slow je sapi tua ni jalan. Bila laju sikit terus berlaku kemalangan yang tak diingini. 

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh seorang jurugambar profesional.



Setelah statement dari anak dara kecil tersebut diambil oleh pegawai yang jugak jurugambar profesional tadi, ayah tersebut telah didapati bersalah kerana menjadi Sapi secara merbahaya. 
Berikut adalah statement mangsa.
Pegawai@jurugambar : Sapa buat, sapa buat?
Anak dara kecil : Ayah (sambil menunjuk kepada tertuduh)

Ayah terbabit telah dihukum untuk menjadi sapi lagi bila diperlukan.

Sekian. Laporan Ops Sikap 2010.


No comments: