Monday, June 7, 2010

Tentang Sarah


Sarah paling beruntung antara 3 orang. Keluar2 dunia ada abang dan kakak untuk bermain bersama. Ada maid yang memanja (terlebih sudah) dan jadi tempat mengadu kalau kena buli oleh abang dan kakak (dan jugak ayah dan mama). Dari abang dan kakak (dan maid) Sarah belajar bercakap -

what you doing? what that? where you going?

Apa ntah lagi dalam pelat 2 1/2 tahun dia tu.

Tapi Sarah pun ada karakter sendiri. Paling ketara bab pilih baju selepas baju merangkap melaram. Tak kira mana baju yang ayah, mama atau maid pilih mesti tak puas hati punyalah. Biasanya nak pilih baju yang cantik2 aja. Hatta kekadang pegi taman pakai baju kurung. Pegi kenduri pakai baju pegi taman.
Ini masa kenduri bertunang sepupu Sarah semalam. Makcik2 semua sopan. Sarah? Seluar jeans dgn baju short sleeve Billabong (dari Phuket). Sebelum pegi mama dah pilih baju yang sopan. Lepas tu dia tak puas hati. Diusungnya baju tu ke atas, kat bilik dia cari baju yang cantik. 20 MINIT TAK BOLEH BUAT KEPUTUSAN LAGI!! Last2 hasilnya sambil menangis2 kena paksa, baju Billabong lah pilihan hati untuk pegi kenduri. Sabar je lah.

Sekarang ni Sarah perasan jadi baby. Sikit sikit bahasakan diri dia baby (maid yang ajar ni aku rasa). Dah 'tua bangka' nak naik walker.

Kalau bab nak posing depan kamera tak mau kalah gak.  Mesti posing, lepas tu cakap 'see, see' - nak tengok hasilnya.

Itulah anak mama dan ayah. Dhia Maisarah.

No comments: