Saturday, February 18, 2012

Petik bunga dalam hujan

Walaupun Maktok tak berenti2 cakap "Jangan keluar; hujan; nak pegi mana........." Sarah tetap nak keluar jugak petang tadi. Ye lah dah seharian duduk dalam rumah, mana boleh tahan.

So mama pun pakaikanlah baju hujan, boot hujan, dan maid Ja temankan Sarah petik (curik??) bunga.



Anak sapalah yang comel ni...



Apa kes??

Pagi tadi ayah bangun awal sebelum masuk waktu subuh. Tetiba ayah tengok bilik Mina pintu terbuka dan lampu terang benderang. Ayah ada sedikit suspen... Apa kes lak nih??

Tetiba...terkejut ayah tengok...


Mina tengah buat latihan buku rampaian.. Pukul 6 pagi?? Hari Sabtu lak tu??

Rupa-rupanya Mina tak boleh tidur lepas terjaga dalam 5:30am tadi. So takde bende nak buat Mina buat ulangkaji.

Bagus anak ayah ni. Harap2 semangat tu berterusan.

Ayah pun temankan Mina buat ulangkaji sampailah Awish bangun dan macam radio rosak ajak ayah turun bawah.


Tuesday, February 14, 2012

Homework


Hari ni teacher bagi Sarah homework. First time Sarah kena buat homework. Kena tulis huruf A satu mukasurat.

Dengan sedikit bantuan dari ayah, Sarah pun mula menulis huruf A. Tapi saiz XXXXL....bosa gilo!!! Penuh satu kotak.

Lepas tu ayah turun makan malam. Tengah makan Sarah turun bawah; "homework finish oredi" kata Sarah. Fuhh...impressed ayah dengan anak dara sorang ni. Pantas giler siapkan homework.

Habis makan ayah pun naik check homework Sarah tu. 

Sekali ayah terperanjat tengok homework Sarah bukan setakat dah siap, tapi kemas. Takde lagi tulisan gedabak2 tadi.


"Wah..dahsyat jugak Sarah, boleh padam dan tulis balik nak bagi kemas" impressed lagi ayah.

Tetiba ayah tergerak hati nak tanya Mina yang ada kat sebelah, "Did you do Sarah's homework?"

"Yes, I don't want teacher to get angry at Sarah" jawab Mina dengan selamba.

Ayah : .......................(hampeh betol la...tertipu den)


Sunday, February 12, 2012

PDDD


Perut Awish tu lambang kesenangan dan kesejahteraan. Tapi mama dan ayah ada ala-ala control sebab nak Awish 'hemsem' dan 'mancho'.

Tapi Awish sibuk nak ada msucle kat tangan.

Hobi ayah yang baru sekarang ni exercise dan exercise dan ezercise. Ada few simple exercise equipment kat rumah yang ayah beli. So Awish pun tumpang sekaki, nak 'tone'kan muscle kat lengan...


Tapi ayah ajar Awish buat reverse situp kat exercise bench - sebabnya nak 'tone'kan muscle kat perut Awish tu.




Gigih gak Awish buat sit-up tu. Dapat gak 10 kali per session (walaupun tolak badan pakai tangan kekadang tu).

Kalau buat selalu hilang gak rasanya PDDD tu (Perut Dulu Dari Dada).



Dua orang anak dara ni pun menyibuk gak. Mina tu ok lah lagi. Ada muscle. 

Tapi Sarah??



Sunday, February 5, 2012

Broken

Awish melompat dari tangga tengah rumah ke atas 3 seater sofa depan TV dapur.

Praaakk!!

Beam kat depan tu patah. broken.

Masa tu ayah tengah berbaring, nak menyejukkan hati yang tengah panas, menghilangkan penat dan merehatkan otak.

Bila mama bagitau Awish patahkan kerusi, ayah sebenarnya tak nak turun sebab ayah tahu akibatnya nanti tak berapa bagus. Tapi atuk dah mula bising, so ayah pun terpaksa la pegi tengok.

Dan macam gila la ayah jadinya. Ayah punya patience, broken!. Ayah suruh Awish keluar rumah secepat mungkin sebelum ayah bertambah hilang akal lagi.



Maafkan ayah Awish.

Broken chair can be replaced. Lagipun memang dah sampai masa kerusi tu patah. Cuma kebetulan je Awish yang menggunakan kerusi tu masa dia nak patah.

Actually Awish tak melompat pun, Awish cuma melangkah dari tangga ke kerusi. Tak mungkin kerusi tu patah terus tiba2, mesti dah retak dulu sebelum Awish melangkah ke kerusi tu.

Muhasabah diri. Learn new things from every mistake that you made, from every wrong decision that you took.

Rumah Pusaka : Sehari bersama

Ambik atuk kat rumah Pak Ngah dan balik kampung. Ayah dah lama tak tidur kat kampung. Dapat semalam pun jadilah.




Sentiasa riang di halaman yang luas ni. Macam2 boleh main.

Peninggalan durian jantung - durian paling sedap ayah pernah rasa. Setiap durian yang ayah rasa sekarang mesti ayah benchmark dengan durian jantung ni.

Perigi masih berair. Actually kalau nak mandi kat sini boleh lagi.

Caretaker Ahmad. Insan yang menjaga rumah pusaka ni macam rumah rumah sendiri. Hasil usaha Ahmad, kawasan keliling rumah (rumput, pagar etc) sentiasa kemas, tak nampak macam rumah tinggal (except for the closed windows and doors.

Dulu2 Atuk cukup anti kalau lembu masuk kebun belakang. Sekarang lembu2 (milik Ahmad) nilah yang membantu rumput2 kat kebun tu tak tumbuh meliar meninggi.

Atuk (nampak tak tengah membongkok kat belakang tu) seperti biasa berkemas (walau pun tak sepatutnya berkemas), bakar daun pisang.



Bunga2 tinggalan Arwah Wan masih gemuk dan mekar. Thanks to Ahmad also.

Enjoying Slurpee


Mina, Sarah, Sofea cucu Makteh main tengah panas

Sorang (sekor lah) caretaker rumah pusaka. Sentiasa setia menunggu di depan tangga atau halaman rumah.



Maktok Sakit

Maktok on-off-on-off kat rumah. Basically Maktok duduk kat rumah ni. Tapi bila AMS nak pegi Cherating atau nak balik Tampin Maktok akan ke rumah Makcik Mini.

Sepanjang berada kat rumah ni, Maktok memandang semua orang dengan pandangan yang boleh 'tembus', dengan tanggapan semua orang marahkan Maktok, dan apa yang berlaku kat rumah ni kesemuanya disebabkan kehadirannya (eg. mama pegi grocery shopping sebab dia duduk rumah ni makan je sampai makanan habis, walhal Maktok cuma makan bubur kosong je).

Dan Maktok akan sentiasa dengan khayalan2 yang negatif, amat negatif. Contohnya bila bunyi mercun meletup (logi la kan Chinese New Year) Maktok akan cakap kat mama "Nanti meletup kena mak nanti macam mana, nanti mak mati".

Macam2 lagi baca kat sini : http://momsfeelgood.blogspot.com/2012/01/some-illusion.html

Maktok jadi macam ni selepas adik Arwah Paktok di kampung meninggal dunia penghujung Disember. Maktok trauma atau mungkin terlampau sedih sampai semangat hilang.

Dua hari lepas, seorang lagi adik Arwah Paktok di kampung meninggal dunia. Maktok tak tau lagi, saja tak diberitahu sebab tak pasti apa akan jadi lagi kat semangat Maktok, kalau diberitahu.

*sigh*