Wednesday, March 16, 2011

Spirit and Determination

Kurus, rasanya tinggal 11 kilo lebih je, keletihan sebab takde tenaga, takde makanan dalam badan yang nak dibakar.

Walaupun begitu, semangat Sarah kuat untuk ke IOI Mall (Jusco katanya). Kalau ikutkan tak boleh sebab, bahaya, ada banyak kuman-kuman airborne desease. Tapi mama dan ayah nak Sarah ceria, so kitorang bawak jugak pegi IOI Mall, tapi avoid tempat yang ramai orang, macam dalam lif dsb. Selebihnya tawakal pada Allah. Dan..dalam loya2 dan mabuk2 ubat kimoterapi, Sarah nak naik merry-go-round. Mama dan ayah penuhi kehendak Sarah, sambil standby bekas muntah. Memang muka Sarah masa tu lain macam je.

Nak keluar pun ada cerita gak. Bersungguh-sungguh Sarah tak nak semua baju yang mama ambikkan. Yang dia nak pakai, swimming suit. Mama turutkan kehendak Sarah. Tak nak lawan spirit dan determination Sarah. Walaupun pelik, takde rambut, kurus kering, tak pakai selipar, dan pakai swimming suit pukul 3 petang kat tengah2 shopping complex; peduli apa orang nak kata, asalkan Sarah happy. Anything for you my little princess. Infact Sarah paksa mama, ayah, Awish dan Mina ke Cinema kat atas. Ingatkan nak tengok wayang. Takut ayah. Rupanya dia teringin nak makan popcorn. 

Baliknya Sarah keletihan dalam gembira. Bila bangun moody balik. 

Tengah mama dan ayah baca ayat2 syifa', kedengaran bunyi senduk dan tudung periuk kat dapur. Mina tidur, Awish dah makan...so...bila mama menyiasat rupanya Sarah nak makan. Sarah kuatkan semangat, tarik kerusi hijau tu, panjat ambik pinggan sendiri......
 dan buka rice cooker ambik nasi sendiri. 


Sarah bubuh kicap, sebagai 'umpan' untuk membuka selera sendiri...tapi...tak lalu nak telan..so dia panjat kerusi hijau dan ambik pinggan dan nasik baru. Masa ni lah mama turun dan tolong Sarah..

Mama dukung Sarah ke atas. Sarah cuba makan nasi putih kosong tu. Tapi bagi Sarah nasi tu terlampau panas, dia tak boleh nak makan. So dia nak mama ambikkan nasi yang baru. Lepas ambik nasi baru Sarah cuba makan lagi, tapi...tak lalu jugak..Kepenatan, Sarah baring kat mama, sedih maybe.

Dan marah bila ayah ambik gambar...

Hari ni Sarah dapatlah jugak makan pop corn sikit, nasi sikit, sup tomyam sikit, minum chrysantemum tea (sampai malamnya seisi rumah kena ke Speedmart beli air Sarah), aiskrim, susu (malam tadi masa tidur). Tapi muntah masih ada, tapi tak sekerap semalam.
Insyaallah esok makan lagi banyak dan muntah lagi sikit. 

Determined nak pandai main badminton. 

Determined tak nak demam.

Tuesday, March 15, 2011

A Rather Frustrating Day

Frustrating for Sarah, also for mama and ayah.

Apa yang Sarah makan semuanya keluar balik dalam bentuk muntah. Habis macam2 Sarah mintak. Sup pedas, sup tak pedas, nasi panas, air teh panas, air sejuk, chrysantemum tea, biskut kraker gula etc etc semuanya muntah.

Sampai ke petang Sarah dah frust dan mungkin jugak fobia/give up/malas. Puas mama dan ayah pujuk Sarah untuk makan atau minum, Sarah tak nak. To the point Sarah membisu, memalingkan muka dan badan dari mama dan ayah yang dah macam radio rosak "Sarah minum la, Sarah minum la, Sarah minum la....". Mama dan ayah pun frust. Buat hari ni tak tau dah macam mana nak tolong Sarah makan minum. Pampers pun kosong, kering, takde air yang cukup badan nak keluarkan sebagai kencing.

Kalau diikutkan hari ni dah empat hari Sarah tak dapat / tak nak makan. Badan dah weak. Jalan pun dah terhoyong hayang. Nak bercakap pun macam gunakan tenaga yang banyak.

Ni baru je Sarah nak makan aiskrim dan makan (bukan minum) milo dgn susu. Mama dan ayah ambik kesempatan tu untuk suruh Sarah minum air kosong dan jugak XP180. Itu pun dah ada yang keluar balik...

Sarah kena kuat. Mama dan ayah pun kena kuat..fizikal dan mental. Especially mama yang kena torture dengan Sarah yang asyik salahkan mama bila dia muntah. Bagi Sarah mama salah ambik nasilah, salah suplah, salah tahap kepedasanlah, dan macam macam lagi. Ayah pun kena marah bila offer Sarah benda nak makan..kekadang tu ayah pandang pun Sarah akan bagi jelingan yang pedas...

"Allah dah tentukan, kau dua orang lah the best parent for Sarah". 

Monday, March 14, 2011

Home @ Last

After 13 days in the hospital, from the treatment of sepsis or septicaemia (same like arwah Wan); to the treatment of the modified chicken pox; to the 5 days of 3rd cycle chemotheraphy; Sarah is finally home.

Even though based on the blood test, Dr Lin said that Sarah's white blood count is 0.8 (normal is 10-14) Sarah is adviced to go home. After all this is the 7th day from the 1st day of chemo. It is on this day that the body will be at it's lowest. Dr Lin advice kalau demam kena masuk hospital balik.

Sarah, macam biasa, tak sabar dan sangat happy bila nak balik. Dia siap boleh senyum dan wave goodbye kat nurse yang dia terajang sebelum ni. Nurse-nurse kat SDMC semuanya takut dengan Sarah.

First thing Sarah nak lepas discharge - nasi ayam Giant BK5. So, instead of heading home, kena melencong dulu ke Giant.

Bila dah balik Sarah cuba nak makan, tak boleh, nak muntah. So dia mintak mama buatkan masak lemak cili api. Maka mama pun masak lah ikan sembilang masak lemak cili api.
Tapi Sarah muntah jugak. Semua yang masuk semuanya keluar. Sarah salahkan nasi. Tukar pinggan lain, nasi dan lauk baru. Sarah makan tapi muntah lagi. Lagi sekali Sarah salahkan nasi. Dan lauk jugak. So mama kena masak lagi. Kali ni asam pedas pulak.
Nasib baik Sarah leka dengan Ultraman, lepas tu tido pulak. Sempatlah mama masak dan berehat lelapkan mata.
Suka dan menjerit-jerit tengok Ultraman.

Thank you Uncle, Makcik Mini dan Adib dengan ikan pari besar ni.


Sarah makan asam pedas tapi muntah jugak. So dia nak masak lemak cili api balik. Tapi muntah jugak.

Akhirnya, Sarah kecewa, tak nak makan. Atau pun dia fobia untuk makan.

Kesian Sarah. Makan - muntah. Makan - muntah. Hopefully besok ok. Insyaallah.

Sunday, March 13, 2011

2 minggu berlalu...

Hari ni genap 2 minggu pemergian arwah Wan..

Akhirnya ayah update status Wan dalam Geni.com kepada 'Deceased'.

Ayah tak akan lupa hari itu 27 Februari 2011.
Malam sebelumnya, sebelum ayah tidur, ayah tulis blog meminta sesiapa yang membaca, mendoakan Wan sembuh. Ayah tak sabar menunggu hari esoknya sebab nak bersama Wan lagi, tak puas dengan masa bersama Wan semasa siangnya.
Ayah tak nyenyak tidur malam tu. Mungkin lebih 4 kali ayah terjaga. Dan setiap kali ayah terjaga, ayah akan melihat henpon ayah, takut2 terlepas panggilan penting. Tak tau kenapa. Esoknya ayah bangun semasa azan subuh berkumandang. Tidak ayah tahu, masa itulah Wan menghembuskan nafas terakhir. Masa dalam bilik air bila henpon berbunyi dan di skrin 'Acek Hp', hati ayah berkata - Ya Allah, inilah masanya. Walaupun ayah rasa macam mimpi, ayah mendengar arahan Mak Chek untuk ke hospital atas saranan Pak Lang. Ayah bergegas siap, bagitau mama "Mak tengah nazak". Kurang 10min kemudian semasa mandi Pak Lang pulak call ayah "Kau dah tau kan Di?". Ayah mengiyakan. Ayah ingatkan Pak Lang bercakap pasal Wan tengah nazak. Ayah masih berfikir yang arwah Wan masih ada, tengah nazak. Ayah memandu dengan berdebar-debar, berharap dapat berjumpa Wan buat kali terakhir.

Setibanya di wad, ayah melihat arwah Wan tengah dilap2 oleh nurse. Masa tu ayah masih ingat yang Wan masih ada. Maktam menangis. Pak Lang tengah bercakap ditelefon. Bila dengar Pak Lang kata kat telepon tu "Mak Unggal dah tak ada". Ayah tergamam tapi tenang. Rupanya, tubuh Wan yang ayah tengok tu adalah jasad tanpa roh Wan.  Ayah betul2 rasa bingung masa tu tapi tenang dan redha yang Wan dah tak ada dan ayah tak sempat berjumpa Wan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Alhamdulillah kita sekeluarga sempat berjumpa arwah Wan sehari sebelumnya. Kita patut berterima kasih pada mama yang insist untuk Awish, Mina dan Sarah berjumpa Wan masa hari tu.

Dalam minggu yang telah sudah ayah amat terkenangkan arwah Wan. Terutama di waktu malam, sunyi rumah tanpa hilai tawa Sarah yang berada di hospital; Awish dan Mina pulak kepenatan sebab terpaksa mengekor ayah kesana sini, membuatkan ayah teringat arwah.

Biasanya, sebelum sebelum ni, bila ayah kesedihan, stress dan sebagainya, ayah akan bayangkan Wan di kampung dan kegigihan Wan menempuh hidup, berkorban demi keluarga. Bayangan itu cukup untuk memberi kekuatan kepada semangat. Tapi, kini bila ayah cuba bayangkan Wan dikampung, ianya cuma bayangan kosong..

Ayah nak anak anak ayah tahu, Wan adalah seorang yang hidupnya penuh dengan pengorbanan, berkorban untuk orang orang yang disayanginya dan menyayanginya disekilingnya dari lahir lagi. Wan berkorban bertukar nama dari Timah ke Zainon; arwah Wan berhenti sekolah darjah 3, demi mematuhi arwah atuknya. Sepanjang yang ayah ingat, arwah Wan tak akan menelipon atau memberitahu sesiapa kalau dia sakit sebab tak nak ayah dan pakcik/makcik semua risau. Setiap kali hari raya, Wan membuat persiapan, nak kan hari raya yang meriah untuk anak cucunya, sampai kakinya bengkak. Itulah Wan.Walaupun belajar setakat rendah tapi semangat dan determination sangat tinggi.

Dengan kuasa Allah, cara arwah Wan meninggal dunia juga, penuh unsur2 pengorbanan untuk anak dan cucunya. Dia meninggal dengan cara yang sangat mudah, nazaknya singkat, meninggal waktu pagi hari Ahad, ie pagi hari cuti. Secara tak langsung memudahkan atau tidak membuat orang kelam kabut (tak kerja, tak sekolah) untuk menguruskan jenazahnya. Itulah Arwah Wan.

Ayah nak anak-anak ayah tahu, kenangan terakhir ayah dengan arwah Wan adalah sehari sebelum pemergian Wan, ayah menyuapkan Wan coklat untuk Wan mendapat gula dan tenaga. Itulah peluang yang Allah SWT ciptakan untuk ayah berbakti pada arwah Wan buat kali terakhir.


Allah jualah yang merancang bahawa ayahlah anak yang memimpin atuk ke jenazah Wan ketika atuk sampai kehospital. Tangisan dan raungan atuk masa tu tak akan dapat ayah lupakan. Ayah sangat khuatir masa tu atuk akan rebah dek kerana kesedihan dan kemurungan yang amat. Ayah pegang atuk sekuat-kuatnya. Jelas terbukti pada masa tu kasih sayang atuk dan Wan hingga ke akhir hayat.



Alfatihah untuk Wan.

Update 13/3/2001 : Day 13 at hospital, Last day of 3rd Chemo

Today is the last day of the 3rd chemo cycle. It ended at 3pm plus. At that time ayah tengah berjalan kaki ke Subang Parade dengan kakak Mina.


But as the doctor said, and as agreed by mama and ayah, Sarah should stay one more night. In order to monitor any side effect from the chemo.

Today Sarah don't want to eat. Susu pun sikiiiittttt sangat. Muntah banyak. Tenaga langsung tak nampak. Sarah hanya mampu gerakkan mata je. Sesekali keluar suara sepatah dua, marah mama dan ayah yang pujuk Sarah makan.

Sayang, besok kita balik Sarah makan banyak-banyak okay..

Saturday, March 12, 2011

Update 12/3/2001 : Day 12 at hospital, 3rd Chemo

Today Sarah dapat pelawat dari jauh, Wak Long(laki bini) datang dari jauh, Kota Tinggi. Tengahri Wak dtg dengan Bang Iwan dgn Kak Som. Maghrib datang lagi dengan Kak (Teacher) Timah dan suami.

Tapi semasa kedua-dua lawatan tu Sarah lemah sangat. Angkat kepala pun tak larat.

Sarah tak nak makan, minum susu sikit. Ta[i muntah banyak, dan banyak kali. Takde apa yang keluar cuma lendir-lendir. Rasanya kahak dari batuk dan selsema Sarah.

Malamnya bila Kak Mina makan bun barulah Sarah nak makan tu, sikit.

Malamnya ada satu ubat tu yang sepatutnya run for 22hrs, tapi habis selepas 5 jam. Apa kes.Tengok setting rate, betul, tak salah, kalau ikut rate tu habis pukul 4 esok. Nak kata kena langgar, takde.  'Ubat' tu macam 'supplement' untuk satu lagi ubat, fungsinya untuk prevent kerosakan kat bladder Sarah.
Rupa-rupanya syringe yang farmasi supply tu SALAH size. sepatutnya size 50ml tapi diorg letak 20ml punya. Hospital macam ni punya canggih dan mahal pun ada kesangapan macam ni.
So nurse call Dr Lin. Dr Lin's advice continue balik (dgn 50ml) pukul 3 pagi. So for 4 hrs bladder Sarah takde ;protection'. Hopefully takde apa2.

Sarah lemah yang amat hari ni

bagi Mina, tidur kat hospital ni macam satu percutian..happy dapat bersama mama

Mana Awish??

Enjoying his time at Uncle's house..ni tengah mandi sambil joget sambil nyanyi 'boleh pandang pandang'

Awish with his favourtie cousin, Adib. Adib, with his favourite cousin, Awish.


Friday, March 11, 2011

Update 11/3/2001 : Day 11 at hospital, 3rd Chemo

Scare

Dr Lin's experience:
[A not-yet 3 years old leukimia patient (mengikut kata nurse yang di tanya kemudian) tengah undergoing chemo, ada sikit batuk dan selsema, tapi berpanjangan beberapa hari. So Dr Lin pikir buat x-ray. Tgk2 lung pesakit tu penuh dgn phlegm. They tried to give medication tapi tak lama lepas tu pesakit tu meninggal dunia]

Sarah - selsema dan batuk. bermula 28 Feb kemudian baik sikit. Tapi bermula 5 Mac sampai sekarang selsema dan batuk tak hilang. Mama freak out bila Dr Lin relatekan dengan dia punya experience. So X-ray on the lung was made......

It's clear. Lung Sarah clear. Takde phlegm. Syukur Alhamdulillah. Just need to continue take selsema dan ubat batuk.

Home
Sarah dari pagi sampai maghrib tak nak makan, susu pun tak nak. Effect ubat dan homesickness. Bad mood memanjang.

Since Sarah tak boleh balik rumah, so ayah brought 'home' to Sarah. Abang Awish, Kakak Mina, toaster, bun etc...

The moment ayah, Awish dan Mina masuk bilik, Sarah sedih tapi tak lama. Dalam tak sampai seminit dia jadi happy, senyum ceria. Ayah tunjuk bubur McD dia nak makan. Mama suapkan, tapi keluar balik, muntah, semua pulak tu. Kesian.

Ayah tunjuk bun pulak. Sarah nak hot bun. So toast pakai sandwich maker yang ayah bawak. Belasahlah. Sarah makan. Walau pun tak banyak, tapi at least ada food masuk perut Sarah.

Malamnya Mina tido kat hospital. Sarah happy.

Enjoying the hot bun