Saturday, July 31, 2010

Kantoi Lagi

Mama dengan ayah tengah sembahyang maghrib. Tapi dalam sembahyang tu boleh dengar Awish dan Mina terkikik kikik gelak mengilai kat bawah. Apa lah agaknya yang dibuatnya. Lepas tu Sarah ketuk pintu bilik2.
MASYAALLAH!! satu badan, dari rambut sampai kaki penuh bedak!! Tak pakai baju dan seluar lak tu. Dah nak sama putih dengan pampers yang di pakai.

Awish dan Mina tergelak2 lagi. Mama tanya "sapa buat?" Awish cakap Mina buat. Mina cakap Awish buat. Ayah punya solution senang je. Dua dua kena. Dan dua dua tak menangis sebab tau diorang memang buat salah.

Bila mama dan ayah turun bawah...MASYALLAH!! Ruang tamu dan bilik bawah dari ke lantai sampai ke perabut pun putih dengan BEDAK!!!!

Maid di suruh mop. Tapi ayah pikir diorang ni perlukan suatu pengajaran yang diorang akan ingat supaya tak buat lagi.

So, atas arahan ayah, Awish kena lap beg kerja ayah, kerusi dan meja, kabinet TV. Mina kena lap komputer set, study table, round table dan lap lantai.

Akur je Awish dan Mina sebab tau buat salah.

Mangsa selepas dibersihkan (sikit) tengah minum susu. Sebenarnya minah ni pun 'suspek' jugak tapi sebab kecik lagi, maka selamatlah.

Tengah bertungkus lumus menghitamkan balik beg kerja ayah.
Lap cik kak..jangan tak lap..

Selepas 3 hari masih terasa lagi bedak kat lantai...

Night Outing 2

Restoren Selera Mahsuri (kut) kat Kinrara. Makan malam sebab maid cuti + siangnya diorang dah tinggalkan mama dan ayah yang pegi ke reception Diyana & Fairuz kat Melaka.
Awish dgn Chicken Chop
Mina dengan Char Kuey Teow
Sarah dengan fries

Night Outing 1

McDonald's kat Puchong Gateway... buat macam rumah sendiri..

First PET?

Tengah sibuk main dengan 'Pet' yang di tangkap sendiri oleh Awish pagi pagi sebelum mandi.

Nampak tak 'pet' tu.

Ni hah..ulat gonggok. Di rendam dalam air untuk bagi dia 'selesa'.


Thursday, July 22, 2010

Dahi berdarah

Lepas balik dari wedding last week, Darwish pergi main kat playground. Balik rumah ayah nampak dahi dia berdarah. Rupanya ada batu melayang dan landing kat dahi dia.

Menurut penjelasan Darwish batu ni di pijak/ disepak secara tak sengaja oleh orang lain yg dia tak dapat recall/ tak tau nama tuan punya kaki tu.

Mama and ayah takde buat repot polis ataupun menyerang mana-mana rumah.

Sekian, laporan semasa perkembangan darwish setakat ini.


Tuesday, July 20, 2010

Mina Birthday Party Plan


Mina dah keep on nagging on her birthday party. Bukan mama ayah tak nak buat tp alahai baper kerat sangat le kenkawan mina nak jemput. Classmate mostly chinese and bukan stay nearby our house pun. Nak bg invitation pun takut baper kerat je yg dtg. Nak panggil family members plak, hmm tahun ni dah byk family event so mcm dah selalu benar jumpa, takut ada yg dah bosan +P.

Another option is make a small party utk kids yg selalu main kat playground dgn dia. I think less than 10 kot...alahai, nak panggil clown pun tak berbaloi.

Dah le birthday dia nanti on 30 August...bulan puasa!

For classmate goodie bag and cake should be enough to celebrate at school. But the party yg dia nak ni..adoiii..camna nak buek?

Dah le pandai demand...princess la, barbie la, dora la, ultraman mebius la...isk!

Kids @ Wedding