Monday, April 26, 2010

Sebab Pulut Santan Binasa

Perumpamaan yang memang sesuai untuk Ermina, samada bila dia cuba membetulkan (walaupun dia salah) apa yang Awish cakap. Atau pun bila dia mengadu kat ayah dan mama tentang apa yang Awish dan Sarah buat.


Pada kebiasaannya, hasilnya adalah seperti di bawah :

Thursday, April 22, 2010

Pengaruh Mr Bean

Ayah tengah sembahyang maghrib. Awish dan Mina dengan bising bermain, berteriak2, bukan saja dibelakang ayah, kekadang betul betul depan ayah, dekat dengan tempat ayah sujud. Mama masa tu kat bawah bersiap nak ke kedai, mungkin tak perasan diorang tengah bermain dalam master bedroom, mengganggu ayah sembayang.

Tiba-tiba Awish ambik gunting kat dressing table dan dia cakap "Mina, I cut your hair"

Mina tak jawab apa2 cuma gelak je. 'Ssrapp' ayah dengar Awish potong rambut Mina. Diorang gelak2 lagi.
Ayah sebut kuat2 "SUBHANALLAH". Dengan harapan Mama dengar. Tapi ayah dengar pintu gate dibuka, Mama dah nak keluar rumah.

Dari cermin ayah nampak Awish sepak cebisan rambut, cuba nak sorokan bawah katil. Awish cakap lagi "Mina you sit down like this (suruh Mina duduk kat katil), like Mr. Bean". Mina ikut je apa Awish cakap.

Ayah yang tengah sembahyang tak khusyuk sebab diorang punya suara dan gelagat tadi jadi bertambah tak khusyuk bila dengar Awish cakap macam tu. Tak rupa orang anak dara ayah sorang ni kang, kena penangan tukang gunting Awish ni, dalam hati ayah berfikir. Kalau ikut Mr Bean gunting rambut memang haru jadinya.
Apa ayah nak buat ni??!! Takkan nak berenti sembahyang??

"ALLAHUAKBAR" ayah melaung.

Awish dan Mina terus diam, panik, terkejut dengar takbir ayah. Lepas tu Awish letak balik gunting tu dan diorang duduk diam2 tunggu ayah habis sembahyang. Habis je ayah sembahyang, Awish tahu dia buat salah, dia cakap "I'm sorry". Ayah sabarkan hati dan suruh dua-dua anak ayah tu turun.

Itulah pengaruh Mr. Bean. Sampai ayah tak tahu sembahyang ayah diterima ke tak masa tu.

Banyak jugak rambut Mina yang Awish gunting. Nasib baik dia gunting kat belakang, di celah-celah rambut Mina yang lebat tu. Dan nasib baik jugak ayah bertakbir. Kalau tak, tak tau lah apa rupa Ermina Yasmin sekarang ni.

Ayah, jom main belon

Wednesday, April 21, 2010

Indoor Playground Outing

Dah lama Awish, Mina, Sarah tak main kat playground kat Giant BK5. Hari Sabtu lepas masa on the wat ke kedai Awish mintak pegi taman dekat Wawasan tu. Tapi masa tu dah pukul 11 pagi. Matahari dah tinggi menegak. So aku promise kat Awish "tomorrow we go ok? 7:30 morning you remind father".
Ahad pagi Awish aku yang ingatkan Awish. Tapi aku cakap "We go to Giant playground ok" 
So 9 lebih aku gegaskan diorang mandi dan bawak diorang ke Giant playground. Dah dekat dengan Giant BK5 tu Awish cakap "Hey father why are we going here and not giant playground?" 
Aku terkujat sekejap"......." lepas tu baru aku pick-up "Ohh we are not going to giant playground (nama yang kitorang bagi kat Taman Bukit Jalil yang playground punyalah besar tu), we are going tu Giant dinasour playground (nape dinasour? sebab kat indoor playground Giant BK5 tu ada belon dinasour yang maha besar gedabak). Tak pasal2 Awish nangis, sebab dia ingat aku marahkan dia.
Anyway aku berjaya pujuk dia.
Hasilnya diorang memang enjoy sakan. Aku lagi enjoy tengok diorang enjoy. Lagipun masa tu aku tengah tension. Status aku kat FB masa tu yang aku post masa kat sana:

aku ada 3 paper nk kena prepare, esok nk kena present kat ED dg Presiden. Rabu nk kena present pulak kat VVIP dr jepang. Tapi aku blank tak tau kat mana nk start. Jadi dpd buang masa depan laptop, aku, as usual ayah merangkap mama bila wknd, bwk anak2 pegi playground. Anak2 lah irreplaceable ED, Presiden, VVIP hidup aku. :)

So, anak beranak enjoy (kekadang, Awish, Mina, Sarah gaduh gak masa tgh main, tapi biasalah tu untuk diorang ni punya standard).

Si bujang ayah yang berangan jadi Ultraman Cosmos.
Gaduh dengan Awish, menyorok dlm slide




Sarah mula2 perasan ingat kuda kuning tu dia punya. Masa budak cina ni main punyalah dia tarik tangan ayah untuk 'rampas' balik kuda kuning tu. Finally she settled with the pink, dan main dgn anak cina ni yang bukan main lagi nak main dgn Sarah.


Tuesday, April 20, 2010

An athlete was born

Temasya sukan SK SS2 Bandar Kinrara.
Awish...dapat nombor SATU!!!!! GOLD!!!!


Tak sangka athlit berbakat rupanya anak ayah ni.

Acara apa? Acara...tengok kat bawah..


Gambar tak clear? Memang saja bagi tak clear.. Bacalah betul2.. Aku pun tak tau macam mana nak describe macam mana acara sukan ni.

Donut Outing

Ni outing yang terjadi masa ayah bawak Awish, Mina, Sarah kat kedai hari Sabtu, secara tiba Mama cakap "Awish nak makan donut". Dalam masa tak sampai 2 minit selepas tu kitorang dah on the way ke Big Apple kat Tesco.



Setengah dozen + 2 donut free habis dalam masa 15 minit.

Monday, April 19, 2010

Night Outing

Since Mama start business the kids have never had a night outing. Last week, all of sudden I felt like bringing the kids out for a kopitiam after closing the shop.

So, PapaRich Puchong Jaya became our primary target. We were hoping that we would get the table with the sofa. It's at the far outter corner of the shop and just besides it, there's an ample space for the kids to melalak, berlari sana, terkejar sini etc. Alhamdulillah that was what we got. And the kids love it. Not only place but also the menu...nasi lemak, aiskrim. Mak bapak eh pun suko gak, melantak malam malam buto.