Sunday, June 1, 2014

Tuntutan

20hb haritu masa bincang apa Awish nak masa birthday, Awish kata Awish nak big dinner. Agreement masa tu big dinner lepas ayah balik Korea.

Esoknya atas desakan Mina kita ada short n simple celebration kat Secret Recipe. Awish tak dapat big dinner masa tu sebab ayah nak kejar flight.

So bila ayah balik oustation Awish tuntut big dinner. 

Lokasi Puncak Steakhouse di Puncak Jalil. Dapat Awish makan chicken grill dan nasi putih.


Dan few days before dinner tu mama bawak Awish ke IOI Mall untuk beli buku ni as birthday present. Lama jugak Awish tuntut nak beli buku ni.





Monday, May 26, 2014

Selamat Hari Lahir Awish

Nasib baik tahun ni tak lupa lagi.

Err... actually Awish yang ingatkan mama dan ayah masa 20.5.14 petang. Awish bagitau esok birthday Awish.

Ayah teringat awal2 bulan lagi, tapi bila dah dekat makin lupa pulak.

21.5.14 - sebelum teksi menjemput ayah untuk ke KLIA for Seoul trip, kita se famili celebrate birthday Awish di Secret Recipe (after Mina dan Sarah insisted to mama dan ayah untuk celebrate pada hari tu jugak).


Selamat Hari Lahir yg ke 11 Awish.
Moga Awish jadi pelindung keluarga dan pemimpin yg dikagumi.


Tuesday, May 13, 2014

Mother's Day

Mina wish to celebrate MD. Mina buatkan kad dan hadiah utk mama. Night before MD, masa nak tido ayah bgtau Mina esok bangun awal tolong mama buat breakfast.
Lepas bfast dan lepas ayah balik training takraw kita keluar celebrate.


Happy Mothers Day

Sunday, May 11, 2014

Faham Tak?

Rabu - kebetulan masa pagi van sampai awal. Ayah tgk sendiri mcm AMS lari laju bawak beg berat utk pegi ke van. Ayah takut nak tgk especially Sarah. Badan kecik beg besar+berat lari laju turun bukit. Ayah tak sedap hati. It's just like incident waiting to happen.
Khamis - sebelum ayah pegi kerja ayah pesan kat AMS supaya jangan lari dan sebab apa.
Faham tak? Ayah tanya.
Faham ayah, kata AMS.

Jumaat -
Masa balik sekolah Mina dan Sarah keluar dari van berlari, lumba balik ke rumah, dgn berat. Mina jatuh. Cedera kat pipi, tangan, kedua lutut, sakit hati, menangis.

Faham tak?


Family Selfie

Ni entah shot yg ke berapa ntah. Baru la dapat yang semenggah sikit.
Ada yg lagi cun sebelum tu. Tapi.. dah siap baru perasan Zafri tak enter frame. Haha..

Tunggu Van

Semenjak lebih kurang 3 minggu yg lalu, mama dah tak bagi AMS tunggu van kat depan rumah jiran (rumah Adlan) sebab tunggu kat situ ada risiko gangguan anjing liar yg garang, kena kidnap ke etc etc especially sbb van Uncle Lan memanjang lambat sampai. AMS tunggu depan rumah. Tapi sbb nak tengok van dah lalu ke blok rumah belakang ke belum, AMS duduk bersila atas jalan.
Mula2 dulu ayah tak bagi sbb nanti seluar kotor.. lelama ayah pun dah penat nak ingatkan. *sigh*

Saturday, May 10, 2014

Zafri @ 100514



Dah boleh duduk. Kerusi yg ayah dan mama beli tolong percepatkan skill duduk Zafri.

Gigi dah keluar satu. Mama perasan semalam. Ayah tak dapat tengok lagi sebab Zafri malu2 nak tunjuk. Hehe.