Tuesday, October 29, 2013

Joy

AMS sangat seronok bila ada Z. Ayah dan mama pun rasa seronok bila tengok keseronokan AMS bila dapat Z. Dan sebab ramai tukang jaga Z.





Monday, October 28, 2013

Sebutan

Nama Zafri sebelum ayah dan mama finalised ada macam2 candidate. Keypoint - mama dan ayah nak nama mula dari huruf E. Kenapa? Nanti ayah cerita.

Tapi nama mula dengan huruf E ni tak banyak pilihan. Boy ke girl ke memang limited. Especially boy punye nama.

Ada satu nama yang tu sedap jugak tapi macam 'berat' sangat pulak - Pemimpin yang Agung.  Pilih punya pilih last2 mama dan ayah pilih Eshan Zafri. Eshan -yang diberkati; Zafri - kemenangan.

Satu je mama khuatir Eshan tu ada pulak yang sebut Es-han kang. Ye lah. Ejaan dah seakan akan Ehsan.

So masa ayah nak tulis borang JPN mama suggest eja E'shan. Ada tanda ' tu.

Hari ni masa ayah daftar, orang JPN tu kata huruf pertama kena sebutan bunyi, bukan huruf. Maksudnya kalau nak ikut sebutan, ejaan sepatutnya Ishan. Tapi tak mula huruf E, tak masyuk. So tanda ' tu kena dilupakanlah. Ayah kena pembetulan kat borang yang dah diisi tu

Tapi tak kisahlah.

Satu lagi kekhuatiran, Zafri tu jadi Japri.. kalau tecacul jadi Jefri pun ok jugak kan.

Kenapa kena mula dgn E?

Darwish Nasyran
Ermina Yasmin
Dhia Maisarah
Eshan Zafri

Nampak tak?

Saturday, October 26, 2013

6 Months on....AMS is now AMSZ

Yes..ayah did not fulfilled my promise. For the past 6 months diari Awish, Mina dan Sarah ni, ayah tak kemaskini.

Macam2 yang berlaku.

Awish :
Bertambah sihat.
Pelajaran - tak kemana.
Dituduh membuli budak kat taman, sampai ayah menjerit2 bertekak menafikan dengan mak budak India tu, disaksi/adili oleh security guard.
Awish aktif dalam pengakap, pegi camping, masuk perbarisan.



Mina :
Makin cerdik, selalu dapat hadiah kat sekolah. Sampaikan ada yang dia tak tau hadiah untuk apa.
Mina dah boleh tolong2 kat dapur especially untuk buat makanan sendiri - ommelette, nasi goreng (baru pagi tadi Mina belajar).


Sarah :
Alfaphetoprotein - under control. Tapi ada satu symptom yang merisaukan - kencing kotor. Berulang-ulang kali ke SDMC buat test. Walaupun dah clear tapi mama dan ayah masih tak 100% yakin. Buah pinggang Sarah rosak (sebab kimo dulu) ke? Sekarang ni pantang Sarah dah bertambah.
Sarah kena masuk darjah 1 tahun depan sebab Kementerian punya rule - yang layak masuk darjah satu 2014 lahir dari 2/1/2007 sampai 1/1/2008. So, walaupun 1/1/2014 Sarah baru sambut birthday 6 tahun Sarah dah kena join budak2 7 tahun dalam kelas.
Sebab tu lepas cuti tgh tahun Sarah tukar kelas dari Pre-2 ke Pre-3 Freesia. Dan dah convo dah pun minggu lepas.


Famili :
Cuti sekolah pertengahan tahun, kita bercuti kat R.E.D.A.N.G. Yes Redang.










We managed to shoot a decent family photo masa raya


Kunci rumah baru dah dapat


Mama accident masa bulan puasa. What an ordeal.


Maid - ingat tak entry maid nak balik lama tu? 4 bulan kan Maid Ja nak balik. Genap sebulan lepas hantar dia kat LCCT tetiba waktu maghrib dia call cakap dah ada depan pintu rumah. Balik awal. Siap buat loan bank lagi nak beli tiket kapal terbang.

Ahli keluarga bertambah !!! 

2 ekor kucing dari Lemang Sakdiah Kendong. Ayah2 acah2 tanya nak ambik anak kucing masa beli lemang. Sekali Makcik Sakdiah tu boleh cakap, ambik sepasang, sekor jantan, sekor betina.

Chiko (nama asal) sekarang Comel.

Kuning (nama asal) sekarang Kening



Dan the main one - ahli keluarga terbaru 

Lahir 16/10/13 dengan berat 3.35kg.....E'SHAN ZAFRI !!!







Ok sekarang ayah nak rajin balik update dairi AMSZ ni..




Saturday, April 27, 2013

Sahabat

 
Ini Nurin. Selain dari Sarah, Nurin adalah sorang lagi budak perempuan melayu dalam Pre-2 Violet.

Since, Sarah dan Nurin sesama melayu dikalangan majoriti Cina dan India, tentunya dua orang ni kawan baik, ye tak?

WRONG!!! 

Mereka adalah seteru, musuh ketat.

Infact, Teacher Barathy menghadapi masalah nak selesaikan masalah dua orang ni.Tak boleh duduk dekat. Duduk jauh2 pun boleh jelir lidah lagi apatah lagi kalau duduk dekat.

Masa mak masing2 datang ambik pun boleh jelir lidah lagi tuh.

Kalau sorang dapat jawab soalan cikgu, sorang lagi akan buat muka menyampah, geli dsb.

Puncanya? Berebut kawan. "Nurin, friend with Lau Lee Shen, I don't like". 


Dua-dua nak buat empayar sendiri dalam kelas yang kecik tu. Ni kes bulan Januari dulu, tapi berlarutan sampai sekarang.

Sarah siap pesan kat ayah "Ayah, if Nurin want to talk to you, you go away ok".

Puas mama nasihatkan Sarah tak baik berebut2, gaduh2.


Recently, Sarah kata "Nurin always come near me, but I don't like". Esoknya Sarah kat macam ni pulak "I try to friend to Nurin, but she always angry".

So maybe now, kedua-dua cuba nak berbaik dah, tapi tak tau macam mana nak mula. Or siapa yang patut mulakan.

Sweet... (ke?)



Saturday, April 20, 2013

Maidless

Maid Ija dah balik pagi tadi.

Perancangan asal dia, balik for good, selamanya. Tak nak sambung kontrak dah.

Tapi lepas 3-4 kali nego, dia setuju untuk balik ke sini bulan September nanti.

Ayah belikan return tiket untuk dia balik ke sini nanti.

Adakah dia akan menepati janji? Wallahualam.

Dah sampai kat kampung dia nanti (7-8 lapan jam dari Surabaya), dah jumpa anak dan keluarga dia, mungkin dia terus tak nak balik sini dah. Nothing we can do about it if she decides like that.

For now AMS is maidless. Sarah especially, dah berapa kali menangis dah teringatkan maid, pengasuh, cikgu bahasa melayu (indonesia), defender (bila gaduh dengan Mna, Awish), kakak dan kawan Sarah. Kejap2 tanya 'bila kakak nak balik".


On the bright side, when AMS maidless, now is the time for AMS to basuh kasut sendiri, belajar basuh pinggan, baju, lipat baju, berkemas dan sebagainya, all by yourselves.


Tuesday, April 16, 2013

Sarah : Hari Ini Dalam Sejarah

Remember 'makhluk' ni? Inilah dia kanser yang hidup dalam abdomen Sarah. 2 tahun dulu perut Sarah dibelah untuk mengeluarkan 'kembar' Sarah ni.

http://cekpenayah.blogspot.com/2011/04/cancer-removal-surgery-brief-update.html


Parut yang tak kan hilang sampai bila-bila. Parut yang mengingatkan kita sekeluarga kebesaran dan keagungan Allah.


Ingat lagi ayah, masa Sarah kat ICU, pukul 4 pagi Sarah jerit "Ayah!!! I want you!!!!" Bergegar satu ICU tu.

Lepas operate Sarah jadi tembam. Itu takpe lagi...yg paling perit, lepas operate selama 2 bulan Sarah mengalami komplikasi (akibat kimoterapi) kerosakan usus, cirit birit tahap kronik. 

Macam mana risaunya ayah dan especially mama, Allah saja yang tahu.

Today...




Sunday, April 14, 2013

Rumah : Yang dikhuatiri jadi kenyataan

Bila atuk dah menetap di KL, dirumah pakcik2, makcik sedara dan sekali sekala dengan AMS, yang ayah paling khuatiri adalah rumah menjadi habuan anai-anai.

Dan Disember yang lepas, ianya menjadi kenyataan...














Fast action dari adik beradik ayah - hire Pest Control (with periodical check) berjaya mengawal keadaan dari bertambah teruk.