Wednesday, March 21, 2012

Cuti Sekolah 6 : Best Day Ever

Ayah nak bagi Awish, Mina dan Sarah merasa makan kat luar, alang2 weekend ke2 dan terakhir cuti sekolah. Satu lagi ayah nak bagi BIG SURPRISE!

Mula2 pegi ke PJ dulu ambik ayah punye barang. Lepas tu ayah bagi Awish, Mina dan Sarah BIG surprise! It's train ride time!! Awish lah yang paling excited!






Destinasi : KLCC. Makan time @ Nandos




Semua orang punya order dah sampai. Tapi Awish nye tak sampai lagi. So Awish 'pau' Mina punye sup

Akhirnya setelah ayah follow up, dan setelah waiter yang ambik order tadi mintak maaf sebab tertinggal Awish punya order, dan setelah follow up lagi sebab re-order tak gak sampai2, menu kepunyaan Awish tiba

Dan...Sarah pulak 'pau' Awish

Jalan2 kat KLCC. Mula2 plan mama dan ayah nak bagi Awish, Mina dan Sarah mandi kat water park KLCC. Tapi ayah kena balik before 5pm sebab nak ambik kereta. Lagi pun water park tu macam closed for maintenance je.

Berselisih - budak cakap orang putih dengan budak orang putih








Time balik - naik train lagi..

Happy sakan..




"Awish, dulu mama duduk kat sini. Ayah tunggu mama kat bawah tu"


Petang tu tetiba ayah dapat idea nak bawak Awish, Mina, Sarah jalan2 lagi sebab teringat ada Hot Air Baloon kat Putrajaya. Kat website kata ada fireworks pukul 8:30pm.

Mama dan ayah gamble je sebab confirm mesti banyak kereta. Plan - kalau ada tempat parking sesuai kita berenti. So, dah round+jam, mama dan ayah decided untuk berenti double parking tepi jalan tengok baloon dari jauh dan tunggu fireworks. Rezeki tuhan, tetiba kereta yang ada kat sebelah tu nak keluar. Memang cantik tempat parking tu.


Rezeki dari tuhan lagi, sesampai kat tempat belon2 tu, ngam2 timing untuk diorang penuhkan belon dengan hot air. So dapatlah duduk row depan.




Lautan manusia. Memang ramai manusia. MC malam tu kata ada dekat 200,000 orang. Macam tak caya je.



Tunggu punya tunggu firework tak keluar2. Masa tu dah dekat 9:30pm. Awish pun dah mengantuk (actually masa cari parking tadi Awish dah terlelap dah).

So, decided, give up with the fireworks. Balik ke kereta.

Sampai je kat kereta - BOOM!! Fireworks started. Dan kita dapat tengok view yang clear sambil duduk dalam aircond kat dalam kereta. Memang Allah permudahkan rezeki malam ni.








It was the BEST day ever bagi Awish, Mina dan Sarah!!





Tuesday, March 20, 2012

Cuti Sekolah 5 : Sarah demam tiba-tiba

Pagi sebelum mama bawak Mina jumpa dentist, Sarah ajak mama pegi IOI Mall, nak beli jaket purple katanya. Mama jawab tak boleh. Of course Sarah terus menangis, dan instantly mintak diletakkan towel basah kat kepala. Macam berlakon.

Bila mama balik dari dentist, mama tengok Sarah dah tak berbaju, towel basah masih kat kepala dan badan Sarah panas! About 38 kalau tak salah.

Dengan medical history Sarah, kalau Sarah demam, ayah dan mama cukup risau. Takut kalau2 itu adalah petanda something or rather some cell trigger. Nauzubillah min zalik.


Sepanjang petang dan malam Sarah lemah. At times temp naik ke 40 deg C.



Yang lagi susah bila Sarah demam adalah untuk bagi Sarah makan ubat. Memang kena paksa. Bila time nak makan ubat, kena pegang tangan dan kaki, tutup hidung etc nak suruh Sarah bukak mulut dan telan ubat tu.

Mama berjaga sepanjang malam menjaga Sarah.

Besoknya ayah pergi keja dengan hati yang risau.

Then, mama reply ayah punya SMS, tanya pasal Sarah - "She's up and running"

Tuhan je yang tau macam mana happy nye ayah baca SMS mama tu. Mama pulak pagi tu bila Sarah bangun dengan cergas, mama cukup relief.

Alhamdulillah. Nauzubillah min zalik.


CutiSekolah 4 : Gigi

Kat PD, kat swimming pool ada orang jual aiskrim. Walaupun dalam kesejukan berendam, Awish dan Mina nak makan aiskrim. So ayah bagi je lah.

Tengah makan aiskrim kon tetiba gigi Awish berdarah.

Gigi tu dah goyang, nak tercabut. Kalau dulu2 gigi nak tercabut ni Awish punyalah takut, mama dan ayah nak cabutkan gigi tu mesti dah menjerit dah.

Tapi kali ni Awish tak takut, instead Awish masuk dalam air, goyang2 gigi tu sampai tercabut! Dan dengan bangganya tunjuk kat mama dia dah cabut gigi tu.

Lepas tu mama bagi tisu untuk keringkan darah. Dan dengan selambanya Awish masuk ke swimming pool dengan tisu kat mulut.

* Sorry to other swimming pool users *


Actually sebelum pegi PD dan sebelum gigi Awish tercabut, gigi Mina pun dah goyang, nak tercabut. Ini first gigi susu yang nak tercabut. Mina sibuk ajak Mama pegi dentist, nak cabut gigi.

Akhirnya hari Khamis masa cuti sekolah, ie about a week after gigi tu goyang, it's Mina's first visit to the dentist.



Dan mungkin berbekalkan dan berinspirasikan keberanian Awish, Mina tak menangis pun masa gigi kena cabut. Kudos Mina!