Tuesday, October 11, 2011

Tetamu 2

Atuk datang tidur dirumah kali kedua. Kali ni Atuk tidur lama gak..dari hari Sabtu sampai hari Selasa.

Atuk Tampin


'ngeteh' dengan Mina...

...dan ayah

Dinner kat JM Briyani

The whole clan temankan atuk makan2 kat luar.

Pagi tadi masa tunggu atuk habis sembahyang untuk bersalaman sebelum Awish pegi sekolah dan ayah pegi kerja (tengahari Pak Angah datang ambik Atuk), ayah sayu mendengar suara atuk...

...Atuk yang tak macam dulu2.. Atuk yang masih terserlah kesedihan dengan pemergian Wan...Atuk yang makin uzur, berjalan kena bertongkat.

Atuk, jangan serik datang lagi ok. Awish, Mina dan Sarah dah tertanya2 Atuk mana. 
Atuk datanglah lagi tidur kat sini.




Sunday, October 9, 2011

Tetamu 1

Uncle = memancing
Makcik Mini = kerja
Baby sitter 1 = ada hal
Baby sitter 2 = ada hal
baby sitter 3 = ayah, mama, Awish, Mina, Sarah

Adib stay kat rumah semalam. Masa untuk ayah dan mama untuk membalas jasa. Dulu Awish (especially) dan Mina selalu Uncle dan Makcik Mini 'babysit'kan bila Sarah dan mama kat hospital.





Kenapa Awish tiada dalam gambar?

Kan Awish kena kuarantin buat latih tubi. Dengan berat hati Awish kena tahan nafsu nak main dengan Adib. Mama cuma bagi Awish main dengan Adib lewat petang - main badminton dekat taman, lebih kurang setengah jam.




Saturday, October 8, 2011

Latih Tubi

Tinggal 10 hari je lagi.

17/10/11 ujian akhir tahun Awish.

Ujian pertengahan tahun dulu berderet-deret B Awish. Sebab pelajaran Awish sedikit terabai masa tu - kesan dari tumpuan pada Sarah dan kanser MGCTnya.

Kalau keputusan ujian akhir tahun sama atau lagi teruk maka besar kemungkinan Awish akan turun kelas lagi tahap 3 nanti. Ke kelas yang cikgu2 tak bagi harapan tinggi. Kelas2 yang cikgu tak ambik port pun pasal budak2nya. So target Awish mesti dapat kembali ke kelas yang sama dengan kelas kawan2nya dari RealKids dulu (kawan2 dia semua kat kelas yang 'ngetop'). Paling tidak pun Awish stay kat kelas yang sekarang.

Jadi Awish kena buat latih tubi.

Kebetulan pulak semalam Awish bagitau mama cikgu suruh hantar 3 buku rampaian hari Isnin nanti. 3 buku ni tak pernah pun Awish buat kat rumah. Bila tanya selama ni Awish cakap cikgu tak suruh buat. Semalam Awish kata cikgu suruh hantar dengan semua latihannya disiapkan. S.E.M.U.A.!! Tak banyak...dalam 150 muka surat lebih kurang 'aje'.

Maka dari semalam Awish tak boleh keluar bilik. Dengan kelajuan Awish buat kerja sekolah (diselang seli buang air kecik setiap 15-30 min) memang sakit jiwa nak siapkan TIGA buku rampaian nih. Latih tubi lah Awish oii..


Awish cuma boleh keluar untuk makan, salam tetamu dan main dalam setengah jam sebelah petang. 

Tak lama Awish....21hb nanti Awish nak main ke nak tido ke ikut suka Awish lah..





Maafkan Ayah dan Mama, Sarah


Maafkan ayah dan mama sebab Sarah tak dapat jumpa Ashraf Muslim dan Dr Dayana.

Sepatutnya hari Khamis 6hb hari tu Sarah dah dapat jumpa dah pengantin baru ni. Tapi mama konpius dengan tarikh appointment yang mula2 dulu. Ayah pulak dok teringat nak tanya mama, tapi tak tertanya2. Sampailah maghrib 6hb tu barulah ayah teringat nak tanya. Dan mama pun cek appointment. Rupanya appointment pagi tu.

Jadi sekarang terpaksalah dapatkan appoinment baru. Kalau ikut pengalaman dulu, the next 3 months lah baru dapat date nak jumpa Ashraf Muslim dan Dr Dayana.

Tapi Sarah bukan patient Ashraf pun, Sarah patient Ustaz Hj Lokman, bapak Dr Dayana. 

Sekarang ni ayah dan mama kena terus amalkan Surah Al Noor dan Surah Yunus yang Ustaz Hj Lokman bagi dulu.

Maaf Sarah. Ayah dan mama akan teruskan doa untuk Sarah pulih sepenuhnya, untuk Sarah bertambah sihat dan kekal sihat, untuk hindar sel-sel kanser muncul kembali dalam hidup Sarah.


Wednesday, October 5, 2011

Model

Ada gaya model duduk tak?

Jangan tertipu dengan gambar ni. Pipi nampak tembam, tapi badan masih sekeping lagi. But improving.


Rambut pun dah boleh Ultraman (apalah maid aku nih..buat pesen ultraman kat anak dara ni pulak...dahlah Sarah asyik nengok cerita Ultraman Zero berulang-ulang)



Monday, October 3, 2011

Alhamdulillah

Hari ni Mina tak pegi sekolah. Tapi suhu badan Mina pun dah turun. Dah boleh main2, cergas sikit. Mulut pun dah banyak cakap dah. Takde lah terbaring je macam semalam.



Dah boleh bercucuk tanam

Alhamdulillah..



Sunday, October 2, 2011

Hope it's not Influenza.

Masa ayah sampai dari Bangkok tengah malam Jumaat (Sabtu pagi) Mina merengek nangis, mengadu dia tak larat nak berdiri. Mama kata dari siang badan Mina panas dan dia mengadu sakit tekak. Malam tu terus bagi ubat dan guna towel basah untuk sejukkan badan Mina. Tapi temperature normal pulak.

Pagi esoknya tak berubah, Mina masih sakit2 badan, suhu badan Mina pulak naik 40 degree!! Lepas klinik bukak, ayah terus bawak pegi klinik. Doktor kata lung clear cuma tonsil bengkak. Balik dari klinik Mina macam improve. Petang Mina boleh main basikal lagi.

Tapi lepas tu Mina teruk balik, lemah, badan panas balik. Bagi ubat tak jalan jugak..masih panas. Suruh dia tidur cepat dan tak berselimut dengan towel basah kat kepala. Awal pagi (3am +) tadi mama check panas tak kurang. Masuk ubat kat b*nt*t 2 biji.

Pukul 7 pagi ni tak kebah jugak demam Mina, temperature 39.6 degree. Mama bawak pegi klinik lagi. Doktor kata, mungkin INFLUENZA!!. Doktor bagi ubat lagi dan kalau tak ok Selasa nanti kena check darah.



Sepanjang hari ni Mina cuma terbaring depan TV, towel kat kepala. Kadang2 Mina mengadu matanya berair, sakit badan. Selera makan pun kurang. Cuma bubur dan KoKo Crunch.

Hopefully it's not Influenza.