Saturday, September 17, 2011

Gambar Ntahapahapantah

Ayah kemaruk nak ambik gambar 'model' tengah floating/kaki-tak-berpijak-dibumi.

Mina, diikuti Sarah dan Awish yang jadi 'mangsa'.

Hasilnya so-so je....

Cubaan pertama masa raya


Kat rumah, Sarah join the bot

Jump, and body turn

Awish pun nak try. Dahsyat...sekali try je dah jadi



Friday, September 16, 2011

Gambar Dolu dolu

Ayah dan mama buat 5S (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke) kat bilik bawah. Motif : nak clearkan bilik cum store tu supaya Atuk Tampin atau Maktuk Pontian boleh tidur kat situ.

Masa ayah buat Seiri CD yang berlambak2 ayah terjumpa CD gambar2 yang agak klasik bila di tengok balik.

Ni gambar2 dari Raya Aidilfitri 2005

Awish 2 yrs old

2005 Family photo 

Atuk dan Wan at Raya-satay party - so happen this was the last Raya-Satay party (kalau tak salah ayah)


Atuk, nampak sihat dan ceria (berbanding sekarang)

Wan - in loving memory

Penuh dapur

Mina @ around 2 months yg jadi tumpuan

Awish

Ayah, Pak Lang dan Atuk

Atuk tengah syok bercerita

Arwah Wan ...sihat

More old pix after this

Tuesday, September 13, 2011

Mamadanayah

Dulu....


Kini......


Fill in the blank.....

Kas Tu

Sebelum cuti raya hari tu Awish dah mintak dah. Ayah jawab dan janji lepas kita balik nanti.

So weekend hari tu ayah pun tunaikanlah janji ayah tu. Mina dan Sarah pun dapat keseronokan jugak.







Cars 2 lah..

Terbaek....





Sunday, September 11, 2011

'Wayar' di badan

'Wayar kat badan', chemoport, CVL, catether,...apa lagi. Tak kisah lah apa orang nak sebut, benda ni dah jadi sebahagian dari tubuh Sarah sejak Januari lagi. Sarah pun memang treat/accept ia sebahagian dari kepunyaan Sarah.

Dari sinilah system tubuh Sarah menerima ubat2 kimo, nutrien (masa severe dehydration hari tu) dsb. Dari sini jugaklah sampel darah boleh diambil atau hemoglobin, platlet boleh dibagi kepada Sarah. (Tapi UMMC tetap cucuk tangan ambik sampel darah). Nak kata lawak ke tak, tak tahu lah, tapi kalau nak senangkan paham, CVL ni macam USB port kat komputer lah.

Dan ia amatlah super sensitive kepada kekotoran, germ, kuman, bakteria dsb. Sebabnya 2 tiub ni direct ke saluran utama darah Sarah ie dekat dengan jantung. Kalau kena infection kat luar nampak je ok. Dah tua tiga hari barulah nampak kemerah-merahan. By that time mungkin dah bernanah kat entry port. Tulah yang jadi kat Sarah sekali dulu. Kalau takde treatment cepat memang merbahaya sebab dengan cepat kuman boleh merebak keseluruh badan.

Kuman, bakteria semua tu senang ada kalau ada lembapan.

Itu sebablah setiap kali mandi Sarah kena 'bungkus'. Setiap kali mandi. Diulangi, setiap kali mandi.

Notis tak kesan bedah dulu? Dah makin 'hilang'


Bungkusan dah siap. Sedia untuk mandi.

Sampai bila kena ada benda ni? Mama dan ayah ingatkan nak bukak hujung tahun ni tapi Prof Lin kata biarlah dia kat situ sehingga semua follow up habis atau pun (Prof Lin famous quote) 'Sarah pass the test of time'.

Baiklah Prof, you the doctor. We just follow your advice.

Yang kesiannya, Sarah, dengan adanya CVL ni Sarah tak boleh nak berendam kat swimming pool kat hotel, kat rumah dan kat mana2 sekalipun. Sebab itulah masa raya kat rumah Wak Amat hari tu Sarah sedih setiap kali tengok swimming dalam kebun sawit tu, bila cousin2 yang lain dan Awish berendam. Nasib baiklah masa tu Mina pun tak nak mandi. Kurang sikit terkilan Sarah tu.

Sabar ye Sarah (dan jugak mama dan ayah), 2-3 tahun je lagi.

Selain dari kena bungkus tu, CVL ni pun ada maintenance (clean, flush dsb). Ayah will tell about that later.




Thursday, September 8, 2011

Boboi Boy


Hari Ahad hari tu Sarah asyik dok main topi ayah. Sambil tu dia berangan jadi Boboi Boy.

Tengah nyanyi la ni.....Boboi Boy...Sarah pempuan la sayang. Kenalah jadi Yaya, bukannya Boboi Boy




Wednesday, September 7, 2011

Too Fast Forward

Detik : Tengahari Raya pertama ie 30hb Ogos 2011
Situasi : Ayah tengah memandu keluar dari perkuburan setelah menziarah kubur arwah Wan Zainun Abdullah; kubur ayah Wan, Abdullah b Talib; kubur atuk Wan, Tandir bin Akhir; dan kubur Makcik Wan, Keling bte Tandir; bersama Awish.


Ayah menunggu jalan lengang untuk membelok ke kanan bila tiba2 Awish yang masih syahdu melawat kubur2 tu tadi mula merepek.

Awish : Ayah, when I'm big and I have wife, I will have baby.
Ayah : (nak gelak ke nak marah ke nak pitam ni??)
Awish : If baby boy I want to name Mohd Khairul Fakhrul
Ayah : (nak gelak ke nak marah ke nak pitam ni?? Takleh nak decide lagi nih..) Err.. is that your friend  name?
Awish : No
Ayah : Then, where do you get the name?
Awish : I just put lah..
Ayah : (creative tak bertempat gak anak aku ni...nak gelak ke???)
Err.. Who is your wife?
(nak gelak sangat dah ni...macam manalah aku boleh bercerita dengan anak aku yang baru darjah 2, yang gosok gigi tak bersih ni hal2 macam ni)
Awish : Hmm...I cannot remember
Ayah : (Hah??!? cannot remember?? Biar betul??Anak aku ni kelahiran semula ke apa ni..reincarnation ke apa ni?? Ingatkan Awish nak sebut nama awex pujaan Awish kat sekolah, Alisha Fatiha, tapi tak pulak di sebut)
Awish : Eh ayah..if baby girl I want to name Atikah Nur Hushna
Ayah : (fuhh!!!...giler kreatif nama)
Awish : if second one boy, I want to name, Mohamad Fariz, if second one girl I want to name......(masa ni ayah tak dengar dah sebab jalan dah lengang dan ayah nak kena drive)

Awish, janganlah laju sangat CPU Awish tu. Take one step at a time ok. Sebelum Awish pikir pasal wife la, pasal anak la, pikir lah dulu exam hujung tahun yang dah dekat ni. Tak score kang turun lagi ke kelas yang kurang dapat perhatian masuk darjah 3 kang. Pikirlah pasal hujung tahun ni Awish nak disunatkan.
Tak payahlah fast forward sangat nak oi.

Ke Awish kena sampuk kat kubur ??