Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011 : Awish

Belang Awish terserlah, especially di Pontian. Buli Adib (both over 'charging' each other) ie tolak tarik terajang Adib. Sebab Adib kan kecik, so Awish bolehlah buat aksi2 Ultraman cum Karmen Rider cum etc etc Awish tu, biasanya Awish dok berangan sorang2.

Bila Adib dah balik, Awish bosan pulak. Maka untuk mengisi masa lapang Awish tingkatkan usaha untuk menyakat Sarah, sampai berkejaran Sarah lari kena kejar dengan Awish. Nasib baiklah ada laptop Kak Ija dan Abg Epi yang ada game Angry Bird tu untuk distract Awish.

Wak, Atuk dan yang lain2 semuanya perasan yang Awish mandi tak basah, tak gosok gigi, sembahyang tonggang tonggek, semuanya sebab nak cepat, laju sebab nak main. Bila makan pulak kejap2 tinggal, tak basuh tangan, mulut. ...And the list goes on....

Orang lain jamah breakfast, Awish jamah game

Dengan cousin yg lagi tua 2 tahun lebih

Dalam masjid...mengantuk


Awish macam berminat giler pergi ke kubur. Berkali2 suruh ayah carik kubur sedara mara yg lain

Dengan Adib (peacefull time)

Denagn Limah yang sebaya tapi jauh lebih berani dan petah bercakap


Masa malam yang paling ramai kanak2 tu masa diorang main bunga api, Awish bantai membuta lepas makan pukul 8 lebih. Awish tertinggal la fun time tu.

Next Entry : Siri Merapu dengan Awish

Sedutan : When I have baby....


Monday, September 5, 2011

Raya 2011 : Mina

Ayah kagum dengan anak dara sorang ni. Selalu bertolak ansur, tolong mama dan ayah, berdikari.

Infact Mina selalu mengalah kalau dengan Awish, contohnya dalam ketiadaan maid yang balik beraya kat Indon, ayah buat satu 'port' kat tempat duduk belakang kereta (in folded position). Sapa yang dok lat situ?? Mina..

Pegi dan balik kampung, atas toto merah yang berlipat tu lah port Mina. Tapi bagus nye kat sini boleh baring (dalam keadaan berlipat2 jugak la). Bungkusan baju nak dibasuh (dalam laundry bag kaler putih) jadi bantal.

Mina selalu layan main dengan Sarah, tak pun dengan cousin2, kat Tampin dengan Nadia, kat Pontian dengan Halimah dengan Adib.

dengan Nadia


Salam atuk (harap2 Mina salam bukan dengan objektif nak sampul tu je)


Sweet je Mina senyum kat depan tu kan. Tengok Awish kat sebelah tu. *sigh*

babysit Sarah sekejap

Dengan doll hadiah harijadi


Dengan Adib kat taman

Main pop pop dengan Halimah



layan ayah...jadi model ambik gambar yang ntahapaapantah


Itulah Mina, kalau takde nak kena layan sapa2 Mina buat hal sendiri, berdikari.

Tapi bila sekali Mina demand...prgghhhh...

Contohnya kat bawah ni



Sebab apa? Dalam panas/bahang kat kg, Mina nak aiskrim, ayah cakap ok. Tapi Mina demand nak sundae kon McDonald's. Manalah ayah nak cari McD kat Ayer Baloi, Mina oii...





Sunday, September 4, 2011

Raya 2011 : Sarah

Raya kali ni Sarah jadi tumpuan dan jadi topik perbualan, especially kat Pontian, sebab dah setahun tak balik Pontian. Last balik raya tahun lepas. Sebabnya lepas raya Mak Tok duduk kat KL around 6 bulan. Lepas tu dari Jan tahun ni Sarah dah sakit dah. So diam tak diam setahun dah tak balik.

Antara soalan2 yang popular..

Dah sihat belum?
Masih kimo lagi?
Macam mana tau kanser?
Kanser apa?
Dah operate belum?
Apa yang kat dada tu?
Bila boleh cabut?
Berapa kos perubatan?

Sarah memang special.


Last year Sarah was chubbier than Nadia, her 3 days younger cousin 

Menunggu waktu berbuka terakhir dalam bulan Ramadhan

Sapalah yang tak happy tengok Sarah senyum happy macam ni.. enjoying life..literally
Baju tu mama jahit sendiri

Ayah look old in this photo. ??

Sementara pakcik2 dan cousin2 menikmati juadah aidilfitri, Sarah main pop pop

Aksi kat rumah Makteh

Ready nak balik Pontian


Favourite past time kat Pontian...swing....

Malam pertama main bunga api, Sarah takut, sentiasa nak ayah pegang tangan
The morning after sate and sup tulang 


Sesi beraya di rumah2 Tok, adik beradik Mak Tok dan arwah Pak Tok

Malam kedua (raya ke 3) main bunga api, Sarah masih takut sikit

Sentiasa pegang tangan ayah

Tapi lama kelamaan, Sarah confident dan main dengan sendiri

Kat taman permainan depan rumah Wak Pah

Posing dengan baju Hard Rock Cafe ayah beli kat Jepang. "Ayah, take picture"

Macam ayah cakap tadi, favourite past time - main buai atau pun tidur dalam buai




Mina's 6th Birthday

30th August 2011. It's not only 1 Syawal, Hari Raya Aidilfitri, tapi it's Mina's 6th birthday. Special kan?

Mama dan ayah buat simple celebration kat Tampin, untuk menceriakan lagi birthday Mina. Lagipun Mina punye wish as birthday present adalah nak celeberate dengan kengkawan (mulia nye). Actually Mina nak kengkawan kat RealKids tapi sebab cuti sekolah cum raya so celeberate dengan cousin yang pelbagai umur pun jadi lah.


The best option yang dapat kat Tampin sebab kedai kek (halal) limited plus order last minute.


Senyum melebar happy sesangat. Cousin2 kat belakang tu dah ready nak nyanyi 

Sarah tak lupa nak enter frame..thanks tu Atuk yang birthday present (kat tangan kiri Mina tu)



Dah dapat game, lupa dunia sekeliling

Akhirnya, setelah mama dan ayah sorokkan toy yang besar ni selama seminggu, termasuk dalam longgokan barang2 dalam kereta kat sebelah seat Mina, ianya sampai ke tangan Mina 

Wardrobe set Barbie Doll (bukan original - tq to Nilai 3)


Lupa lak. Ni birthday present dari abang Muhsin - ponytail (?? apakah??)