Monday, April 4, 2011

Special Episode

Hari ni punya posting bukan pasal Sarah. Ada sebabnya..

In one of ayah punya posting sebelum ni ayah ada mention 'harap2 Mina tak terasa yang Mina tak cukup kasih sayang'. Sadly, yesterday, itu yang Mina cuba sampaikan.

Walaupun Mina tak cakap direct tapi 2 ayat ni, diselang selikan dengan tangisan yang teresak-esak, indirectly membawa maksud yang sama bagi ayah.
"I miss Mak Chek only. At home I sooo boring"

Ayah dan mama dan Sarah terus ke rumah Mak Chek lepas discharge dari SDMC. Sesampai, Mina takde ikut Mak Chek pegi kedai. Bila balik, Mina tak nak masuk jumpa ayah dan mama. Mina menangis duduk kat sofa kat luar rumah. Bila mama keluar dapatkan Mina, Mina menangis sekuat kuatnya sambil peluk Mak Chek dan tak nak lepaskan Mak Chek.


Bagi Mina, rumah Mak Chek is 'heaven'. Masa Mina di isolate kat situ masa chicken pox dulu, Mina dapat full attention dari Mak/Pak Chek dan kakak/abang2. So bila mama dan ayah datang, Mina tau yang Mina akan balik ke rumah, ke tempat di mana Mina tak diberi keutamaan. "Everything Sarah, Sarah, Sarah". 

Mina sangat rindukan mama, sangat rindukan attention dari mama. Buktinya...lukisan Mina kat bawah ni. Mina tak tau nak luahkan dengan kata2 tapi lukisan Mina menceritakan segalanya.


 Tapi Mina tahu yang Mina susah nak dapat attention dari mama bila di rumah. Itu sebabnya Mina sedih nak tinggalkan rumah Mak Chek.

After some time, mama dan Mak Chek berjaya pujuk Mina. Mama dan ayah bagi Mina habiskan masa lagi kat situ sementara tunggu makan tengahari, or rather sementara tunggu Sarah habis makan tengahari - dari 1:30 - 3:00pm dengan bermacam-macam demand dari Sarah. Itu pasal la mama spend banyak masa dengan Sarah dan menyebabkan Mina tak dapat perhatian. Just one example.

Tapi same thing happen lagi bila time balik. Mina mencurahkan airmata, tangisan teresak-esak. Sedih yang amat nak meninggalkan Jalan Kelubi, Seksyen 4. Tak boleh nak lepaskan Mak Chek dan Pak Chek selagi tak dapat pelukan dan pujukan dari keduanya.

"I miss Mak Chek only. At home I sooo boring" was what Mina said masa dalam kereta tak jauh dari rumah Mak Chek

Ayah sedih. Biasa bila kanak-kanak bercakap takde selindung-selindung. They talk their heart out. So, for Mina itu yang Mina rasa. At least pada masa tu, Ayah hope only pada masa tu.

Have to admit, for the past 2 months, Mina was given less attention. Same goes to Awish. Tapi Mina punya karakter suka diberikan perhatian, perlu orang fokus pada Mina. Awish pulak jenis yang tak suka orang fokus kat Awish. So Awish, maybe, tak kisah kena duduk Jalinan City, no big deal, tak kisah fokus more to Sarah etc. Tapi bagi Mina it's a big deal semua tu. Tambah pulak Mina pernah dipaksa/terpaksa berjauhan 10 hari sebab Mina kena chicken pox. It all added up to Mina's frustration yesterday.

Ayah will try my best to see and attend to your needs Mina.

Itulah sebabnya posting hari ni bukan pasal Sarah. Even bukan pasal Awish. Tapi pasal Mina. 

Sunday, April 3, 2011

Going back day

After 1 week at the hospital, today is the time to go home. Dr Lin can back, and remind to meet again for CT scan next Thursday; and to meet Prof Ramanujam next Saturday.
Tunggu discharge summary,tak sabar nak balik

Singgah rumah Mak Chek dulu, ambik Awish dan Mina. Memamng Sarah amazing kali ni, tak weak pun dan muntah jarang2.

Siap boleh melompat2 lagi kat trampoline. Lepas makan nasi banyaaaakkk. Dari 1.30pm sampai 3:00pm. Terror giler,,

 Siap boleh main kereta mainan..
Lepas tu main slide pulak, Masa ayah bawak ok je. Masa time mama bawak kat taman, muntah.

Harap2 Sarah punya healtj tak drop.

Aktiviti Hujung Minggu Awish dan Mina

Disebabkan Sarah tak boleh nak berjalan sangat, ayah dan mama pun normally bermalas malas je kat rumah bila hujung minggu. Awish dan Mina sure bosan kan. So, almost every weekend sekarang ni, Awish dan Mina akan menempel kat rumah cousin ke, colouring, berkemas (dipaksa berkemas), cousin sleep over ke etc.

Awish naik bot dgn Uncle dan Adib

Mina buat colouring

Sarah join

Satu lagi hasil kerja tangan Mina

Sleep over kat rumah Kak Lidia, Abg Adlan, Nadia. Siap dapat makan best2.

Sleepover kat Hospital - dapat jalan2 pegi Subang Parade

Family outing kat taman

Colouring lagi

Cousin Adib sleep over

Mandi sungai kat Langat dengan Uncle dan Adib

Sleep over kat rumah Adib

Balik kampung dengan Pak Uda, Mak Uda, Abg Haris

Tolong ayah berkemas

Untuk minggu ni, selepas minggu lepas last2 minute Mina tak jadi nak pegi, Awish dan Mina dua-dua sleep over kat rumah Mak Chek. Ada Abg Im, Abg Af, Abg Sen, Kak Sufiyah, Kak Cik, Athif, Faqeeh dan ramai......lagi.

Terima kasih dari ayah dan mama kat semua orang, Uncle & Makcik Mini, Mak Andak, Mak Chek, Pak Uda, sepupu2, dan semua orang2....kerana menceriakan hujung minggu Awish dan Mina.

Minggu depan... ada plan...tapi tak tau lagi

Day 6 of 4th Chemo

On the last day of chemo, Sarah muntah banyak.

Pagi muntah sampai kena dressing. Jadi dressing kena tukar, tapi Sarah resist, sampai mengamuk. Masa ayah sampai tengahari tengah bad mood lagi. Makan pun tak nak. So, ayah keluar dan belikan nasi ayam Chicken Rice Shop.

Alhamdulillah lepas tu Sarah makan, boleh kata banyak lah, Sambil main puzzle, sambil tengok CD, sambil tengok tv, Sarah makan, mama suapkan. Dahsyat anak ayah sorang ni. Empat aktiviti dalam satu masa.


Just before 5pm, chemo drugs yang last Mesna, abis. Maka tamatlah 4th chemo cycle. Tapi mama memang mintak stay satu malam lagi sebab nak drip air masuk kat Sarah. Kalau balik rumah, Sarah taknak/susah nak minum. Dr Lin tak kisah, even though blood test pagi tadi Dr cakap white blood count rendah 1.5 je.

Then Sarah marah. Sebabnya ayah nak balik. Ayah nak balik mandi, ambik baju, settlekan kedai mama le. Muncung giler mulut. 

Ayah : Ayah balik kejap ye?
Sarah : NO!!!

Tapi ayah balik jugak, no choice. Masa ayah tutup pintu bilik wad, ayah dengar Sarah jerit "I want father!!!".

Masa ayah datang balik, Sarah dah ok balik. Tapi masa maghrib Sarah muntah banyak. Nasi ayam siang tadi ada yang keluar lagi. Hmm...dah abis chemo baru muntah..Sarah cuba nak makan gak, tapi muntah lagi..

Finally Sarah giveup. Tapi bad mood. Sarah tau nanti boleh cuba lagi. 

For the time being layan CD Hi-5 dulu. Sampai tidur.

Friday, April 1, 2011

Terima Kasih Abdullah

Abdullah is the Saudi Arabian whom mama and ayah met at Daycare Chemo last Monday.

Hari Rabu ayah contact Abdullah, teacher at Saudi Arabia embassy yang dah 3 tahun duduk kat Malaysia, sebab Abdullah bersungguh2 nak membantu.

So Hari Khamis ayah jumpa Abdullah di daycare chemo, anaknya tengah kimoterapi untuk melawan Leukimia. Abdullah bagi air zam-zam satu botol, dan madu asli dari Yemen. Sangat mahal katanya madu tu.

Pagi-pagi campurkan sedikit madu tu dalam air zam-zam dalam cawan kecil dan minum. Doa dan insyaallah Allah akan sembuhkan kanser. Itu pesan Abdullah.

Walaupun ayah tak kenal Abdullah, jumpa dekat daycare chemo je tapi dia bagi semua ni dengan ikhlas. Tak mintak apa-apa balasan.

Terima kasih Abdullah. Dari lubuk hati ayah, terima kasih. Ayah akan doakan anak Abdullah berjaya dalam melawan penyakitnya.

Day 5 of 4th Chemo

Tghari ayah dapat call dari mama. Sarah menjerit menangis2 sebab dia nak tengok Wonderpets kat salah satu CD dia. Tapi nak tgk kena ada remote player. Player remote tertinggal kat rumah. Maka mengamuk2 la Sarah.

Tak lama lepas tu mama call lagi. Call dari Subang Parade. Rupanya Sarah paksa mama keluar pegi carik CD Wonderpets.  SpeedyVideo dah tutup.Mama pegi Parkson. Kat Parkson takde jual CD pulak so mama pegi ke Empire plak (ada Toys'R'us). Cari kat situ takde jugak. Mama patah balik ke Subang Prade. Jumpa kedai tapi CD Wonderpets takde.

So ayah bergegas balik, ambik remote dan hantar ke CDMC. Sampai SDMC orang azan Jumaat. So tak sempat nak makan walaupun lapar giler sampai kepala dah pening. Sempat makan cendol dengan rojak je. Sampai ke petang ayah nye migraine. Berkorban untuk Sarah...

Hari ni Sarah makan banyaaakkkk kata mama. Cergas je pulak tu. Alhamdulillah.

Tarik muncung sebab nak tengok gambar kat kamera. CD tu lah yang Sarah pau mama. Satu siang Sarah tak tido, main puzzle kat kaki dia tu berulang-ulang..

Anyway, ni explaination Dr Lin pasal plan untuk Sarah.
~ Hari Khamis 7/4/11 CT scan dgn blood test, don't expect AFP to be 0 katanya. Dia rasa kalau ikut CT scan yang dulu, akar tumor tak nampak, so maybe that's why AFP akan susah nak Zero
~ Hari Sabtu 9/4/11 pegi jumpa Prof Ramanuram kat UMMC bawak CT Scan result (rasanya Dr Lin akan jumpa sekali)
~ Minggu 11-15 April lepas tu, surgery untuk buang tumor kanser
~ 2 weeks after that, sambung chemo balik
~ Most probably, akar tumor or kanser tak dapat dibuang, so lepas tu kena radioterapi pulak.

All this timing is crucial according to Dr Lin sebab, kalau cepat sangat, maybe Sarah still weak due to the chemo. Kalau lambat sangat, akan bagi peluang kepada kanser.

Ayah jadi panik dan takut for Sarah.

Ini semuanya usaha. Doa dan tawakal selebihnya.

Darwish dan Baju Melayu : Bonus Episode

Sedutan dari bahagian lepas

"Yang tambah kesian/tragis lagi tu, Awish cakap lepas Kem Solat tu (nasib baik betul ada Kem Solat) ada budak cilok kasut dia. Salah ambik lah maksudnya. Dia terpaksa pakai kasut budak tu yang bersaiz besar."

Setelah ayah melakukan penyiasatan teliti terhadap kasut budak yang Awish terpaksa pakai tu, ayah membuat konklusi yang budak tu adalah....Awish.

Tak paham? Macam ni...

Kasut Awish sebenarnya tak kena cilok pun. Itu memang kasut Awish pun. Awish cuma terlupa yang dia pakai kasut tu.

Tak paham lagi? Macam ni...

Awish ada 2 pasang kasut, B first dan Diadora. Kenapa 2? Ini disebabkan kasut tu selalu kotor (biasalah budak lelaki), Awish sekolah pagi dan petang, lepas tu kalau kena hujan takkan nak pakai kasut kotor dan basah pulak kan.

So, pagi tu sebab kasut Awish kotor, ayah suruh Awish jangan pakai lagi kasut Diadora dan tukar ke B First.

Jadi, lepas kem solat tu mesti Awish lupa yang Awish pakai B First, dan dia carik kasut Diadora tu. Bila dia tak jumpa, so dia ingatkan kasut Diadora tu dah kena cilok. Yang ada cuma kasut B First Awish yang Awish ingatkan budak lain punya.

*sigh*

Awish..Awish..sabar yo lah ayah..