Saturday, March 26, 2011

Another Collection Drive

Yesterday, ayah dapat sms dari ex-staff yang transfer ke branch JB. Dia dapat tahu Sarah kena kanser melalui email.

Email?

Tak lama lepastu  ayah dapat satu email dari HQ member (yang ayah tak berapa rapat pun), memberi kata-kata semangat. Dia forward sekali email yang di hantar ke seluruh pelusuk company ayah satu Malaysia.


Syukur pada tuhan. Ramai yang perihatin.

Ayah tak tahu macam mana nak balas jasa diorang. Hanya Allah yang tahu.


Thursday, March 24, 2011

Sarah on the road to recovery

Bangun pagi2 mintak kek yg mama dan ayah dipaksa beli malam tadi. 
Skirt yang beli hari Isnin hari tu dipakai untuk hari ketiga.

Dah bangun pagi2 layan cd Hi5 

Ayah balik dari kerja, Sarah sambut kat pintu. "Ayah, I miss you!", Hati bapak manalah tak cair...

Tower building game

A second after this picture taken....badabummm...tower collapse

Sarah mintak nak makan macam2. Tapi tak semestinya habis. Kekadang belum siap nak serve food yang Sarah mintak, Sarah dah mintak benda lain..

Another three days before 4th chemo. 

Insyaallah.


Wednesday, March 23, 2011

Nasi Ayam Giant


Nilah kedai yang Sarah suka sangat ni. Hari ni dah hari ke empat berturut2 Sarah paksa mama dan ayah datang sini dan beli nasi ayam kat sini. Post chemo yg lepas2 pun Sarah sama.

"I wanna go Giant"...kalau dengar tu mama faham dah.

Biasanya Sarah nak tapau je. Isnin dan semalam, Sarah nak dok makan kat situ dan dah abis tu Sarah nak tapau jugak.

So Sarah akan dapat makan nasi ayam ni even breakfast.

Yang bagusnya, Sarah makan banyak....sampai bertenaga boleh main sepanjang hari, bergusti dengan Mina, mama dan Mina tido petang Sarah berjaga main..

Monday, March 21, 2011

You forget!!!

Hmmm.... sampai berkali kali mama dengan ayah kena marah dengan Sarah hari ni..

Hari ni follow up dengan Ustaz Lukman. Hari ni dugaan Allah amat besar kat situ, orang ramai, nombor lambat dipanggil dan kesudahannya empat jam menunggu.

Dalam masa empat jam tu, alhamdulillah Sarah tak meragam, sangat. Tapi beberapa kali dengan tiba-tiba dia teringat beberapa benda yang tak dibawak / ada masa tu.

Mula-mula Sarah punya 'cantek' iaitu pewarna kuku (yang baru dibeli semalam masa mama bawak Sarah dan Mina ke Giant sebab Sarah nak nasi ayam Giant. oh ye...malamnya pegi lagi beli nasi ayam tu). Dia marah mama sebab tak bawak / lupa bawak benda tu.

Lepas tu tiba-tiba pasal selipar. Hari ni Sarah pakai selipar Mina. (Actually bukan hari ni je. Selalu dah. Dan bukan selipar je yang Sarah 'pau' Mina. Panty pun Sarah pau Mina.) Tiba-tiba dia ungkitkan kenapa mama tak beli selipar untuk dia. Walhal semalam masa kat Giant mama nak belikan Sarah yang tak nak.
Lepas tu pasal nasi ayam Giant tu pulak.

Lepas tu pasal pen. Berleter lagi kenapa tak bawak pen.

Setiap satu Sarah akan cakap kat mama "Mother, you forget!!!"

So lepas abis kat Syifa' tu, dan habis kat Sunway MC untuk ayahnye appointment dengan ENT (nasib baik sempat sampai sebelum Doktor Koay balik), maka ke Giantlah. Untuk makan nasi ayam kat situ dan beli 'cantek'. Lepas tu Sarah cakap 'go home'. Maka baliklah ke rumah.

Sampai depan rumah, tiba2 Sarah marah "Mother you forget slipper!!!" berulang-ulang. Punyalah blame mama lupa. Padahal Sarah pun lupa jugak Takde dengar dah apa mama nak explain/pujuk. Aiyak..

Maka pegi lah ke Giant lagi. Belikan selipar tu. Pas tu tanya Sarah, apa lagi nak? Kang jangan forget lagi. Apa lagi dia pun mintak baju princess. Abis ayah kena pau hari ni.

Dah balik, masa makan, ready nak menari dengar lagu Dora. Skirt nilah yang baru dibeli tu. Terus pakai bila sampai rumah.

Berulang-ulang tengok Dora, sampai bergaduh dengan Awish yang nak tengok Kamen Rider.

Joget dengar lagu Dora.


Sunday, March 20, 2011

Impulsiveness

Ayah and mama think, that the chemo may have effect on Sarah neurons, causing her to have an increase impulsiveness. Kenapa mama dgn ayah fikir macam tu. Here's why.

Obsession to Jesco (ikut Sarah punya language) = Jusco = IOI Mall. To be more precise, Sarah nak pegi GSC.

For the 4th straight day, ayah, mama, Awish, Mina, Sarah bertandang kat sini. Tapi kali ni berpecah kepada 2. Ayah tunaikan janji pada Awish dan Mina untuk tengok Mars Need Mom.

dengan spek 3D. Ceritanya tak berapa best (bagi ayahlah)

Masa keluar rumah, Sarah kat atas. Memang kitorang plan nak keluar senyap2 tak nak Sarah tau. Kalau nak ikutkan hati memang nak bawak Sarah. Tapi takut dengan air borne nye penyakit. Tapi sebenarnya kalau Sarah ikut pun takpe sebab panggung tu kosong..adalah sepuluh orang kut masa show tu.

Bila Sarah perasan ayah takde, dia pun mulalah tanya mama, mana ayah, mana Mina, mana Awish. Mama telefon ayah, ayah cakap dengan Sarah "ayah pegi Darwish school". Sarah hangin, cakap dgn ayah "Why you go out?!". 

Sarah paksa mama keluar pegi sekolah Darwish, repeatedly..trick punya trick..last2 mama pun kena bawak Sarah ke GSC IOI Mall, beli popcorn, lagi. Nasib masa tu ayah, Awish dan Mina dalam panggung.

Ada yang tak kena dengan nasi lemak
Sebelum ke IOI mall tu, Sarah kerah mama ke kedai nasi lemak yang kitorang makan paginya. Masa pagi tu, Sarah sorang je 3 nasi lemak, sebab dia memanjang tak puas hati dengan nasi yang ada.

Mula-mula, pedas sangat (walaupun dah makan 2-3 sudu). Mama ambik yang baru. Terus dia cakap, salah!. Last2 beli yang bungkus bawak balik rumah. Sampai kat rumah, nasi tu pun tak kena jugak. So, that's why, kena pegi lagi kat kedai tu untuk beli nasi lemak lagi.


Jeso lagi...tiba-tiba aiskrim...tiba-tiba Giant pulak
Petangnya, Sarah sibuk nak ke Jesco lagi. Puaslah mama dan ayah cuba pujuk, esok baru pegi. Tapi Sarah macam radio rosak ulang benda yang sama "I wanna go Jesco NOW!". Last2 mama dan ayah mengaku kalah, oklah pegilah tayang muka kat GSC IOI Mall lagi. Tiba-tiba bila mama dah pakai tudung, Sarah cakap, "why you throw my air krim!" (referring to sundae kon McD yang dibeli masa kat IOI Mall yang dah cair) pun diulang berkali2. Mama bawak ke dapur, tunjuk airkrim kon yang memang ada kat rumah ni...tiba-tiba Sarah berulang2 kali pulak cakap "I wanna go Giant!".

So ke Giant lah mama dan ayah dengan Sarah. Mama lebih rela berulangkali ke Giant dari Jesco sebab, dekat, tak jem, parking free, tak ramai orang, nak jalan tak jauh..

Satu lagi contoh, Sarah, kalau di tanya apa2, the first and fast reaction ialah "NO!". Dan Sarah akan repeat NO.

Contoh lagi, semalam punya cerita pasal taknak makan supplement.

Could it be true the the chemo has effected Sarah's neuro? Not sure. Even if it's true, harap2 Sarah boleh recover back to normal.

Saturday, March 19, 2011

3L


Gambar ni memang tak clear. Sebabnya Sarah tengah 3L atau LLL - Lari, eLak, Lawan.

Semuanya gara-gara nak suruh dia minum supplement (XP180, TF). Dalam keadaan dia yang kurus, nampak tak bermaya tu, sebenarnya dia kuat. Ada tenaga tambahan lagi bila nak suruh makan supplement. 2-3 hari sebelum ni dia 'ok' je nak makan. Umpan dengan aiskrim dah ok. 

Tapi malam tadi, mungkin disebabkan bibik Maid Ija ada (memang dari kecik tempat dia 'mengadu' etc.) Sarah jadi persistent tak nak. Bila mama dekat, bawak supplement, dia lari. Kena kandang kat sudut bawah tangga, Sarah boleh elak dan lari ke dapur. Kena hadang kat pintu dapur, Sarah elak dan lari ke tangga, nak naik ke atas untuk ikut maid yang disuruh naik (sebagai trick nak suruh Sarah minum - "kalau nak naik atas dengan kakak, kena minum dulu"). Nasib baik ayah ada. So mama dengan ayah 'pagar' kan tangga tu. NO, NO, NO, Sarah tak give up punya, masih lawan lagi.

Pujuk lembut sudah, pujuk keras sudah, ugut sudah, ayah terpaksa pretend marah pulak. Nak suruh Sarah berlembut dan pegi kat mama. Walaupun berat hati, ayah buat jugaklah suara marah ayah, biarlah Sarah benci or tak suka ayah, tapi ayah cuma nak Sarah minum supplement tu dan sihat cepat dan sepenuhnya.

Finally (not immediately, semangat lawan masih tinggi) Sarah cave in to mama dan nak dukung. Tapi masih tak nak minum. Pujuk lagi sampailah dia nak minum. Itupun nak bibik yang suapkan.

*sigh* 

Semua ni jadi selepas mama, ayah, abang Awish, kakak Mina, ambikkan bibik dari kedai (3 hari kena paksa tidur kat kedai sebab batuk) seperti permintaan Sarah. Pegi ke IOI Mall, beli popcorn dari GSC untuk hari yang ketiga berturut2.

Sarah dah makan nasi banyak, susu close to post-3rd chemo punya amount, dan berjoget lagi banyak bila tengok Hi5. 

Dan tak lupa Sarah dah boleh buat 3L.

Sarah, ayah mintak maaf kalau ayah over reacting.

Thursday, March 17, 2011

Repeat

Permintaan hari ni; IOI Mall. Lagi sekali. Tapi kali ni pakai bahu kurung, tak pakai swimming suit dah.

Sarah nak makan (macam macam benda yang mama kena beli)....
Pop corn GSC IOI Mall. Semalam dah beli tak abis, hari ni Sarah mintak beli lagi.

Yee mee..mama ingatkan Sarah nak mamee (jangan makan rumah, makanlah snek mamee). Rupa-rupanya dia nak yee mee mentah je. Takde sup etc. Tak pernah pulak mama dan ayah ajar Sarah makan yee mee mentah ni.
Layan...

Bahulu

Kesemua makanan kat atas di beli, Sarah jamah sikit, lepas tu taknak dah.

Tapi Sarah hari ni makan nasi lebih banyak dari semalam. Susu pun dah mula nak, walaupun tak sebanyak dulu. Muntah pun..boleh kata takde dah, walaupun uwek uwek still cam ada.

Hasilnya...

Lewat petang dan malam Sarah dah nak main. Ajak (or is it paksa??) Mina main jigsaw puzzle sama2 dan nak menari bila tengok CD Hi-5 yang dah berapa puluh kali tengok dah.

Alhamdulillah.