Saturday, February 12, 2011

Postponement. Or not?

Ayah : Hello
SDMC : Selamat pagi. Saya buat panggilan dari SDMC. Boleh bercakap dengan En. Mohd Affendi?
Ayah : Ya saya bercakap.
SDMC : Encik ni bapa Dhia Maisarah kan?
Ayah : Ya ya (apahal lak ni, suspen ni)
SDMC : Encik, Dhia Maisarah ada appointment kimoterapi pada 16hb kan. Tapi kita punya Day Care center penuh jadi kita mungkin kena tangguh appointment encik ke 17hb. Boleh ke encik?
Ayah : 17hb? Oklah. (boleh Ke aku cakap tak boleh?)
SDMC : Ok ye encik. Please tell your wife ye.
Ayah : Alright.
SDMC : Ok encik, appointment encik reschedule to 17, kalau ada bilik kosong nanti kita call pagi2 16hb. Ok encik.
Ayah : Ok (dalam ke'blur'an)
SDMC : Terima kasih encik.
Ayah : Terima kasih (masih blur, apa maksud 'call pagi2 16hb' tu? So appointment 16 ke 17 ni?

Blur like sotong. Banyak sangat benda nak pikir, Sarah kimo, Mina kena sisih, kena pegi Bangkok, report itu ini...

Ayah kena handle one thing at a time. Ayah akan bertahan untuk AMS..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, February 10, 2011

Mina & Sarah Lagi

Mina nangis malam tadi. Tunggu tunggu ayah tak datang.


Inilah aktiviti Mina kat rumah Mak Chek.





Sarah kat rumah makin banyak makan, lbh kurang 70-80% dari amaun sblm dia tak nak makan dulu. Cergas, ceria dan talkative pun dekat nak sama macam dulu kecuali bila disuruh minum TF dan XP180.
Dan sepanjang hari Sarah tanya mana Mina, terutama masa nak makan, sebab biasanya diorang makan sama sama.

Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, February 9, 2011

Mina & Sarah

25+km apart. Ini hari ke 2 Mina di isolate dari Sarah. Definitely both Mina and Sarah missed each other a lot.
Masa ayah pegi tengok Mina kat rumah Mak Chek, Mina suruh ayah call mama. Lepas mama jawab phone, bila Sarah dengar suara Mina, Sarah jerit "Mina!". Lepas tu mama dan ayah bagi diorang lepas rindu over the phone.
Mama bagitau sepanjang hari, Sarah, yang dah makin cergas sampai boleh main dan dancing, asyik2 tanya "Why Mina Makchek house?".
Malam pulak sambil duduk manja sebelah ayah kat sofa, bila ayah scroll gambar Mina, Sarah akan excited giler sambil jerit "Mina!!"

Air dicincang takkan putus.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Ceria dan Cergas

Selepas a bit down paginya sebab rambut kena potong, Sarah recover dengan makan dan minum dgn banyak.
Maka malamnya Sarah cergas, sambil tengok CD Hi-5, Sarah menari.








Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Rambut : Part 2

Disebabkan rambut Sarah dah mula gugur dengan sendiri, untuk senang menjaga, mama terpaksa gunting rambut Sarah.
Hilanglah rambut Sarah yang curled kat hujung, yang menjadi kegemaran pakcik pakcik Sarah.



Published with Blogger-droid v1.6.5

Chicken Pox!

Mina bangun pagi mengadu sakit kepala. Ayah suspek mesti pening kepala ni. Badan tak panas. Lain macam je ni. Takut something yang boleh berjangkit kat Sarah yang tgh lemah immun sistem.
Ayah bagitau mama kalau tghari Mina tak baik lagi, bagitau ayah.
Tghari mama telefon ayah, dengan nada panik mama bagitau Mina kena chicken pox!
Habis meeting, ayah terus balik. Dalam kereta pikir macam mana nak isolate or kuarantin Mina dari Sarah. Terpaksa mintak tolong Mak Chek lagi kut. Ayah call Mak Chek, dia cakap ok.

So lepas bawak Mina pegi klinik, ayah bawak Mina ke rumah Mak Chek dengan bekalan baju untuk beberapa hari.

Mina ok je, tak nangis, sebab bagi Mina dia seronok dapat jumpa dengan Kak Sufiyah.

Tapi bagi ayah rasa.. Macam kejam ada, buntu ada, sedih ada, etc, sebab tak jaga Mina masa sakit, pisahkan Mina dari famili...

So sori Mina, bukan mama dan ayah tak sayang Mina, tapi mama & ayah tengah mencuba yang terbaik untuk adik Mina,Sarah.


Published with Blogger-droid v1.6.5

Monday, February 7, 2011

Rambut

Hari ni rambut Sarah yang naturally curled kat hujung tu, mula gugur, chemotheraphy drugs side effect.