Sunday, February 6, 2011

Sarah : Dulu dan Kini

Dulu...
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010

December 2010

Early January 2011

23rd Jan 2011

29th Jan 2011

Now

The pictures are self explanatory especially when compared month to month. 
Kalau bukak baju, lagilah, alahai, kurus je anak ayah sekarang. Takde lemakdah..Tak sanggup ayah nak tengok. Apatah lagi nak ambik gambar.

Get well soon...

When Ermina Met Alisya


Ermina d.o.b  : 30.08.2005
Alisya d.o.b   : 29.08.2005
Only 1 day difference.

Yesterday they met, after 4 years. And they ran havoc at Darwish's room. Play as much toys as possible in less than an hour.

When it's time to say goodbye, Alisya, sour faced, almost shed tears, while waving goodbye to the long faced, speechless and sad Ermina. 

Luckily for Ermina, a superhero came to the 'rescue'. Within split seconds, Ermina speechless and sad moment turn into screaming and tearfull. No thanks to the teasing and provoking from...BATMAN!! (a by-product of Ermina and Alisya's 1 hour quest for toys in Darwish's room).

this Batman is 'tough', especially at the tummy area..

Friday, February 4, 2011

'Ceria'

Hari ni muka Sarah masa pagi nampak segar dan dia nampak sikit bertenaga. Sebab malam semalam dia berjaya minum susu dan makan nasi.

Tghari dan malam Sarah dapat makan nasi, bersaing dengan kakak Mina.

Dan mood Sarah pun baik sikit hari ni. Kekadang dia cari Mina dan Sarah nak buat benda sama sama, sambil baring depan tv. Walau macam mana pun ayah masih kena marah bila ayah panggil atau pandang Sarah.


Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, February 3, 2011

Susu

Semalam ayah ke SDMC untuk ambil Discharge Summary dan Time Slip yang ayah lupa mintak hari tu.

Staff nurse yang dalam bilik keluar bila tau ayah kat luar sebab nak tanya Sarah nye update. So ayah pun share lah Sarah masih belum nak minum susu, makan nasi etc. Dia bagi idea, susu tu campur kan dengan aiskrim.

Ayah pun telefon mama bagitau idea tu. Tak lama lepas tu mama bagitau, Sarah nak makan aiskrim sampai tiga kali repeat. Tapi susu Pediasure coklat tu langsung dia tak nak. Dia cuma makan aiskrim vanilla je. *sigh*

Tapi mama dapat idea, untuk tukar Pediasure coklat tu ke Pediasure vanilla.

Petang ayah balik tengok-tengok mama extend lagi idea tu jadi ice cube Pediasure vanilla + aiskrim vanilla.


Harap harap Sarah nak minum/makan ice cube Pediasure Vanilla mixed with aiskrim vanilla ni.

*Update 3/2/2011

Alhamdulillah berkat doa, Sarah dah mula boleh minum susu chocolate Pediasure. Last night dia minum dalam 5 oz fl. Ni baru je kejap tadi dia minum another 2 oz fl.

Minuman lain yang Sarah nak Chrysantemum tea. Tapi mama campurkan air yang Ustaz Lokman bekalkan hari tu. 

Alhamdulillah syukur. Moga selera dan tekak Sarah dapat kembali normal supaya dapat Sarah mengumpul tenaga untuk chemotheraphy seterusnya.

Wednesday, February 2, 2011

Perang Dingin Darwish

Awish bertengkar dengan Adlan, kawan dia kat taman ni.
Awish bagitau mama Adlan cakap 'bad words' kat dia. Tapi Awish tak dapat nak sebut perkataan tu sebab dalam bahasa melayu. Baguslah Awish tak tau. Tak rugi apa pun.
Awish taknak kawan Adlan dan Adlan dilarang datang kerumah. Awish siap tampal notis lagi kat pintu rumah.





Memang ayah dan mama dah melarang Adlan tu bertandang kerumah, memandangkan Sarah dah sakit ni.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Lawan

Semalam, Sarah, mama dan ayah teruskan perjuangan melawan kanser.

Pagi Sarah dan mama ke Syifa' Al Hidayah di Gombak. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan mama ke sana. Ustaz Lokman bagi surah untuk diamalkan dan air untuk diminum.

Kesihatan Sarah - dia kerap mengadu sakit perut. Cirit birit. Hopefully nothing to be concerned of. Lawan Sarah lawan sakit tu.

Sebut pasal lawan, memang Sarah kuat melawan. Dalam lemah kurang makan dan effect ubat, episod makan antibiotik adalah episod yang sgt2 bagi mama dan ayah. Sarah akan lawan, lari, luah, ludah habis-habisan. Itulah Sarah, her fighting spirit is very2 strong.

Gambar Sarah ni selepas Sarah penat melawan mama dan ayah yang nak bagi ubat.

Published with Blogger-droid v1.6.5

Tuesday, February 1, 2011

31 Jan 2011

Alhamdulillah Sarah dah boleh makan, walaupun cuma sesudu dua, tghari dan mlm. At least dapat memberi tenaga untuk Sarah. Minum minumannya kegemarannya, sirap, teh o, dan chrysantemum tea pun ok. Masih ada uwek uwek nak muntah tapi dia berjaya menahan.

Yang Sarah masih belum nak - susu. Sebab mungkin dia belum biasa dengan rasa Pediasure. Sebelum ni Dutch Lady.

Lagi satu Sarah belum nak makan ubat. Mama terpaksa bungkus Sarah dgn towel dan dengan bantuan maid Ija paksa Sarah telan ubat. Malam tadi meraung raung, menjerit jerit Sarah melawan suapan ubat. Sampai merajuk Sarah dengan mama. Sorry Sarah, it's for your own good.

Transfer factor dah dapat. Thank you to Maktam. Not sure yet how Sarah going to accept it.

Insyaallah pagi ni Syifa' Al Hidayah. Terima kasih Azmi.

INSYAALLAH..
Published with Blogger-droid v1.6.5