Saturday, September 25, 2010

Awish di pagi raya

Awish puasa penuh (cuma curik minum 3-4 teguk air 1 Ramadhan dulu). Ayah dan mama bangga dgn Awish.
Kali ni raya Awish memang cukup bererti dan excited. Sebabnya dia tahu tak kena puasa lagi. Dah boleh makan dan minum waktu siang.
Lagi excited lagi pagi raya hujan pulak. Apa lagi ...MANDI!!!!




Esok hari raya..

Semenjak Awish sekolah, penggunaan bahasa malaysia Awish dan Mina tak secara langsung makin bertambah baik. Jadi tak 'alien' sangatlah diorang kat kampung sekarang.
Diorang main dengan sepuas-puas dengan sepupu kat kampung, Halimah. Siap ayah tinggalkan diorang 3 orang kat rumah Wak Amad lagi, main kucing, tolong Kak Niza buat kuih.
Sarah- walaupun maid, Kak Ija, tak ikut, (tinggal jaga kedai, tidur kat kedai, tapi time raya balik  rumah tekong dia la) dia ada Kak Ija lain kat kampung yang menjadi mangsa Sarah. Jadi tukang dukung, tukang mandi. Demand betul anak ayah sorang ni. Kalau Ija takde, Seha jadi mangsa.
Tapi actually most of the time, Sarah main dengan abang, kakak dan Limah.
Ketiga-tiga Awish, Mina dan Sarah pun seronok main dengan Adib, sepupu lagi sorang, anak Makcik Mini dg uncle.
Selain main macam macam benda boleh buat kat kampung.


  

Tapi sian Maktok. Sebab stroke, dia tak boleh nak sikat rambut, ikat kain. Cuma, sekurang-kurangnya dia dah boleh bangun, duduk, pegi bilik air sendiri walaupun bertongkat. Maktok kena kuat semangat ye.

Wednesday, September 8, 2010

Balik Kampung

Hohohoo balik kampung...hohohoo balik kampung

Unexpectedly, balik kampung on the 8th Sept 2010. Not on the 9th as plan. Sebab Maktok sakit kena stroke. 

Raya ke?

Monday, September 6, 2010

Kerahan Tenaga / Buruh Paksa / Quality Time Sesi 2


  

Kerahan Tenaga / Buruh Paksa / Quality Time

Ingat tak gambar ni?
Dari entry bulan Ogos ni

Since raya dah nak dekat so, artwork Sarah tu kenalah dilupuskan. Awish, Mina dan Sarah memang suka sangat aktiviti ni. Diorang sendiri yang volunteer.



Thanks kids. Ayah and mama love you.


Ops Sikap 2010

Seorang ayah dan 2 orang anaknya telah menemui kemalangan ketika pulang dari PARAM (Pasar Ramadhan la). Ayah tersebut didapati telah cuba meniru aksi dari cerita GENG Upin dan Ipin.

Muthu dan sapi. 

Selepas scene di atas, Muthu telah naik atas sapi dan menjerit 'Sapi GO!!!!'. Macam Valentino Rossi Sapi lari.

Tetapi ayah terbabit adalah 'Sapi' yang ni lain sikit. Dia ni Sapi tua. Beliau bertindak menjadi Sapi sebagai memenuhi hajat dan hasrat anak daranya yang paling kecil (tapi kerenah tak padan dengan umur dan saiz badan). Slow slow je sapi tua ni jalan. Bila laju sikit terus berlaku kemalangan yang tak diingini. 

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh seorang jurugambar profesional.



Setelah statement dari anak dara kecil tersebut diambil oleh pegawai yang jugak jurugambar profesional tadi, ayah tersebut telah didapati bersalah kerana menjadi Sapi secara merbahaya. 
Berikut adalah statement mangsa.
Pegawai@jurugambar : Sapa buat, sapa buat?
Anak dara kecil : Ayah (sambil menunjuk kepada tertuduh)

Ayah terbabit telah dihukum untuk menjadi sapi lagi bila diperlukan.

Sekian. Laporan Ops Sikap 2010.


Wednesday, September 1, 2010

Mina's Birthday present

Mina got a birthday present.

But not from ayah dan mama.

But from Mak Andak. Delivered at our doorstep 31st August 2010. Kesian Mak Andak..kitorang takde kat rumah masa Mak Andak sampai. Mama dan ayah pegi shopping sakan. Awish, Mina dan Sarah kena tinggal kat kedai.


Thanks Mak Andak!! Really appreciate it.