Monday, August 30, 2010

Happy 5th Birthday Ermina Yasmin

Today 30 August 2010 is Mina birthday. She turn 5 today. Sekejap je Princess ni dah besar.
Kebetulan hari ni REAL Kids buat sambutan Hari 1Malaysia dan meminta semua kanak-kanak memakai pakaian tradisional, so Mina pakai baju kurung warna oren, which is baju raya tahun lepas.

Semalam mama dah siapkan 25 bungkus Princess party pack untuk kawan-kawan Mina di Pre2-Bluebell. Kali ni Mina taknak kek sebab puasa (padahal ko tak puasa pun). Lagipun hari tu birthday ayah Mina yg mintak kek kan, dan seminggu baru kita boleh habiskan.


Masa mama ambil Mina pukul 11.30, dengan bawak bakul kosong, Mina jalan dengan muka gembira. Senyum sikit punya lebar....mesti Mina happy kan, dapat distribute party pack untuk kenkawan.


Happy 5th Birthday Princess Ermina Yasmin.


Moga Mina jadi anak yg bijak, dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah dan tidak lupa mama ayah bila dah besar nanti ye. Mama takde nak mintak apa pun, cuma kalu boleh Mama dan Ayah nak mintak Mina jadi Doktor and belanja Mama Ayah gi vacation kat MAURITIUS JEEEE!!!








Sunday, August 29, 2010

Confession of A Shopaholic

My name is Sarah.

I have an addiction. An addiction for shopping. Dress, pants, jeans, shoes. All I love.

I don't care what other people say. What important for me is finding the right shoes, right pattern, right size, right colour, everything must be right. Even though I look like I'm a 'people-not-right' (orang tak betul).



Awish dan Lagu Raya

Ayah dan Mama bangga dengan Awish. Tahun ni Awish puasa sepanjang hari. Cuma first day je tak tahan. Curik minum air. Adalah dalam seteguk dua kut. Tapi selepas tu Awish selamba je. Tak kisah pun tengok Mina dan Sarah makan. Bangun sahu pun tak ada masalah sangat. Masalah masa sahur cuma tak selera makan je. Masalah tu Mama dan ayah pun sama.

So tahun ni ayah tak kisah kalau Awish nak dengar lagu raya puas2. Memang layak Awish raya sakan tahun ni. Lagu favourite Awish lagu Saloma - Aidilfitri.



Infact Awish dapat bergambar dengan penyanyi lagu kegemaran dia.

Monday, August 23, 2010

Seni

That day, ayah bawak Awish dan Mina ke Giant untuk basuh kereta dan at the same time untuk bagi kedua2 main kat 'Dinasour' playground. Mana tau Dinasour Giant Kinrara tu dah tak ada. Maka Awish dapat satu idea.."how about art time?" kata Awish. Ayah pun bagilah Awish dan Mina berkreatif kat Art Class tu.

Hasilnya kat bawah ni.
Yang ni Awish punya
Ni Mina punya.


Yang ni Sarah nye seni.. 
Cinta ku 100%...ik ah ika ah!!

Sunday, August 22, 2010

Sarah yang Rajin

Bersungguh Sarah mintak ayah dan mama bantu dia untuk membuat kerja kerja dapur.????

Kupas rambutan masuk dalam bekas plastik.

Yang kena kupas ayah dan mama.
Sarah punya peranan keluarkan buah dari kulit dan susun dalam bekas plastik secantik yang boleh.


Kampung

Since Awish puasa so ayah carik something yang biasa tapi can be interesting for Awish di kampung. Sebab biasanya dia akan berlari ke sana dan kesini di laman yang luas tu.

Atuk

Kg Repah, selepas jam 10mlm.
Awish dah tido (cuma tak nyenyak je lagi).
Mina dan Sarah masih berlari kesana berlari kesini. Wan suruh tidur diorang tak layan.
Ayah dapat paksa diorang baring kat katil. Tapi kat situ pulak diorang bermain, buat bising dan tergelak terkikih kikih.

Atuk : "Heh! tido eh.. puko berapo dah ni"

Reaksi Mina dan Sarah? Tak layan.

Atuk terpaksa menggunakan cara klasiknya yang dah berjaya dengan cucu cucu dan cicit cicit sebelumnya.

Tingkap cermin dapur dia bukak. Lepas tu lakonan atuk pun bermula..(dialog lakonan seorang dibawah perlu dibaca dengan separa teriak dan dalam slang India) (ke Cina?)
Hei! itu budak belum tido lagi la!
Yaa!! dia dua dua belum tido lagi!!
Lu balik dulu la..
Nanti dia sudah tido lu datang lagi laa!!

Atuk : "Hah! Atuk dah suruh dia balik dah! Tido! Tido! Kang dia datang lagi kang"

Reaksi Mina dan Sarah? Diam. Bersedia untuk tidur.

Atuk..ohhh...atuk. Memang dahsyat atuk punya lakonan.

Kenapa slang India? atau Cina? Entahlah. Hanya atuk saja yang tau.