Thursday, June 24, 2010

Balik Kampung = A Famosa Fun Trip

12 Jun 2010.
Atok dan uwan singgah umah lepas pergi kenduri kawin kat Putrajaya.

Sebelum tu, Ayah balik Tampin 11/6 malam. Then esoknya bawak atok uwan gi kenduri tu. Lepas kenduri singgah rumah sebab nak bawak kami semua balik Tampin dah alang2 hantar atok uwan balik.

Initial plan nak bawak kids cuti di Tambun cancel sebab sian ayah kena travel banyak sangat pulak. So mama and ayah decide bawak gi A Famosa je lah. Senang dan jimat duhet sebab takyah duduk hotel kan ;P.

Durian dah gugur. Kecik2 je durian kali ni. Lebih kurang saiz kepala Sarah je hehe.

Sarah poyo kan. Macam beriya makan, padahal jilat2 jek pastu pas kat mama...eiiii..notti notti!

Awish pun jilat sekali je. Mina langsung tak mau rasa pun.


Esoknya hari Ahad. Pukul 9.30 gerak ke A famosa. Before 10am dah masuk berendam dalam tu.

First tuju yg playground ni.



Lepas tu ada la round kat river surrounding water park ni. Ayah n awish round 3 kali kot. Mama mina n sarah sekali je.

Then awish keep on diving kat the biggest pool yg berombak tu. At one point ada orang ingat dia lemas sbb nampak macam terkapai-kapai. Sebenarnya tak. Awish enjoy sangat kat sini. Puas hati sebab dulu2 awish mesti nak berkepit je dgn mama or ayah bila dalam air. Now awish dah berani dan tau jaga diri.....bravo !


Model takde gigi =P

Mina tolong selamatkan mama n sarah.

Sarah tertido di lambung ombak. Sedap jek dia. Mama yg sakit2 badan tau.

Pukul 3.30 baru le keluar dari water park. Makan aiskrim sambil tunggu ayah simpan baju2 basah tadi dalam kereta. Lepas ni nak masuk Safari pulak.



Bergambar bersama burung kakak tua.

Dalam safari truck. Before masuk ni ada elephant show, but awish takmau tunggu. Takpelah next time aje. Lagipun by 5pm safari tutup so takut miss pulak since tiket dah beli.

Semua seronok sebab banyak jugak binatang kat sini. Sarah pun behave sangat. Good girl sarah!








Lepas the truck ride, kami semua jalan kaki pulak. Best sbb Awish Mina n Sarah happy.

Enjoy the pictures!















Aktiviti Cuti Sekolah 2 - Ermina Fun Camp

Mina join REAL Kids Fun Camp tahun ni. First day camp on 7 Jun 2010, mama risau Mina tak tahan. Selalu kindy from 8am to 11.30am je. Fun Camp ni dari 8am till 4pm. Tahan ke budak manja suka nangis ni??

So bila balik from her first day tu Mina cakap dia happy and have fun...lega mama dengar.

Esoknya ada trip ke Denai Alam Recreation & Riding Club (DARC). Mama pun tak sure apa aktiviti kat sini. Masa nak pick up dia from kindy petang tu, bas pun memang baru sampai. Mama gerenti Mina happy ni, sebab bukan setakat kuda je ni, dapat naik bas tu!

It's a big thing for her dapat naik bas!

Senyum sampai telinga turun dari bas.


Eleh..malu-malu konon


Mama snap gambar ni sebab teacher bg hard copy je. Macam takut je Mina naik kuda.


Dapat bagi makan kuda.


Garfield ni aktiviti hari ke-3.
Excited bawak balik tunjuk kat mama.
Garfield ni sekarang dah jadi penduduk tetap dalam fridge..huhu


Ni hasil dari hari ke-4. Cuba teka apa binatang ini?
Ianya sebuah tabung tapi bontot takde penutup, maka dia salu berak coins...=P

Monday, June 7, 2010

Cuti Sekolah

Aktiviti Cuti Sekolah 1


Gigi 2

Gigi kacip Awish dah lama goyang. Rasanya dah dekat sebulan. Semenjak minggu lepas macam dah dah boleh cabut. Berkali ayah dan mama encourage dan memberanikan Awish untuk cabut gigi dia tu. Kalau tak gigi kekal nanti keluar berlapis.

Semalam masa dia breakfast Awish mengadu dia susah nak makan sebab gigi tu goyang sangat. Kat food court tu jugaklah mama dan ayah cuba untuk mencabut tapi disebabkan jeritan takut Awish macam ter'over' kuat, operasi dihentikan.

Balik breakfast, masa Awish mandi mama cuba lagi. Tapi gagal sebab rontaan dan tangisan semakin kuat. Maka ayah hulurkan bantuan pegang Awish dan mama akhirnya berjaya mencabut gigi Awish yang sebanarnya tinggal dipegang oleh gusi je tu.

Mama = Doktor Gigi.

Tapi Awish menjerit menangis bergema satu rumah. "Why you take out my teeth" sambil menangis dengan mulut penuh darah. Jenuh jugak nak pujuk.


Sorry Darwish. It's for your own good.

Tentang Sarah


Sarah paling beruntung antara 3 orang. Keluar2 dunia ada abang dan kakak untuk bermain bersama. Ada maid yang memanja (terlebih sudah) dan jadi tempat mengadu kalau kena buli oleh abang dan kakak (dan jugak ayah dan mama). Dari abang dan kakak (dan maid) Sarah belajar bercakap -

what you doing? what that? where you going?

Apa ntah lagi dalam pelat 2 1/2 tahun dia tu.

Tapi Sarah pun ada karakter sendiri. Paling ketara bab pilih baju selepas baju merangkap melaram. Tak kira mana baju yang ayah, mama atau maid pilih mesti tak puas hati punyalah. Biasanya nak pilih baju yang cantik2 aja. Hatta kekadang pegi taman pakai baju kurung. Pegi kenduri pakai baju pegi taman.
Ini masa kenduri bertunang sepupu Sarah semalam. Makcik2 semua sopan. Sarah? Seluar jeans dgn baju short sleeve Billabong (dari Phuket). Sebelum pegi mama dah pilih baju yang sopan. Lepas tu dia tak puas hati. Diusungnya baju tu ke atas, kat bilik dia cari baju yang cantik. 20 MINIT TAK BOLEH BUAT KEPUTUSAN LAGI!! Last2 hasilnya sambil menangis2 kena paksa, baju Billabong lah pilihan hati untuk pegi kenduri. Sabar je lah.

Sekarang ni Sarah perasan jadi baby. Sikit sikit bahasakan diri dia baby (maid yang ajar ni aku rasa). Dah 'tua bangka' nak naik walker.

Kalau bab nak posing depan kamera tak mau kalah gak.  Mesti posing, lepas tu cakap 'see, see' - nak tengok hasilnya.

Itulah anak mama dan ayah. Dhia Maisarah.

Friday, June 4, 2010

My Parents Went To Phuket And All I Got Was This Lousy T-shirt

Awish 
No UP shirt. But a Mario-Kart and a Phuket t-shirt. Mario-Kart shirt Awish jadikan baju tidur.

Mina
Girl dress!! Yesza!! Nasib baik Mina suka kan. And Phuket t-shirt, pink colour of course.

Sarah
Spongebob t-shirt?? Better Billabong girl shirt (which nyaris2 mama kena 'conned' untuk beli seluar dia). And of course Phuket t-shirt. Same colour with Mina (if not same colour, Sarah akan rampas kakak Mina punya baju kan? Mama dah tau dah).

Tuesday, June 1, 2010

Ayah dan mama dah balik!!

Alangkah gembiranya Awish, Mina dan Sarah sebab ayah dan mama dah balik.

Sarah - berdukung sepanjang masa dengan mama dan ayah. Tak lepas. Takut mama dan ayah hilang lagi

Mina - malam masa mama dan ayah sampai dah tertidur, 5 minit lepas tu dia terjaga, punyalah excited. Esoknya mama dan ayah jumpa Teacher Barathy dia kat RealKids pulak tu, untuk sesi teacher and parents. Balik school tersengih memanjang. Tambah pulak dapat 'girl dress' yang di minta2.

Awish - sekolah pagi dan petang. Lagipun pagi, sekolah kebangsaan ada ujian akhir penggal. So tak dapatlah nak lepaskan rindu secukupnya masa hari tu.

Apa2 pun mama dan ayah happy sebab dah balik jumpa anak-anak. Walau pun dalam hati mama dan ayah macam berharap dapat lama lagi kat Phuket tu.