Sunday, June 1, 2014

Macam Abang Long

Abang Long masa kecik dulu tgk Hi5.

Zafri pun sama suka tgk Hi5.










Tuntutan

20hb haritu masa bincang apa Awish nak masa birthday, Awish kata Awish nak big dinner. Agreement masa tu big dinner lepas ayah balik Korea.

Esoknya atas desakan Mina kita ada short n simple celebration kat Secret Recipe. Awish tak dapat big dinner masa tu sebab ayah nak kejar flight.

So bila ayah balik oustation Awish tuntut big dinner. 

Lokasi Puncak Steakhouse di Puncak Jalil. Dapat Awish makan chicken grill dan nasi putih.


Dan few days before dinner tu mama bawak Awish ke IOI Mall untuk beli buku ni as birthday present. Lama jugak Awish tuntut nak beli buku ni.





Monday, May 26, 2014

Selamat Hari Lahir Awish

Nasib baik tahun ni tak lupa lagi.

Err... actually Awish yang ingatkan mama dan ayah masa 20.5.14 petang. Awish bagitau esok birthday Awish.

Ayah teringat awal2 bulan lagi, tapi bila dah dekat makin lupa pulak.

21.5.14 - sebelum teksi menjemput ayah untuk ke KLIA for Seoul trip, kita se famili celebrate birthday Awish di Secret Recipe (after Mina dan Sarah insisted to mama dan ayah untuk celebrate pada hari tu jugak).


Selamat Hari Lahir yg ke 11 Awish.
Moga Awish jadi pelindung keluarga dan pemimpin yg dikagumi.


Tuesday, May 13, 2014

Mother's Day

Mina wish to celebrate MD. Mina buatkan kad dan hadiah utk mama. Night before MD, masa nak tido ayah bgtau Mina esok bangun awal tolong mama buat breakfast.
Lepas bfast dan lepas ayah balik training takraw kita keluar celebrate.


Happy Mothers Day

Sunday, May 11, 2014

Faham Tak?

Rabu - kebetulan masa pagi van sampai awal. Ayah tgk sendiri mcm AMS lari laju bawak beg berat utk pegi ke van. Ayah takut nak tgk especially Sarah. Badan kecik beg besar+berat lari laju turun bukit. Ayah tak sedap hati. It's just like incident waiting to happen.
Khamis - sebelum ayah pegi kerja ayah pesan kat AMS supaya jangan lari dan sebab apa.
Faham tak? Ayah tanya.
Faham ayah, kata AMS.

Jumaat -
Masa balik sekolah Mina dan Sarah keluar dari van berlari, lumba balik ke rumah, dgn berat. Mina jatuh. Cedera kat pipi, tangan, kedua lutut, sakit hati, menangis.

Faham tak?


Family Selfie

Ni entah shot yg ke berapa ntah. Baru la dapat yang semenggah sikit.
Ada yg lagi cun sebelum tu. Tapi.. dah siap baru perasan Zafri tak enter frame. Haha..

Tunggu Van

Semenjak lebih kurang 3 minggu yg lalu, mama dah tak bagi AMS tunggu van kat depan rumah jiran (rumah Adlan) sebab tunggu kat situ ada risiko gangguan anjing liar yg garang, kena kidnap ke etc etc especially sbb van Uncle Lan memanjang lambat sampai. AMS tunggu depan rumah. Tapi sbb nak tengok van dah lalu ke blok rumah belakang ke belum, AMS duduk bersila atas jalan.
Mula2 dulu ayah tak bagi sbb nanti seluar kotor.. lelama ayah pun dah penat nak ingatkan. *sigh*

Saturday, May 10, 2014

Zafri @ 100514



Dah boleh duduk. Kerusi yg ayah dan mama beli tolong percepatkan skill duduk Zafri.

Gigi dah keluar satu. Mama perasan semalam. Ayah tak dapat tengok lagi sebab Zafri malu2 nak tunjuk. Hehe.


Wednesday, May 7, 2014

Temasya Sukan


Mina dan Sarah excited dan partipate mewakili rumah.

Awish tak nak datang sekolah. Masa mama dan ayah balik rumah ambik Zafri, ayah bgtau Awish betapa bestnya event tu, kengkawan Awish ramai yg datang dan nampak excited. Baru la Awish nak ikut.

Tapi masa nak balik baru la ayah perasan Awish takde pun dekat khemah rumah biru, dekat gerai, dekat kelas. Mina siap tolong ayah cari lagi. Rupa-rupanya Awish melepak dekat pondok sebelah guard room. Tak join apa2 pun. Sabar je ayah dgn bujang yg dah teenager katanya ni.

Balik dalam kereta Awish kena dengar ceramah ayah dan mama. Muka penuh penyesalan sebab missed all the fun.





Monday, May 5, 2014

Bersawang lagi

Mama bagitau ayah, ada follower blog ni dah tanya bila nak update. 

Mama bagitau lagi why not update thru phone je, based on snapped pic then buat simple entry. 

So, here goes...

Cherating masa cuti sekolah Mac, ni tgh buat batik painting

Balik dari Cherating, Awish asyik komplen telinga gatal. So bwk pegi jumpa ENT. Dr Koay kata ada tahi telinga.  Erkk... Ok.

Kita selfie dulu!!!
Tapi selfie kat the Curve ni ayah dan mama kehilangan Mina masa lalu celah2 flee market yg sesak tu. Masa tu ayah tried to stay calm walaupun dlm hati sgt3x risau. Ayah terbayang masa tu mesti Mina tgh menangis. Sambil pusing2 cari Mina ayah doa Mina tak di'ambil' sesapa.
Dgn izin Allah bila ayah pusing kat tempat  yg ayah dah pusing dan cek 2-3 kali tu, Mina ada kat situ. Tenang dan relaks. Ayah rasa mcm nak marah sbb ayah punya la risau tapi Mina relaks je. Tapi dgn rasa syukur ayah tenangkan hati dan tanya Mina "Mina pegi mana?"
"Look around bcos mother said can look around". 
"Next time we go together ok, bcos mama and ayah cannot find you. We were sooo worried"
"Ok. Sorry ayah, bcos i make you two worried"
Hati ayah bercampur baur masa tu. Namun rasa syukur dan lega mengatasi segalanya.

Ok. Till the next short entry.


Tuesday, March 4, 2014

Figure Skating for AMS not Z

Semenjak kita attend birthday celebration Nadia kat Sunway ice skating ring, Mina and Sarah asik lah ajak mama ayah pergi main ice skating. So mama ayah agree to bring u there if you start menabung utk bayar entrance fee. Berkat kesungguhan MS menabung sampai dapat lebih 80 ringgit, dan jugak kebetulan, kakak seha datang hari sabtu tu so bolehlah temankan masuk ber-ice skating. Mama ayah mmg taknak masuklah kan. 

Awish yg mulanya taknak join, terikut jugak akhirnya. Ayah temankan ambik kasut sampai AMS and kakak seha masuk dlm ring tu. Pukul 11.30 jugak kot baru ayah keluar balik. Lepas tu mama ayah panggil2 dari tingkat atas tu, sorang pun tak dengar ya. 

By the time mama ayah datang balik sini around 1.30 camtu, tinggal awish sorang2 je kat tengah2 ring tu. Awish dah berani sampai ke tengah walaupun tak gliding, you are walking on ice hahaha. MS dah keluar sebab dah penat.

Maybe boleh lah pergi lagi lain kali kalau AMS tak kisah and berani mama ayah tinggalkan bertiga je. Kalau nak datang lagi next time kita kena awal sikit, kalau tak rugi masa sbb 12pm-12.30pm kena break sbb derang nak sapu air yg dari ice yg melting tu. Seronok ye berskating.




Thursday, February 27, 2014

Fun Time

AMS having fun at SPK clubhouse. Tunggu nanti zafri besar sikit boleh join ok.

Sementara ayah, abang n kakak berendam, kita tidur dululah.


Thursday, February 20, 2014

Wall Climbing

One of the weekend, CNY kot, kita pergi midvalley sbb AMS nak panjat ni. So off we go with mama and zafri sekali. Sarah naik yg block wall dulu tapi tak sampai atas, then the trainer tolong tarik tali supaya sarah boleh touch the bell. Yg atas ni mula2 awish dah naik about 1/3 kot but awish takut n turun balik. Then Mina punye turn, mina laju gila naik but bila tinggal 1/3 kat atas tu mina start slowing down. But mina dapat jugak press the timer button tu sbb motivated bila mama kata nanti mama printkan gambar mina sampai atas so boleh tunjuk kat kawan2.

Lepas tu trainer bagi another chance utk awish try lg sekali. Kali ni awish berjaya dgn masa yg lebih baik dari mina. Sarah pun dpt another chance walopon sebenarnye bayar utk sekali je. Sarah mcm biasa tak nak kalah kan, a fighter lah katakan, dia dapat kalahkan awish punye rekod masa.

Dah habis tu mina sedih n frust sbb awish n sarah beat her time. But sebenarnya kalau mina tak sampai atas tu, awish n sarah takkan rasa tercabar utk naik lg.Minalah yg motivate A n S. Mama ayah proud of you. Mina patut bangga sbb dpt atasi rasa takut n set the pace for ur brother n sister to follow. Good job AMS, 20ft wall climbing challenge conquered.  

Monday, January 13, 2014

Brotherhood moment

Abang Darwish mmg sayang sangat kat Zafri. Tapi abang tak pandai tunjukkan sayang tu dgn cara yg betul. Sampai sekarang mama ayah duk remind abang that zafri is still a baby.......a very human baby at that. Abang handling zafri macam abang handle kening n comel. Selalu zafri upset sbb abang tenyeh2 muka zafri. Tapi ada jugak masanya yg abang boleh buat zafri senyum kan. Nanti abang dah besar dah kerja, bolehlah zafri paw abang sbg gantirugi kena buli masa baby hehe.

Sarah's Birthday

Mama buat entry ni sbb ayah busy tak sempat update :).

1st January 2014, sarah dah genap 6 tahun. Dan sarah dah kena start sekolah rendah dan sekolah agama. Malam sebelum tu, bila sarah, mina, awish n zafri tidur (uihhh byknye nama mama nak taip hahaha), ayah ambik hadiah kat dalam keta mama yg korang sikit pun tak sedar ada kat situ, walopon petang tu korang naik keta mama. Pastu mama balut cantik2. 

Pagi2 esoknye lepas mama ayah wish sarah happy birthday, and bagi hadiah, sarah punya senyum lebar sampai ke telinga. Suka kan dapat oven set yg sarah idam-idamkan selama dekat setahun tu heheh. Tu lah hasilnya bila bersabar, bestkan.

Lepas tu, ayah call spk utk konfem dah boleh pergi mandi manda kat sana. See, ayah sanggup sign up cecepat so that sarah boleh bersuka ria berendam on your birthday. Suka tak?

Ni masa 27 dec tu. Sarah dekat 1 Bestari, sekolah kebangsaan seksyen 2 bandar kinrara. Tengah buat screening test. 
Masa 2nd January, sarah tak tau macam mana nak ke kantin, where mina and van driver could find you. You were waiting at the assembly area sorang2. Sian sarah. Mama and ayah pulak terlewat sikit. Nasib ayah nampak sarah kat situ. Then ayah tunjuk kantin kat mana and bawak sarah ke van.

Petang pulak sarah pergi sekolah agama. Suka kan, pergi sekolah, walopon dalam keta manjang bertekak dgn mina and awish hehe. Anyway mina walopon garang, sentiasa tolong tengokkan sarah kan, both sekolah pagi n petang. Hope sarah enjoy the school years and keep fighting, just tone down a bit ur competitive streak tu ye, nanti kawan2 takut pulak.







Sunday, December 8, 2013

Cara makan ubat Super Pahit

Ini petua untuk ibu2 dan ayah2 yang anaknya kena makan yang amat pahit (confirmed by Doktor) atau anak2 yang susah nak makan ubat.

Kira 1...2...3...

Masukkan syringe dalam mulut dan cepat2 tekan ubat tu keluar.
Kemudian..cepat2 suapkan kari yang dah dipanaskan kedalam mulut untuk membuang rasa pahit ubat tersebut.

Oh..dan jangan lupa untuk janji beli beg sekolah Monster High kalau habiskan dos antibiotik selama 5 hari tersebut.




Tuesday, December 3, 2013

His First Injection

Eshan Zafri @ 25.11.13

macam berani je..macam berani je..

eh..eh.. macam sakit je..macam sakit je..

uhhuh..

Adoiii!!!!! Sakit la!!!! I hate doctor!!!!



Medical Record Entry - Sarah 28.11.13

It's follow up time - follow up on cancer and urine infection.

Since mama masih dalam pantang, jadi ayahlah yang kena bawak. Ayah dan Sarah mintak Mina ikut sekali - untuk menghilangkan kebosanan.

Sampai awal giler, sebab cuti sekolah dah kan. Sebelum pukul 8 dah sampai. No start panggil pukul 8.30am. Tapi sebab Mina ada takde la rasa lama sangat.

Dapat register je, first stop - urine sample and blood sample collection.

Urine sample - yang paling ayah risaukan. Sebabnya sebelum2 ni, masa mama yang bawak Sarah, mama punya experience Sarah cukup susah nak kencing. Kalau kencing pun sample dapat sikit je. Tapi kali ni, Alhamdulillah, Sarah bukan setakat senang kencing, sample pun ayah dapat collect banyak (bangga lagi tu dapat kutip air kencing, hahaha).

Next, blood sample. Sarah dah berkali2 kena cucuk (kena kerat belah pun pernah) so ayah tau Sarah tak takut sangat. Tapi bila tengok jarum tu Sarah mula menangis. Normal la, menangis takut. Tapi tak lah sampai menjerit atau tarik tangan tak bagi cucuk. Bila lab assistant (lelaki) tu muka pun nampak gabra je, siap tanya lab assistant lagi sorang (perempuan) yang memang dah berdiri kat sebelah dia, "Yang ni? This one? Ok?" (sambil tunjuk2 urat darah kat pergelangan tangan Sarah), ayah pun jadi gabra jugak. Ayah punya assumption budak lelaki ni budak baru (mentee), perempuan tu senior dia (mentor).

Last2 dia tak konfiden, dia suruh yang perempuan tu yang buat. So, dengan lajunya lab asst perempuan tu pun cucuk Sarah. Malangnya, SALAH! Darah tak keluar pun!. Sarah sakit ada ah.

Datang lagi sorang. Lagi nampak senior. Bagi advice. Kali ni tukar tangan pulak. Kalau tadi tangan kiri, sekarang tangan kanan. Nasib baik yang kali ni betul. Darah keluar banyak. Tapi dua-dua tangan Sarah dah kena cucuk dah.

Tangan dua-dua kena lipat, nak bagi darah stop flowing.

Lepas kena cucuk, it's time untuk Sarah buka puasa - as always Restoren Taj.

Then, it's waiting time. Tunggu Prof Lin habis rawat patient kat DayCare Clinic.

Sementara menunggu tu ayah tanya Ms Santa, admin Prof Lin, macam mana dgn result blood and urine. Santa kata AFP ok. Tapi urine Sarah masih ada infection, ada traces of bacteria, protein and so on. Risau...


Masa jumpa Prof Lin, Prof kata normally possibility yang boleh jadi macam tu disebabkan salur kencing tersumbat. Tapi bulan Julai dulu dah buat ultrasound, semuanya ok. So conclusion - dia tak boleh nak determine reason for urine infection. Cuma Prof kata kalau dirawat boleh menyebabkan sakit buah pinggang. So Prof rekomen - start balik makan antibiotik yang superpahit tu dan buat culture (dari urine sample tadi). Lepas seminggu kena datang balik, untuk check lagi sekali.


So, no choice Sarah, you have to eat the super pahit antibiotic dan kena datang SDMC lagi.



Sunday, December 1, 2013

Medical Record Entry - Awish 16.11.13

Sabtu tu Awish nye follow up, check telinga Awish yang masalah pendengaran (partial hearing impairment) kat Sunway MC.

According to ENT Dr Koay, telinga Awish yang sebelah kanan tu ok lagi. Tiub masih intact. Tapi telinga Awish yang sebelah kiri, gegendang telinga dah caved-in. Itu menjadi punca kekadang Awish dengar high pitch sound.

Untuk mengelakkan gegendang terus masuk kedalam dan menyebabkan permanent hearing difficulties, Dr Koay suggest minor surgery untuk tarik gegendang keluar dan masukkan tiub.

Ayah blur sekejap.

Nasib baik lepas tu doktor cakap "Why not you think first, and inform us later".


Lepas jumpa doktor, ayah bawak Awish, Mina dan Sarah ke Sunway Pyramid, makan tghari kat Nandos. After all cuti sekolah dah start, so kena lah bagi jenjalan sikit.


Anyway, back to masalah Awish, lepas ayah fikir, rasanya memang nak kena buat minor surgery tu. Awish pun dah setuju nak operate. Nak kena decide timing je ni. Nampak gayanya macam lepas cuti Krismas.

Ayah harap pendengaran Awish akan bertambah baik dan membantu Awish untuk tumpukan perhatian dalam kelas.



Result

2 tahun sebelum ni Awish ambik hadiah masa majlis kecemerlangan SKS2BK, tahun lepas pulak Mina dapat hadiah kat SRA dan SKS2BK. Tahun ni, ayah expect Mina dapat hadiah lagi, tertunggu2 lah. Dapat surat ke apa ke.. rupa-rupanya tak dapat.

Tak kisahlah tak dapat. 

Keputusan Awish meningkat berbanding pertengahan tahun. Dalam kelas Awish dapat No.8. Ok lah tu. Tapi target Awish top 5 tak kesampaian. On top of that core subject Awish cuma dapat 1A 4B. Kena usaha lebih lagi Awish.

Mina pulak macam biasa, sepanjang tahun dapat hadiah kuiz2 dalam kelas. Tapi progress tak tau sebab sekarang pakai sistem Band, takde number. Sistem yang cikgu nak explain pun tak reti. Tahun lepas ada jugak cikgu bagi slip kedudukan band untuk setiap subjek. Tahun ni bukan setakat takde perjumpaan ibu bapa dan cikgu, slip kertas tu pun takde.

Itu kat sekolah kebangsaan.

Kat sekolah agama, Awish...ohh... Awish...
 
pertengahan tahun

akhir tahun

Punyalah banyak merah2. Dalam kelas antara yang corot lak tu - 31 dari 33 murid. Keseluruhan tahun 4 Awish dapat no 161 dari 186 murid. Cikgu pulak bagitau dalam kelas Awish sentiasa berangan. Nak kena panggil dengan jeritan barulah Awish tersedar. 

Memang macam tu Cikgu..


Mina, ok. Ayah tak ambik gambar sebab tak terpikir nak ambik. Sebenarnya ayah ambik keputusan Mina dulu. Baru ambik keputusan Awish. Masa kat Awish tu lah terpikir ni kena ambik gambar result ni sebagai peringatan.

Anyway Mina menujukkan peningkatan, tengah tahun no. 10, ujian bulan 8 no 8, ujian akhir tahun no 7. Semua tu kedudukan dalam kelas. Tapi akhir tahun peratusan markah berkurang berbanding dengan tengah tahun. Keseluruhan tahun 2 Mina dapat no. 9.

Anyway, tahniah Awish dan Mina. Kena usaha lebih lagi untuk tahun seterusnya.