Saturday, March 10, 2012

Ayah HOT!!

Kejadian ni berlaku 26 Feb hari tu.

Mama nak keluar ke pasar malam. Disebabkan Sarah nak ikut dan banyak benda nak dibeli so mama ajak ayah ikut sekali. Awish dah pegi ke taman. Ayah ajak Mina ikut jugak, tapi Mina tak nak. Berkali2 ayah ajak berkali2 Mina insist nak duduk kat rumah. Maid masa tu mama cek tengah mandi. So ok lah takde hal, Mina boleh stay home sebab maid ada kat rumah.

Dah habis beli barang kat pasar malam, carik barang kat MyMydin pulak. Langit dah semakin gelap. Hujan yang amat lebat akan turun tak lama lgi nih.

Habis kat Mydin, ayah nak ke Guardian Giant nak beli barang. On the way ke Giant tetiba jiran sebelah call mama. Katanya "Awish tak nak masuk rumah, dah ajak berkali2 tapi nak stay kat luar rumah jiran tu jugak"

Kenapa tak masuk rumah?
"Rumah kunci takde orang" kata maid. Diorang dah ketuk2 pintu berkali2 tapi takda orang.
Pelik. Mana pegi maid? Apa jadi kat Mina?
Mama call la maid. Selepas 2-3 kali mama call baru berjawab. Kata maid
"Saya pegi pasar malam". Mama dan ayah terkejut dah ni. "Abis Mina kat mana?"
"Mina ikut saya"
"Kenapa tinggalkan Awish?!" tanya mama.
"Saya dah ajak dia ikut sekali tapi dia tak mau".

SENGAL PUNYA MAID!!.

Mina tadi beria-ia tak nak ikut ayah dgn mama. Ni mesti maid paksa Mina ikut. Dah tu, kalau Awish tak nak ikut, kenapa tak bagi dia masuk rumah dulu!! Nak marah dah ni..

Tapi..sabar..settlekan beli barang kat Giant dulu.

Dalam pada beli barang kat Giant tu, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Ayah dah terbayang Mina berjalan dalam hujan lebat tu ke pasar malam, basah kuyup. Aduhai kesian anak ayah.

So balik dari Giant, mama call maid "Kamu di mana"
"Kat sini"
"Sini mana?"
"Kat pasar malam"
"Kat mana?"
"Kat hujung"
"hujung mana?"
"Kat sini, kat hujung"
"Hujung mana?! Hujung ada dua, yang ada ikan ke tak?" Mama dah naik darah dah. Masa tu ayah tengah lalu kat jalan yang adjacent dengan hujung yang ada ikan tu.
"Kat hujung sini". Aduhai, apalah susah sangat nak explain.

Mama pun dah fedup, mama letak telepon dah suggest ayah start dari hujung sana.

Dalam hujan yang sangat lebat tu ayah manouver kereta celah2 gerai2 pasar malam. Tak jumpa2 Mina dan maid. Sambil drive, ayah terfikir, bila jumpa nanti ayah nak ambik Mina je. Maid tu biar balik sendiri. As punishment!! Lagipun kalau dia masuk ayah rasa memang tak boleh nak sabar dah.

Finally, betul2 kat kedai yang hujung satu lagi mama nampak Mina dan maid, tengah berhumpit2 berteduh bawah payung. Hujan memang tengah lebat gila.

Malangnya (bagi si maid la) dia masuk kereta jugak selepas Mina.

Secara otomatik, temperature ayah 'tembus ke siling'.

"Apasal kamu bawak anak saya keluar dalam hujan?!! Saya tak pernah marah kamu kan, sekarang ni saya nak marah kamu". (memang 4 tahun dia keja ayah tak pernah marah dia, bagus kan majikan ni. Tapi mama ada banyak kali gak 'sound' dia. Infact kalau ayah marah pun biasanya ayah suruh mama yang 'sound')

Sambung lagi "Hujung..hujung..nak bagitau pun susah sangat!!. Bukan tak bagi kamu keluar! Tapi nak keluar bagi tau lah dulu!! Dah lah tu Awish kamu tinggalkan kat luar rumah!!. Kalau nak keluar sangat lain kali masukkanlah Awish dulu"

Maid diam. Mama pun diam, menahan marah.

Ayah kesian Mina, beria2 nak stay kat rumah, last2 kena hujan.

sambung lagi sikit "Nak pegi mana2 lain kali bagitau dulu, senang nak buat plan!!" Memang maid ni kalau nak balik rumah kakaknya pun, takde bagitau awal2. Tau2 dah siap dengan baju semenggah dia tu, dengan beg, mintak tolong hantar. Selama ni boleh tolerate lah. Hari ni tak boleh dah.

Sampai rumah, maid bergegas keluar ambik payung pegi ke rumah sebelah (mama yang suruh) ambik Awish.

Kalau ikutkan emosi ayah, nak je rasanya ayah sambung berleter. Tapi cukuplah rasanya untuk maid pikir kesalahan. Lagipun takut jugak kalau marah lebih2 tetiba kang dia lari je.

Awish pun ayah kesian. Tak pasal2 kena kunci di luar rumah sendiri.
Bila mama dan ayah tanya Awish "Kenapa tak masuk rumah sebelah?"
Awish tetiba menangis sambil kata "I don't want to go in because, mama dan ayah will get angry. Because you said, kalau Awish pegi masuk rumah orang, jangan balik rumah ni lagi"
Alahai anak bujang gendut ayah, akur dan lurus bendul dengan peraturan yang mama dan ayah bagi.
Mama dan ayah buat peraturan tu sebab tak nak Awish bertandang kat rumah kengkawan tak tentu pasal, macam kat rumah Rene dan Misha, rumah Adlan. Sebab mungkin parents diorang tu tak senang dengan kehadiran Awish. Kalau kes emergency Awish masuk je lah bila parents diorang yang ajak masuk.

Mina pulak, ayah hairan jugak, ayah expect bila ayah marah maid tadi Mina pun akan menangis (biasalah Mina kan fragile), dicampur pulak Mina tak nak keluar rumah tapi siap kena hujan.

Rupanya2 maid dah belikan Mina baju tidur masa kat pasar malam!! Ni mesti samada nak beli jiwa Mina ataupun nak cover line sebab dah tau bersalah. Tapi maid beli untuk Mina je, so Sarah pulak menangis sebab tak dapat baju tidur.

So, that was what happened 2 weeks ago.

Kesinambungan dari kes tu..
Mama terpaksa belikan Sarah baju tidur baru.'
Maid balik ke rumah kakaknya minggu lepas, nak lepaskan tension kena marah agaknya. Dan bila balik dia belikan Sarah selipar baru.

Tanda mintak maaf?? Entahlah.

Ayah dah maafkan pun.






No comments: