"....pagi tadi sebelum subuh abah (atuk) terjatuh masa nak buang air.
Muka sblh kiri lebam/bengkak, tangan kiri mcm seliuh dn kaki kiri sakit....."
Ayah baca masa pukul 2 pagi hari Jumaat. Ayah rasakan kecederaan Atuk tak serius.
Esoknya ayah bersiap nak pegi kerja macam biasa. Tapi the moment ayah tutup pintu rumah, tiba-tiba terlintas kat hati yang ayah mesti balik kampung. Lepas ayah cek schedule hari tu, ayah buat keputusan untuk balik kampung.
Sampai kampung ayah ingatkan atuk kat rumah Mak Teh, rupa2nya atuk dah balik rumah pusaka. Baru je keluar dari kereta kat rumah pusaka tu.
Alhamdulillah, malam tadi Pakteh bawak Atuk berurut dan tangan Atuk dah tak bengkak lagi. Tapi mata atuk masih lebam, dikeliling kelopak mata. Ala2 macam kena tumbuk camtu.
Kesian Atuk.
Ayah temankan Atuk kat rumah, tolong sapu daun kering, bawak Atuk kerumah Makteh untuk makan tengahari, bawak Atuk sembahyang Jumaat (dalam hujan lebat yang amat), sebelum ayah balik ke Puchong semula.
Nasib baik Atuk jatuh tu kat rumah Makteh. Kalau kat rumah pusaka, sorang2 Atuk, macam mana?
No comments:
Post a Comment